Friday, July 25, 2014

Persiapan Raya

Tahun ni langsung tiada persiapan
Baju raya x beli
Kasut raya x beli
Apapun x beli
Kecuali kuih raya
Sebab...
Kuih raya nak diberi pada kakak, kakak ipar, kak lina, mama
Semalam Efy dh bg 6 jenis

Arini insyaAllah amik kerepek dekat Gee
So ada la total dlm 7-8 jenis yg boleh dibahagi
Aku x perlu banyak
Setakat 2-3 jenis dh ckp
Sebab confirm buang mcm tahun2 lepas
Siapa la nak dtg rumah kan?

Baju raya memang x beli
Tapi Nor dh belikan masa kat Vietnam haritu
Katanya 'pilihlah... Akak belikan baju raya awak'
Tiap2 tahun lepas mak meninggal
Tak pernah dia lupa baju raya untuk aku
Aku memang x pernah beli sendiri
Erti kata lain memang x pernah heran dengan baju kurung untuk raya

Ada la t-shirt dan kemeja sehelai dua
Yang dibeli saja2 bukan untuk raya
Yang dh berkurun dalam almari tp x pakai
Boleh dijdkan baju raya juga

Duit raya memang dah lama ready
So tahun ni memang x semput nak asing duit raya daripada gaji atau simpanan
Boleh praktikkan tahun depan
Simpan semua duit2 baru yang dapat
Bila raya senang tak pening fikir nak tukar dan nak budget berapa

Al-Quran dah jus 29
Rasa esok sempat khatam kalau x kemana
Paling lewat Ahad mesti dah khatam
InsyaAllah

No comments: