Sunday, August 17, 2014

17 August 2005

9 pagi
'Mak, arini ada mesyuarat perpindahan tu kan?'
'Aah mak lupa. Mak mandi jap pastu kita siap la pegi'
Aku pun bersiap mandi seperti biasa
Masuk bilik mak tgk mak br selesai solat Duha n nak bersiap
Aku ke toilet (habit membuang air kecil berkali2 walaupun br lps mandi ke apa)

Kedepan semula tgk mak dah terbaring kt sebelah tilam abah
'Kenapa ni mak?'
'Sakit, tlg buatkan... ' memahami apa yg mak maksudkan ... Mak memegang dadanya ketika ini
'Oat? Jap ima buatkan'
Sakitnya mak sampai x mampu utk bercakap
Sambil bg air oat, aku pergi meeting seorang diri
'Ima pegi sorg la ye'
Mak mengangguk

Baru duduk meeting x sampai 10 minit abah call
'Mak sakit, balik cepat'
Aku dengan menangis dan berlari
'Ya Allah selamatkan mak aku... Mak tunggu ima'
Tapi sesampai dirumah
Mak dah x ada
Aku menangis sambil berusaha membuat CPR dgn Nor
Mendgr sedikit denyutan aku dan Nor berusaha utk angkat mak
Tapi apakan daya kudrat kami berdua
Aku berlari kerumah depan mnta abg2 tu tlg
Kami berusaha angkat mak kedalam kereta

Sepanjang perjalanan aku berusaha membuat CPR walaupun dh mendgr bunyi berlainan apabila aku memasukkan udara kedalam mulut mak
Nor memandu selaju yg boleh
Sesampai hospital ada kereta block melambatkan usaha menyelamat mak
Masuk bilik kecemasan
Doc ckp 50/50
X sampai seminit
Bangah panggil
'Ima, mak dah xde'
Aku terus call kak Lina
Dia pun mcm terpinga2 sebab baru aje beberapa minit lepas aku bgtau mak sakit
Ya Allah
Tak terkata perasaan ketika ini

Sehingga hari ini
Aku masih teresak2 mengenang peristiwa itu
Al-Fatihah utk mak
Semoga ditempatkan dikalangan orang2 beriman
Aminn

Ya Allah
Berilah kekuatan pd hamba-Mu ini dalam mengharungi kehidupan didunia ini

No comments: