Sunday, March 2, 2014

Ho Chi Minh

Alhamdulillah sampai lagi ke Vietnam
Kalau dulu namanya Saigon
Sekarang adalah Ho Chi Minh
Tahun lepas kemari dalam keadaan tangan baru dibuka balutan simen
Tahun ini Alhamdulillah sihat hendaknya sentiasa

Semalam melawat kawasan peperangan
Cu Chi Tunnel namanya
Sangat sempit
Laluan yang dibina dengan tenaga manusia tanpa mesin
Laluan membongkok
Membuatkan hari ini peha sangat sakit

Berjaya juga menggunakan senapang M16
Beratus habis dan sangat berbaloi
Bahu ditahan oleh penjaga disana
Sangat menendang bahu apabila peluru dilepaskan
Bergoncang badan rasanya
Mula2 agak risaukan tangan yang belum sembuh 100%
Tapi memang ada kesannya juga
Terasa sengal2 ditempat yang patah ni

Hari ni akan follow city tour
Akan update yang kemudian
Sedikit gambar jerangkap samar dan kawasan Cu Chi Tunnel dikongsi





No comments: