Sunday, December 7, 2014

Politeknik Ibrahim Sultan

Alhamdulillah selesai urusan pendaftaran utk Afiqah
Aku drive seorang diri dari KL-Pasir Gudang-KL
Dah tua2 ni rasa sakit2 badan drive long journey

Bergerak seawal sebelum Subuh hari Sabtu
Dalam 6.35am singgah R&R Seremban utk solat subuh
Terus ke Sekolah Tahfiz utk hantar Nurin
Ada ujian kelayakan masuk sekolah Tahfiz di Pasir Gudang 
Tapi disebabkan swasta dan yuran pendaftaran rm5000
Dan bulanan rm500
Maka x jadi la walaupun dia lulus

Harini plak pepagi hantar afiqah pulak masuk PIS
Ada sedikit masalah tapi Alhamdulillah selesai juga
Dapat asrama
Dah tolong kemas soma hantar ke Jabatan
Jumpa Penasihat Akademik Ms Jane
'Anak manja ke?'
Soalnya
Eh tak lah... Anak sulung jawab Afiqah
'Oooo sebab biasa student dtg sendiri kesini (bilik lecturer), x pernah dtg dgn guardian'
Ops... Mungkin aku terlalu risaukan anak buah aku
Siap pegi teman sampai kedalam soma
At least aku kenal lecturer dia 

Pasir Gudang sangat nothing
Bagus utk Afiqah belajar
Xdela asik keluar berjalan hendaknya

Semoga Allah permudahkan segalanya utk Afiqah dan jadikan dia seorang yg berjaya dunia dan akhirat

Aminn

No comments: