Monday, July 28, 2014

Salam Aidilfitri

Aidilfitri disambut lagi
9 tahun dah mak pergi
Masih berkesan dihati saat mendgr takbir dan bersama2 takbir raya

Tahun ni raya dgn nor sefamily
Pagi lepas solat raya dia amik
Pergi kubur mak abah
Pulang dr kubur ke rumah mak kak ani di Sentul
Kemudian ke kg, ziarah along subuh, alang mail yg berada dirumah pak andak
Dan plg penting ziarah PakTeh MakTeh dan Kak Siti

Perut dh mula sebu
Walaupun hanya makan 3 potong lemang
Dan beberapa ketul nasi impit
Perut aku memang sebu setiap kali raya
Ini la masalah perut orang yang sentiasa perlukan nasi



Saturday, July 26, 2014

30 juzuk

Alhamdulillah
Baru selesai khatam Al-Quran
Ada satu rasa aneh menyelinap diruang hati
Rasa yang mengundang bergenangnya air mata
Syukur masih sempat khatam sekali lagi diusia 30+
Matlamat usia 30 dan seterusnya untuk khatam setiap Ramadhan
InsyaAllah dgn izin Allah
Semoga dipermudahkan

Aminn

Mengemas

Datang mood rajin mengemas
Kemas store susun elok2
Nanti boleh buang mana yg nk buang lps raya
Cabut meja yg hanya menanti untuk rebah ke lantai
Sedang renggang2 kaki meja tetiba rebah n berat semacam
Rasa nak tercabut tulang yg bersambung secara tak normal tu
Rupanya Adelle dengan seronok main lompat2 atas tu
Adoii la anak

Kemas stock kain2 nor dlm blk n susun atas tilam yg dijdkan para penyimpanan kain
Kemas blouse2 n susun soma dlm store
Alhamdulillah lapang dh ruang tamu
Tinggal nak buang meja yg dah dicabut
Kerusi bos tu kena tnya nor dia nk repair ke apa sebab dah jadi bahan cakaran Adelle
Kalau x memang ke tong sampah la tempatnya

Tinggal nak buang rak tv yang diwarisi dari rumah Sentul
Itu aku x mampu angkat sorang
Nanti la ajak sesapa tolong
Memang ada abang2
Tp abang2 ni susah untuk diminta tolong
Kalau x, xkan la lampu bilik rosak aku sendiri susah payah panjat katil repair ganti tapak dia dengan yg baru
Agak merbahaya sebab berkali2 hampir jatuh
Maklum xde tangga... Katil la jd tangga
Alhamdulillah dikurniakan diri yang tinggi dan mudah untuk membuat keje2 yang memerlukan ketinggian

Next kena ganti kepala paip dalam bilik air
Tu soma sendiri buat
Nampak sangat macam xde abang2 yang boleh tolong
Dorang hanya boleh tolong cakap macam ni
'Ima, paip bilik air kau dah bocor'
'Kau beli la besi untuk gantung tv tu, beli yg boleh slide tu'
'Kau simen je lubang2 tu'
Oh my abang!
Tahu x tanggungjawab kamu semua untuk menjaga adik perempuan kamu ini?
Semuanya aku gak sendiri buat
Hai la nasib

Nasib aku memang x kisah buat keje2 tu soma
Cuma sejak tangan patah ni
Tak mampu buat keje2 yang memerlukan tenaga yg kuat
Tangan kanan ni mudah je terasa sakit bila terlebih bekerja

Semalam lepas bersahur jadi plumber sekejap
Repair sinki yang bocor
Menitik2 air masa cuci pinggan
Terus la berusaha tgk apa yang perlu direpair
Lepas cuci segala kotoran, test tgk dah x sumbat lagi
Alhamdulillah

Sikit2 la usaha kemaskan rumah ni
Kalau semua sendiri kena buat
Memang macam ni la jadinya
Cuma bila bab nak drill mendrill ni aku x kuat dah
Dapat la pertolongan balong utk drill pasang railing kayu kat ruang tamu
Ni ada lg satu railing utk bilik x pasang lagi
Camna nak minta bantuan?
Susah susah susah

Berehat sebentar sebelum tgk apa lg patut dibuat utk kemaskan rumah ni

Friday, July 25, 2014

Support

Aku menyebelahi kakak ipar
Walaupun abang tp kalau bersalah
Takkan aku nak support
Kagum dengan ketabahan kak Ani
Sangat penyabar

Kalau aku diperlakukan sebegitu
Dah lama aku blah
Bkn hidup mengharap duit dia pun
Tapi kak Ani ni mcm mak
Sabar aje dengan perangai suami dia

Semoga abg aku matang dan boleh berfikiran luas
Aminn

Persiapan Raya

Tahun ni langsung tiada persiapan
Baju raya x beli
Kasut raya x beli
Apapun x beli
Kecuali kuih raya
Sebab...
Kuih raya nak diberi pada kakak, kakak ipar, kak lina, mama
Semalam Efy dh bg 6 jenis

Arini insyaAllah amik kerepek dekat Gee
So ada la total dlm 7-8 jenis yg boleh dibahagi
Aku x perlu banyak
Setakat 2-3 jenis dh ckp
Sebab confirm buang mcm tahun2 lepas
Siapa la nak dtg rumah kan?

Baju raya memang x beli
Tapi Nor dh belikan masa kat Vietnam haritu
Katanya 'pilihlah... Akak belikan baju raya awak'
Tiap2 tahun lepas mak meninggal
Tak pernah dia lupa baju raya untuk aku
Aku memang x pernah beli sendiri
Erti kata lain memang x pernah heran dengan baju kurung untuk raya

Ada la t-shirt dan kemeja sehelai dua
Yang dibeli saja2 bukan untuk raya
Yang dh berkurun dalam almari tp x pakai
Boleh dijdkan baju raya juga

Duit raya memang dah lama ready
So tahun ni memang x semput nak asing duit raya daripada gaji atau simpanan
Boleh praktikkan tahun depan
Simpan semua duit2 baru yang dapat
Bila raya senang tak pening fikir nak tukar dan nak budget berapa

Al-Quran dah jus 29
Rasa esok sempat khatam kalau x kemana
Paling lewat Ahad mesti dah khatam
InsyaAllah

Thursday, July 24, 2014

Berbuka

Alhamdulillah
Arini dpt belanja nor n kak ani berbuka di Dome
Bila hati terdetik untuk belanja
Baiklah kita turutkan
InsyaAllah akan ada rezeki lain Allah bg

Alhamdulillah tahun ni rezeki melimpah
Selalu2 la share dgn keluarga dan kawan

Wednesday, July 23, 2014

Khatam

Berjaya ke nak khatam?
Tinggal bape hari je lagi
Baru jus 28
Memang nampak mcm tinggal 2 jus setengah
Tapi masa makin suntuk
Hari2 ada je urusan
Semoga dipermudahkan
Aminn

Saturday, July 19, 2014

MH17

Masa baca berita
Jantung berdegup kencang
Flight ke london nanti aku naik MH jugak
Fikirkan semula 
Kun fayakun
Kalau Allah berkehendak maka jadilah ia

Semoga Allah merahmati roh2 mangsa MH17
Al-Fatihah

Wednesday, July 16, 2014

Kancilku sungguh berjasa

Total habis utk ekon kancil
Mula2 rm665 ganti cooling coil
After a week aircond panas tetiba
Hantar balik
Compressor terbakar
Another rm650
Harap2 ok la lepas ni

Balik repair ekon drive shaft berbunyi
Aik
Jangkit berjangkit ni

Agak rabak bulan ni
Servis motor je dh rm110
Almost 1.5k utk motor n kereta

Tapi xpe
Rezeki Allah bg
Alhamdulillah tak rasa sesak kewangan
Allah memberi apa yg kita sangka

Sangka banyak duit
Banyak la duit yg ada

Tuesday, July 15, 2014

Operation

Alhamdulillah kak lina selamat operation sinus
Malam ni lps berbuka gerak ke kpj shah alam
Plan pegi dgn nor tp kepala dia berat
Nasib Afiqah dah blk
Ada la jugak teman

Sunday, July 13, 2014

One Utama

Semalam bawa kak ani ke one utama
First time pergi tanpa kak lina
Agak blur blur alam jugak bila jalan n pusing2
Time nak balik dah blur arah mana
Tapi xkan sesat la kalau dalam mall
Jumpa gak jalan

Kak Ani first time kesana
Aku saja ajak sebab dia nak beli kasut
Memang banyak butik
Tapi kasut tinggi2 sangat

Aku hanya beli sehelai kemeja kerja uniqlo
Baju kerja?
Bukan org shopping utk raya ke?
Well.. Dalam almari ada 3 helai ke 4 helai ntah baju baru x pakai2
Beli aje tp x pakai xtau la nak buat apa
Tapi beli gak sehelai kemeja PDI warna peach
Saja beli kaler yg xde dlm almari
Bukan utk raya tp beli utk jalan

Kena stop beli kemeja rasanya
Kena beli tshirt pula
Tshirt yg ada semua stok besar2
Kemeja dah berlambak
Tapi asal keluar pakai tshirt hard rock man aje
Hard rock ladies dah terperuk aje
Hard rock man senang and simple
Pakai selipar je bila jalan
So buat apa beli kemeja?
Sebab kemeja look smart and casual
Huhu

Mencari kasut kerja baru jugak sebenarnya
Walaupun boots tu baru jugak belinya
Dalam 4 bulan rasanya
Tapi saja nak tambah stok kasut kerja
Aku jenis setahun beli satu kasut pakai sampai lunyai
So tu la kasut kerja tu la kasut kalau nak jalan lawa sikit berkemeja ke apa
Kasut jalan betul2 memang xde
Selipar je yg ada pun

Kena start asingkan
Utk kerja yg ini
Utk jalan yg ini

Btw... Semalam ekon kancil rosak balik
Apa kes habis dekat rm700 tp pakai seminggu dah rosak?
Resit plak aku dah buang
Adoiii
Ini masalah aku
Semua resit suka buang
Kan dah susah camni nak anta repair balik
Mungkin akan rabak lagi skali

Apa la nasib

Wednesday, July 9, 2014

Rutin

Hari ke 11 berpuasa
First time berbuka seorang diri
Biasa dgn balang n kak ani atau ramai2
Dua hari dah kak ani n balang berbuka kt rumah aku
Nor pun dah dua hari
Satu perasaan seronok
Seronok dpt hidangkan makanan
Walaupun aku hanya masak simple

Rutin harian selepas pulang dari kerja
Berehat sekejap sebelum solat asar dan mengaji sedikit
Matlamat Ramadhan kali ni utk khatam lagi sekali
Tahun lepas berjaya
Tahun ni insyaAllah akan berusaha keras

Selesai solat asar biasanya akan start ke dapur
Harini masak stroganof
Nor aje yg dtg
Siapkan bekal utk kak ani n balang
Sungguh ada satu rasa kepuasan
Inilah nikmat Ramadhan agaknya
Rasa bahagia bila semakin dekat dgn abang dan kakak 

Semoga ikatan kekeluargaan kami akan semakin akrab
Kisah dulu adalah tauladan
Memaafi la sesama kita
InsyaAllah ketenangan hati Allah bg

Thursday, July 3, 2014

EPIP and Duit Raya

Team Leader, Helen dah bg email kelmarin kot pasal EPIP
Tapi aku ni jenis malas nak semak
Tapi tadi tetiba teringat nak tgk
Lor paling tinggi dalam team ke?
Alhamdulillah rezeki nak raya nanti
Masuk gaji bulan July

Xde la planning nak beli pape ke apa
Duit raya memang dah siap pun kumpul2 dr awal thn ke dr thn lepas x ingat dah
Setiap kali dpt rm20 ke rm10 baru aku akan asingkan
Dapat rm100 n rm50 pun asing
So bila raya xdela rasa sakit sangat nak tukar duit raya
Biasa setiap tahun aku memang tukar rm800
Tapi tahun ni selamat la x terasa gedebuk duit abis pasal dah prepare awal2

Duit raya pun dah siap masuk sampul masa puasa pertama
Dah bosan sangat xde mende nak buat
Siap2 la masuk duit dalam sampul
Memang over
Haha

Cuma tahun ni xde rm1x2 dalam sampul
Mungkin perlu ditukar jugak nanti
Sedara mara boleh la bg nilai rm5-100
Yg leluar tu rm2 ckp kot?
Hish kedekut btl 
Haha