Saturday, October 25, 2014

Alhamdulillah

Syukur ya Allah perjalanan berjalan lancar
Berjaya menidurkan diri dari jam 1 pg sehingga 7 pg
Nasib bercuti, tidak terlajak Subuh kiranya
Tapi sekarang mata dah mula pedih
Kepala dah mula sakit
London baru pukul 4 pagi
Jadi mata masih lagi ikut waktu sana
Dalam flight tak dapat tido
Semoga cepat hilang jetlag

Thursday, October 23, 2014

The End of the Journey

Finally it is 23rd October
I miss Malaysia so much
The people there
My cats there
Flight departure at 10.00pm
It is 3.50pm now
If i can change the time...

Lepaking dekat Costa cafe di Heathrow airport
While waiting for my friend, Syud to arrive London
Nak bagi simkad UK dekat dia sebab banyak lagi data plan
And 500 minutes UK call
At least dia boleh internet on the go sampai quota habis

Badan sakit2
Kurus melidi dah rasa
Haish
Semoga selamat pulang
InsyaAllah

Wednesday, October 22, 2014

Malaysia

Ya Allah
Tak sabar rasa nak balik ke Malaysia
Bercuti selama 18 hari
Baru terasa aku tak boleh tinggalkan Malaysia lama2
Esok flight ke Malaysia pada jam 10 malam
Banyak perkara yang tertinggal
Cuaca di Malaysia yang tidak baik
Masalah keluarga
Kerinduan pada Adelle
Rindu pada orang yang aku sayang
Semoga aku selamat tiba nanti
Aminn

London

Sesampai di London
Tidak ada keterujaan lagi untuk melihat atau berjalan disekitar London
Sekadar membeli sourvenier secara borong di Bayswater
Beli fridge magnet banyak2 dan tshirt utk beberapa org penting
Makan di Malaysian Hall Canteen
Window shopping di Oxford Street
Pergi juga ke London Tower Bridge
Melihat Eye of London 
Big Ben yang sangat big sehingga mendongak untuk melihat
A few places sampai tak ingat nama

Esok berkemungkinan ke Buckingham Palace
Madame Tussauds untuk suka2 melihat
Marble Arch kalau berkesempatan
Harini memang lepak sahaja di bilik hotel bagi badan rest cukup2

Semua gambar diambil dari iphone tanpa sebarang edit




Sunday, October 19, 2014

Day trip Brussels

Apa menarik di Brussels?
Selain Grand Palace dan Manniken Pis
Itu je tempat aku lawat
Singgah Godiva beli coklat
Singgah kedai beli fridge magnet
Maybe sebab penat sangat
So mood untuk melihat kawasan dah tak ada
Atau sebenarnya dah tak sabar nak balik Malaysia
Yes aku home sick
Rindukan Malaysia
Rindukan Adelle
Rindukan semua di Malaysia
Sekarang di London
Another 5 days to go
Semoga tabah




Saturday, October 18, 2014

Masjid di Amsterdam dan Eindhoven

Masjid Eindhoven


Masjid Amsterdam 

Friday, October 17, 2014

Eindhoven - Amsterdam

Alhamdulillah berkesempatan jumpa Abang Somad di Eindhoven
Tido semalam dirumah
Abg Somad masak nasi dengan ayam kicap, telur dadar dan kacang buncis ke panjang xtau la
Tapi dpt makanan Malaysia after 9 days
Sangat Alhamdulillah

16hb Abg Somad drive ke Amsterdam
Singgah rumah mak sedara untuk hantar Nenette
Abg Somad akan ke Greece harini untuk bercuti selama 10 hari
Dibawa ke Saanse Schans untuk tgk kincir angin
Alhamdulillah dpt jugak tgk depan mata

Ke Amsterdam dalam 2 jam lebih berjalan kaki
Dibawa ke tempat2 pelancong
Beli baju Hard Rock Cafe 
Harini baru pegi beli fridge magnet atau key chain
Nak lepak kt park



Wednesday, October 15, 2014

Frankfurt, Germany

Alhamdulillah dapat juga melihat bumi German
Negara yang murah
Makanan halal tiada masalah
Cuma untuk sourvenier tak ada yang murah
Sama dengan Switzerland

Di Frankfurt menyewa rumah orang local
Kali ni menyewa bilik sahaja
Bilik yang selesa untuk tidur
Cuma lantai rumah dia berkeriuk setiap kali kita jalan
Sangat tidak selesa sebab takut ganggu tuan rumah tido
Aku pulak jenis pukul 4 pagi mata dah terbuka dan tak boleh tido semula
Maka terpaksa lewatkan mandi dalam pukul 7
Kalau duduk hostel dgn Paris airbnb tu memang pukul 4-5 pagi aku dah mandi

Frankfurt sama aje dengan Paris dan Switzerland. Architecture lama2... Cuma Frankfurt ni ada juga la nampak bangunan2 baru...

Naik juga ke main tower dengan bayaran €6.50
Aku gayat
Maka hanya berdiri jauh dari palang besi
Short stay so tak dapat explore sangat
Tapi puas hati dapat jejak kaki disini
Alhamdulillah




Monday, October 13, 2014

Switzerland

Bermula di Luzern
Kemudian ke Mount Titlis
Dan sekarang di Zurich

Switzerland sangat mahal
Fridge magnet paling murah jumpa 5CHF di Luzern
Sila darab dengan rate semasa
Tapi konon boleh jumpa yang lebih cantik di Zurich
Maka bayar la lebih sebab tak nak beli awal

Disebabkan duit swiss dah habis
Terpaksa bayar pakai Euro
Dan mengalami kerugian disitu
Untuk menjimatkan Euro
Maka gunakan saja credit card
Balik nanti memang kagum dengan jumlah yang perlu dibayar

Luzern sangat best
Mount Titlis view SubhanaAllah cantik
Bergenang juga mata disana melihat keindahan alam
Alhamdulillah diberikan oleh Allah untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan



Thursday, October 9, 2014

My first Airbnb

Sangat worth it to pay 179€ and got the entire apartment
Bilik tu rasa sangat best. 
Dgn semua hak tuan rumah tersimpan rapi
Rugi lagi day pass x keluar kemana2 sesampai dikejiranan sini

Badan pun keletihan. 
Elok kami berehat dari mendpt sakit.
Hari ini insyaAllah keluar berjalan
Esok pagi2 aound 6 something kena keluar catch train. 

Oh ya
Saya masih jet lag
Its 1.16am Paris dan masa sudah segar

A few photo surrounding the apartment



London - Paris

Alhamdulillah semalam selamat sampai di London
Cuaca sangat sejuk
Lost dalam mencari hostel
Sejam lebih berjalan kesana kemari
Hanya pakai sehelai tshirt dan sweater
Having jet lag couldn't sleep for more than 24 hours

Alhamdulillah hari ni dah berada di Paris
Eurostar sangat convenience
Tapi masih ada jetlag lagi
Baru pukul 6 petang mata dh semakin layu
Hari ni memang nak rehat2 sebab penat semalam x habis lagi
Esok saja jalan2 ke Eiffel Tower dan kawasan2 lain
Kalau ada rezeki ke Notre Dame 

Oh mata dh semakin kuyu




Monday, October 6, 2014

Rezeki

Alhamdulillah dilimpahkan rezeki
Lunch yema belanja makan dekat coffee bean
Iwan plak bgtau London dia guna marriott point utk kitorg duduk hotel
Sesuatu yg tidak dijangka
Alhamdulillah

Thursday, October 2, 2014

Adelle

Agak pelik
Around 2-3 pagi Adelle nangis2
Cakar2 pintu bilik
Dia tak pernah macam tu
Rupanya nak tido sama
Tau Ibu dia nak tinggalkan dia lama kot
3 minggu ni nak tinggalkan
Risau jugak
Masa pegi Sabah 4 hari pun dia dah rindu sangat
Minta2 Adelle sihat sepanjang aku bercuti nanti