Saturday, August 30, 2014

Race Kit Collection and Shopping Day!

Early in the morning around 8.20 drove to KL Sentral
Pick up Kak Lina
Breakfast dekat Jalan Telawi kedai Chawan
Lepas tu direct to Menara TM
Collect race kit
None of the participant ada problem with the chip
Except me
What a bad luck
Have to wait for a chip replacement
They will update the chip once settle all the kit collection

Once settle dekat TM
Direct ke Mid Valley
First masuk Uniqlo
Didnt plan to buy anything at first
Suddenly beli kemeja petak2..
Petak2 lg? But this time blue color
And some other things as well

Tujuan utama nak cari kasut
Lepas tu jalan2
Masuk crocs cari selipar sebab sakit dah pakai boots lelama
Xde yang berkenan
Ajak kak lina masuk Urban Adventures
Kasut Columbia ni mcm menarik
Kak Lina ckp brand Columbia mmg best
So belek2 at first
Terus masuk cari selipar
Selipar Teva ni bagus kata kak lina
Maka beli la sepasang
Pastu jalan2 lg dlm tu jumpa plak kasut Hi-Tech
Macam best
Try pakai n terus beli
Kembali ke kasut Columbia td
Test pink n purple
Sekali nmpak biru
Yeaayyy ada size
Finally dpt kaler biru
Duit macam air

One day shopping almost seribu abis
Dengan makan minum sekali la
And for me and kak lina punya barang
Ok la for two people almost 1k
Aku punya la paling mahal...
Sesekali memuaskan hati sendiri selepas berhempas pulas bekerja
Alhamdulillah rezeki Allah bg

So utk ke Europe kasut dah ada 2 pasang
Jenis yang ringan 
Senang nak bw dlm beg backpakers je

Thursday, August 28, 2014

26

Perbualan di toilet opis petang tadi
'My hair fall' cakap aku
'Mine as well. Dulu my mom stress nak ikat rambut i sebab lebat sangat... Getah sampai putus... Cekak pun sampai patah'
'Really?... We r going older. That y hair fall'

'How old r u?'
Thirty... One (kalau boleh nak rahsiakan tp xpela. Dah tua mengaku je la)
'Oh my god! U older than me... I thought u r 26' dengan muka terkejut dia
Aku speechless tgk reaksi dia terkejut
'How old r u?'
I'm 29... I really thought u about 26... 

Suraya dulu dlm webex penah bgtau
'I couldnt belive u r 30'
That was last year

And seorang chinese di opis juga pernah terkedu masa tau aku 32

Celah mana nampak mudanya?
Aku dah siap bising dgn anak buah
'Makcu nampak tua dahkan?'
Serius aku nampak muka dh tua
Camna nak maintain muda remaja?


Tuesday


Kenapa tajuk Tuesday?
Sebab aku on pto
Apa itu pto?
Plan time off
Company sekarang kena apply 3 days early for 1 day leave
A week early for 3 days
Imagine utk 3 weeks leave october nanti
Aku apply berbulan2 awal
Pun lama nak tunggu manager approve

Ok back to the subject Tuesday
Pagi2 bangun awal juga walaupun x kerja
Subuh itu wajib digagahkan diri utk melawan anasir2 Syaitan
Selesai solat Subuh golek2 balik
Around 7 bangun mandi lengah2 
Pastu tgk jam dah 8.30
So keluar rumah naik motor ke UTC Sentul
Sebab nak tukar lesen yang baru tu
Yang ada English
So that senang kalau2 gatal nak sewa kereta atau motor di Eropah nanti
Nasib naik motor
Jemnya jalan masyaAllah

Sekejap je urusan kt JPJ
Kena renew setahun kalau nak kad yang baru
Belasah je la janji dapat kad baru
Expired 7 March 2018

Selesai urusan JPJ ke DBKL pula bayar sewa rumah
Settle balik rumah amik kereta pula
Drive kerumah Nor
Lepak2 sambil tunggu waktu untuk amik Alya balik sekolah

Kami ke balai polis dulu membuat report
Pipin (maid kakak aku) melarikan diri
Sangat jahat
Dia curi banyak barang
Yang paling sakit hati
Barang2 dapur yang selama ni dia kebas
Pun dia kebas lagi masa nak cabut lari tu
Kosong peti ais cakap kakak aku
Hampeh btl

Selesai report ke Bukit Bandaraya amik Alya blk sekolah
Balik singgah The Creperie ke apa jadah nama hotel kt area Kerinchi tu
Kakak aku turun belikan subway
Aku dah lapar kena la cari makanan
Selesai membeli hantar Alya balik rumah pula

Kemudian kami terus ke Putrajaya Imigresen
Maid yang lari, majikan yang kena denda
Rm250
Selesai

Terus ke Alamanda
Kakak aku shopping baju anak dia
Baju utk baby yang akan lahir juga
Makan di secret recipe utk dinner
Selesai semua kamipun balik
Lepak2 rumah kakak aku kejap n solat Maghrib
Pastu pulang kerumah

Sampai rumah terus masak air 
Sebab nak masak fettucini
Rabu bawa stroganof utk yema n kak Fazila
2 org ni je la kawan kt opis
Dorang ni floor 13th
Aku floor 13A
Kt floor aku ada la jenis tegur2 gitu aje
Serik dah nak kawan rapat2
Cukup la Yusmariza Yusoff sorang mengkucar kacirkan hidup aku kt opis
Semoga Allah memberi kesedaran kepada dia
Menyesal berkawan dengan dia
Seumur hidup... Aku tak pernah menyesal mengenali sesiapa
Tapi dia ni sorang aje dah buat aku menyesal seumur hidup
Fuh!
Dugaan

Selesai la dengan tajuk Tuesday
Walaupun merapu je lebih dari isi
Tak sabar nak bercuti lama untuk merehatkan fikiran dan badan sebelum start busy bekerja semula

Tengok gambar lesen baru tu
Kak Lina cakap macam singa
Hahaha
Rambut tak sempat nak sikat ke apa
Lantak la
Dah memang jenis rambut kembang macam sarang tebuan nak buat camna kan
Redha



Saturday, August 23, 2014

YHA Hostel

Akhirnya dapat gak buat membership utk Backpakers Hostels
Ke KL Sentral dgn Iwan utk register
RM40 utk setahun
Selasa kad sampai kt opis
Tp Selasa aku cuti
So Rabu la baru amik kt reception

Once dapat kad dah boleh book hostel
Semoga dipermudahkan segalanya
Aminn

Friday, August 22, 2014

Alhamdulillah

Rezeki Allah bg lg
Townhall td
Danny announce nama aku utk 1st Degree top quoter (akupun sebenar x ingat nama award tu apa)
Dapat la rm280
Lepas tu announce lg sekali utk performance ke apa jadah
Pasal langsung takde mc dgn el sepanjang quarter 2
Dapat lagi rm100
Siapa nak bg senang2 kan...

Aku sebenarnya aim tahun ni lgsg xnak mc
Semoga berjaya
Kira nak tebus last year yang aku mc smpai 2 bulan lbh
Patah tangan punya pasal

Agak segan bila people nearby workstation aku menoleh n pandang dgn muka impress
Aku hanya sengeh mcm kerang yg wangi
Sebab aku memang sgt segan
Muka rasa panas je

Aku sebenar nak dapatkan team award
Tapi susah sebab tu perlukan kerjasama semua team members
Setakat termampu saja la
Alhamdulillah

Sunday, August 17, 2014

Sekapal

Status di fb '9 years... Al-Fatihah utk mak'
Catatan blog n note di fb berkisarkan tragedi 17 August 2005
Selesai solat Zuhur
Mohd Nor Irwan Bin Zamin call
Rakan yg akan sama2 ke Eropah nanti
'Ismawati'
'Ye saya Mohd Nor Irwan'
'Kau sedih ke im? Jgn la sedih. Nasib kita sama' 
Aku hanya ketawa... Sebab mata aku masih pedih n panas
'Kita sekapal kan Wan'
'Anniversary Arwah mak ko ye'
'Aah'
Sungguh teresak2 masa menaip kisah yg meruntun jiwa itu
Dan tersentuh ada juga rakan yg memahami dan call bagi menceriakan hati

Kami kerap berhubung skrg
Perlu rangka perjalanan yg sempurna
Supaya kelak disana tidak membuang masa untuk mencari hostel/lokasi dan sebagainya
Aku terlalu bergantung pd Iwan
Kalau dia xde, aku sah2 hanya akan duduk dlm hotel dan keluar mencari makan saja
Syukur masih mempunyai teman yg setia
Walaupun berlainan jantina

Aku budak baik katanya
Sebab bila dgn aku dia perlu menjaga pertuturan dan tingkah laku
Mungkin sikap semulajadi aku?
Tak suka tutur kata lucah/kasar/kurang sedap didengar
Cuba menjaga hati org sebaik mungkin walaupun hati sendiri terluka
Orang buat apa pun 'its ok xpe' jawapan biasa
Tapi dihati pedih tak terkata
Allah lebih memahami
Bagi aku
Aku tetap jahat
Hati tetap tidak sesuci hati orang beriman
Semoga Allah membersihkan hatiku sentiasa
Aminn

17 August 2005

9 pagi
'Mak, arini ada mesyuarat perpindahan tu kan?'
'Aah mak lupa. Mak mandi jap pastu kita siap la pegi'
Aku pun bersiap mandi seperti biasa
Masuk bilik mak tgk mak br selesai solat Duha n nak bersiap
Aku ke toilet (habit membuang air kecil berkali2 walaupun br lps mandi ke apa)

Kedepan semula tgk mak dah terbaring kt sebelah tilam abah
'Kenapa ni mak?'
'Sakit, tlg buatkan... ' memahami apa yg mak maksudkan ... Mak memegang dadanya ketika ini
'Oat? Jap ima buatkan'
Sakitnya mak sampai x mampu utk bercakap
Sambil bg air oat, aku pergi meeting seorang diri
'Ima pegi sorg la ye'
Mak mengangguk

Baru duduk meeting x sampai 10 minit abah call
'Mak sakit, balik cepat'
Aku dengan menangis dan berlari
'Ya Allah selamatkan mak aku... Mak tunggu ima'
Tapi sesampai dirumah
Mak dah x ada
Aku menangis sambil berusaha membuat CPR dgn Nor
Mendgr sedikit denyutan aku dan Nor berusaha utk angkat mak
Tapi apakan daya kudrat kami berdua
Aku berlari kerumah depan mnta abg2 tu tlg
Kami berusaha angkat mak kedalam kereta

Sepanjang perjalanan aku berusaha membuat CPR walaupun dh mendgr bunyi berlainan apabila aku memasukkan udara kedalam mulut mak
Nor memandu selaju yg boleh
Sesampai hospital ada kereta block melambatkan usaha menyelamat mak
Masuk bilik kecemasan
Doc ckp 50/50
X sampai seminit
Bangah panggil
'Ima, mak dah xde'
Aku terus call kak Lina
Dia pun mcm terpinga2 sebab baru aje beberapa minit lepas aku bgtau mak sakit
Ya Allah
Tak terkata perasaan ketika ini

Sehingga hari ini
Aku masih teresak2 mengenang peristiwa itu
Al-Fatihah utk mak
Semoga ditempatkan dikalangan orang2 beriman
Aminn

Ya Allah
Berilah kekuatan pd hamba-Mu ini dalam mengharungi kehidupan didunia ini

Friday, August 15, 2014

Pot Luck

Next Monday company buat pot luck
Pandai nak jimat budget
Dikerah staff sediakan makanan
Company provide dessert dgn air je
6 floor keseluruhan
Semua kena sediakan menu mengikut team dan floor

Tadi discussion
Aku buat endah x endah pasal kak mar dan saida yang plan nak masak n bawa apa
Pakai duit balance of monthly collection kitorg dulu
Hema n Mahesh akan bw indian sweets kot
Kenneth n Paul as usual, nothing to contribute
This time aku pun lgsg x endah

If none among the malays talk to me
Should i bring something?
Sure dorg xkan makan
Sama la dgn aku
Aku xkan makan apa dorg bawa
Even duit aku pun ada dlm tu

Ada la company suruh plan pakai costume ke apa
Kak Mar suggest traditional costume
Aku terus bangkang
Pandang Helen n cakap
'I will not wear baju kurung'
Terus Helen cakap
'Dont want? Ok we choose other'
'Just wear purple tshirt pun ok' kata aku
Since Paul baju hitam n green dia x muat
So aku made the decision with purple tshirt
Helen agreed
Yang lelain terpaksa la
Actually kat sini aku nk tekankan
Aku saja bantah pakai baju kurung
Its a way for me to boikot kak mar n the gang
Alhamdulillah Helen agreed with me
Mungkin mereka makin sakit hati?
Biar lah..
Hati aku lagi sakit dipulaukan dan difitnah 

Semoga kesabaran yg ada masih bertahan
Semoga Allah memberi ketabahan dlm diri ni
Semoga Allah permudahkan dan perkenankan segala doa aku
Aminn

Credit Card

Alhamdulillah settle byr hutang credit card
Walaupun hanya guna untuk beli ticket train dan bus utk percutian ke eropah nanti
Aku x suka berhutang
Actually buat credit card tu pun semata utk bercuti ke Eropah
Kemungkinan x ckp kewangan ke
Walaupun kita bawa duit cukup
Tapi kena ada jugak back up plan

Haritu dah redeem Tefal Iron
Maklum kak lina beli notebook, n beli jam tangan smpai seribu n shopping soma bayar pakai kad aku
Berpuluh ribu point
Dapat la iron free
Kenapa free?
Sebab aku jenis akan byr kredit kad selepas guna
Maksudnya xdela bank sempat nk charge interest
So tnpa keluarkan sesen pun dpt iron baru

So skrg tgh kumpul point lg
Tgk la apa patut redeem
Macam nak aim microwave
Sebab umah ada oven aje
Tp rabak la plak point utk microwave tu
Usaha tgga kejayaan
Haha

Monday, August 11, 2014

Kelahiran

Alhamdulillah
Apit dan Fiena dikurniakan cahaya mata
Danish nama diberi
Same birthday with Auntie Aya (Suraya)
Sebenarnya terdetik dihati berdoa supaya Danish dilahirkan pada 11 August
Alhamdulillah
Tapi kenapa aku nak sama date dgn Suraya?
Mungkin sekadar utk ingatan

Sunday, August 10, 2014

Europe Trip

Alhamdulillah semalam selesai merangka country yg nak visit
London - Paris - Lucern - Zurich - Frankfurt - Amsterdam - Brussel - London
Cukup la 6 negara
Tak mahu terlalu rushing 
Ikut planning mahu ke Italy dan Austria
Tapi demi meluangkan masa lebih di London
Maka, mengurangkan country yang nak visit
Akan berada di London selama 5 hari
Iwan plan bawa aku ke country side
Tujuan bercuti pun sebab aku nak mendamaikan perasaan
Nak tgk kehijauan dan pergunungan

Kami tidak terlalu budget dari segi pengangkutan
Boleh je dapatkan yang murah
Tapi demi keselesaan dan xnak keletihan tiba di awal pagi buta
Maka kami beli ticket yang agak mahal
Contoh
Brussel ke London
Ada bas bernilai EURO11 seorang
Tapi untuk keselesaan
Kami memilih EUROSTAR dgn nilai EURO50 seorang
Dari sekitar rm44 melonjak ke rm200++
Semua demi keselesaan dan dengan niat x mahu tergesa2
Sempat la berehat tido dan solat Subuh
Xdela Subuh pun lajak nanti

Semoga perjalanan kami dipermudahkan
Aminn

Thursday, August 7, 2014

Someone

Sometimes we need someone to talk with
Someone to share our problem
Someone to listen to us
But...
That someone
Sometimes...
Is not someone that can understand
Is not someone that willing to listen
Is not someone that care about our feeling

How i miss that someone to be with me again

Allah please replace someone for me
So that i can be strong again
I'm too weak

Sunday, August 3, 2014

Raya Puasa Enam

Alhamdulillah
Selesai juga puasa enam
Ada lg 2 hr utk diganti
Esok raya dipejabat aje

Ruby

Pagi td mama msg ajak beli kandang besar utk anak2
Aku dah siap2 bg rm200 haritu
Selebihnya mama n kak lina tambah aje
Sampai2 rumah mama tgk Pak Su dgn Mama sibuk diluar
Masuk rumah tgk mama tiba2 masuk bgtau Ruby lari sana sini
Penat dah mama dgn Paksu kejar
Baba plak cakap
'Biar ibu dia panggil'
Akupun keluar
Dgn panggilan biasa 'Ruby'
Terus Ruby keluar dr tmpt persembunyian
Sambil mengiaw
'Meh sini kt ibu. Ibu belikan Ruby kandang baru ye'
Akupun terus dukung msk kandang lama tu
Terpaksa kurung sbb ada kucing jantan yang nak kacau dia

Masuk rumah baba tanya
'Dpt tangkat dah?'
Mama jawab 
'Ima panggil sekali dia terus dtg'
Baba reply
'Dah tau dah. Dia nak ibu dia jugak'

Disini boleh nampak
Kucing pun pandai nak dgn yg syg dia 
Yang amik berat psl dia
Yg menjg dia dr kecik
Aku mmg lebih sayangkan Ruby dr yg lain
Mungkin sebab Ruby ni baik
Tak pernah buat perangai

Sinonim

Besday aku 7 March
Alamat rumah 03-07
Tadi beli ticket eurostar dr London ke Paris
Seat no 73
Bukan nak tahyul percaya no bertuah
Tapi kan ada 7 lapisan langit dan bumi
Dan setiap bacaan kan elok dibaca 3 atau 7 kali
Xde meaning pape disini
Cuma rasa suka angka2 itu menepati tentang diri ini

Saturday, August 2, 2014

Mimpi

Apakah maksud mimpi ni?
Semalam ke kelmarin
Mimpi diberikan makanan
Tp aku muntah selepas makan
Mak pernah cakap, mimpi makan sesuatu tu x baik maksudnya

Arini mimpi org bg makanan pula
Tp seperti dilarang utk makan
'Saya puasa' kata aku
Maka x jd la makan

Bila x dpt diberikan makanan
Secara halus dia rasuk aku
Dan mula bertanya 'apa kau mahu dr aku?'
Aku sedar aku yg bertanya
Tapi entah macam mana
Balang dan bangah datang menyelamat
Org yg merasuk ditangkap

Maksud tak baik ke?
Semoga aku dilindungi dari sebarang perkara2 syirik yg dibuat oleh sesiapa
Moga Allah memberikan kesihatan yg sempurna pada aku
Aminn ya Allah