Thursday, August 28, 2014

Tuesday


Kenapa tajuk Tuesday?
Sebab aku on pto
Apa itu pto?
Plan time off
Company sekarang kena apply 3 days early for 1 day leave
A week early for 3 days
Imagine utk 3 weeks leave october nanti
Aku apply berbulan2 awal
Pun lama nak tunggu manager approve

Ok back to the subject Tuesday
Pagi2 bangun awal juga walaupun x kerja
Subuh itu wajib digagahkan diri utk melawan anasir2 Syaitan
Selesai solat Subuh golek2 balik
Around 7 bangun mandi lengah2 
Pastu tgk jam dah 8.30
So keluar rumah naik motor ke UTC Sentul
Sebab nak tukar lesen yang baru tu
Yang ada English
So that senang kalau2 gatal nak sewa kereta atau motor di Eropah nanti
Nasib naik motor
Jemnya jalan masyaAllah

Sekejap je urusan kt JPJ
Kena renew setahun kalau nak kad yang baru
Belasah je la janji dapat kad baru
Expired 7 March 2018

Selesai urusan JPJ ke DBKL pula bayar sewa rumah
Settle balik rumah amik kereta pula
Drive kerumah Nor
Lepak2 sambil tunggu waktu untuk amik Alya balik sekolah

Kami ke balai polis dulu membuat report
Pipin (maid kakak aku) melarikan diri
Sangat jahat
Dia curi banyak barang
Yang paling sakit hati
Barang2 dapur yang selama ni dia kebas
Pun dia kebas lagi masa nak cabut lari tu
Kosong peti ais cakap kakak aku
Hampeh btl

Selesai report ke Bukit Bandaraya amik Alya blk sekolah
Balik singgah The Creperie ke apa jadah nama hotel kt area Kerinchi tu
Kakak aku turun belikan subway
Aku dah lapar kena la cari makanan
Selesai membeli hantar Alya balik rumah pula

Kemudian kami terus ke Putrajaya Imigresen
Maid yang lari, majikan yang kena denda
Rm250
Selesai

Terus ke Alamanda
Kakak aku shopping baju anak dia
Baju utk baby yang akan lahir juga
Makan di secret recipe utk dinner
Selesai semua kamipun balik
Lepak2 rumah kakak aku kejap n solat Maghrib
Pastu pulang kerumah

Sampai rumah terus masak air 
Sebab nak masak fettucini
Rabu bawa stroganof utk yema n kak Fazila
2 org ni je la kawan kt opis
Dorang ni floor 13th
Aku floor 13A
Kt floor aku ada la jenis tegur2 gitu aje
Serik dah nak kawan rapat2
Cukup la Yusmariza Yusoff sorang mengkucar kacirkan hidup aku kt opis
Semoga Allah memberi kesedaran kepada dia
Menyesal berkawan dengan dia
Seumur hidup... Aku tak pernah menyesal mengenali sesiapa
Tapi dia ni sorang aje dah buat aku menyesal seumur hidup
Fuh!
Dugaan

Selesai la dengan tajuk Tuesday
Walaupun merapu je lebih dari isi
Tak sabar nak bercuti lama untuk merehatkan fikiran dan badan sebelum start busy bekerja semula

Tengok gambar lesen baru tu
Kak Lina cakap macam singa
Hahaha
Rambut tak sempat nak sikat ke apa
Lantak la
Dah memang jenis rambut kembang macam sarang tebuan nak buat camna kan
Redha



No comments: