Friday, January 30, 2015

Patchi

Rasa baru berapa kali je pegi Patchi tu
Tapi everytime pegi memang orang yang sama layan
Aku biasa la order semua kacang
Masa nak balik saja la beramah mesra
'Lama ye keje sini'
'Ye lama. Semua nak kacang'
Ops... Dia kenal aku
'Eh ingat ke?'
'Ingat... Semua nak kacang'
Hahaha
Adoi ai


Hujan OT

Kami dihujani dengan OT
Esok is not compulsory
So definitely I will not come
But next wednesday till friday is mandatory
Monday and Tuesday public holiday
Harus kerja!!! 
Cari duit extra
Sekarang dah ada tanggungan
Anak buah sulung ku itu
Semoga semakin melimpah rezeki aku
Aminn

Sunday, January 25, 2015

Saman MPS

Tadi nor bawa surat MPS
Saman 2 keping
RM300 sehelai
Maka RM600 untuk dua helai
Ko gila?
Kes tahun 2013 la ni
Aku parking kat komuter kepong sentral
Yang mana situ bukan laluan kereta ke apa
Parking disitu langsung tidak ganggu lalu lintas
MPS sendiri hutang aku RM500
Ada aku kecoh nak saman?
Macam ni la kerajaan
Duit kita laju je dia nak
Duit kita minta balik sampai dekat 10 tahun
Pun tak dapat lagi

3am

Tersentak bangun
Katil bergegar macam ada orang baru melompat or tercampak
Mungkin ada benda nak ganggu?
Sebab Al-Quran memang ada sebelah kanan kepala
Dan Yassin ada dikatil atas
Satu lagi Al-Quran buat bacaan harian disudut bilik belah kiri 
Dalam keadaan uzur pula ni
Semoga xde apa2 gangguan
Kepala sakit dah bangun mengejut

Thursday, January 22, 2015

Pak Din

Dpt berita dr Kak Lina
Pak Din dah meninggal malam tadi
Innalillahiwainnarajiun
Al-Fatihah

Pak Din mcm abah
Dia sangat baik
Dia la customer tetap masa aku meniaga dulu
Semoga rohnya dicucuri rahmat

Wednesday, January 21, 2015

19 Hours

Yes
19 hours mandatory OT
Queue hit 6k
Which tomorrow mungkin cecah 8k
Semua kena kerah bekerja keras
Hari ni start with 2 hours OT
Esok dan Jumaat 2 hours OT juga
Sabtu full day OT
Isnin smpai Jumaat depan 1 hour OT each day
Makanya
Saya pengsan
Demi rezeki yg Allah kurniakan
Alhamdulillah

Saturday, January 17, 2015

Check Up

Perlu ke?
Drive dari Pusrawi ke rumah
Hanya sebab trafik jem sedikit
Dah mula rasa tegang di tengkuk
Kepala sebelah kanan dah mula berdenyut
Isnin new system launch
Memang xnak cuti
Will see until next week
Kalau masih sakit
Akan paksa diri amik cuti

Thursday, January 15, 2015

Berkahwin

Dia dah kawin
Mana tau?
Tanya dia sendiri
Ya Allah susah utk aku cernakan dalam fikiran
Kenapa perlu berahsia?
Aku jadi stress tiba2
Buat keje dah x keruan rasanya
Nak bertanya apa pulak jadinya nanti
Secara tiba2 muscle pain menyerang kembali
Memang tak boleh stress langsung skrg ni
Mesti sakit datang balik

Wednesday, January 14, 2015

New System

Last week and this week ada training
We are moving to a new system
No more crm or Oscar as reference
Oracle still maintain
But ada a few changes on Oracle usage
VMstar is replacing CRM
Overall
Feel like the system is not practical
But kena test the system first
19th January full production release
That will be the day for me to see either the system efficient enough to replace crm or vice versa
Based on the training shows that its more complicated and not user friendly
But still there is pro and cons for every system
But the new system will slow down our production
We have to wait at least 30 minutes before can proceed to close one case
Which it is easy for me to close within 5-10 minutes using crm

I believe that vmware planning to take over their account back
We still have another 2 years for the contract
Once the new system fully functioning
I believe SSI will lost vmware as the biggest account
And that means i will lost my job as well
So start to plan your future ye Isma

Jangan selesa sangat dengan environment sekarang
Look for more opportunity
InsyaAllah

Sunday, January 11, 2015

I'm in pain

Thought lepas makan ubat will be better
But nothing change
Went out to JPJ just to renew my niece license
And I dont have energy anymore to walk
Simply rest on my bed
And the pain still there
Its effect the entire body
My head still got bad headache
And she, Adelle still stay close to me
She knows that i am sick
She dont even disturb me
Just stay close to my body 

Hangat badan Adelle ni
Macam dia plak deman




Saturday, January 10, 2015

Tempat tido Adelle

Last week Nor (kakak aku) cakap
"Akak nk belikan tempat tido utk Adelle. Jap akak tnjuk gambar. Ok x?"
"Ha ok la ni. Murah rezeki awak belikan kucing tempat tido"
"Aminn"

Dan Adelle sendiri masuk tido kat situ tadi
Tempatnya diatas katil sama dengan ibu
Spesel sangat

Tengok dia lena camna... Alhamdulillah

Klinik

Dalam pada x larat sepanjang siang harini
Gagahkan diri ke klinik malam2
Sebab nak kena beli makanan Adelle
Klinik dekat dengan petsmore tu
Boleh la sekali harung
Utk Adelle memang kena gagahkan jugak beli makanan
Biar ibu lapar tapi jangan anak
Kesian dia bukan faham apa2

"Ubat biru tu nanti strong. Awak kena makan nasi. Kalau nak makan sekali dengan ubat merahpun boleh, tapi malam aje. Ubat sapu tu suruh mak awak sapukan nanti kat belakang" kata doktor
Dan aku hanya senyum... 
Dalam hati nak je cakap
I dont have mom n dad anymore
Tapi aku x suka org feel sorry for that
So baik diam dan senyum

Kalau mak ada
Memang mak orang pertama yang risau
Aku kalau sakit memang x nampak diluaran
Muka nampak segar dan masih boleh bercakap dan buat kerja macam biasa
Sedangkan tengah menahan sakit yang amat
Dan itu punca orang ingat aku tipu
Afiqah pun baru semalam tgk aku sakit dan dia cakap x nampak mcm sakit sebab masih lagi bertanya dia itu ini sebelum telan ubat dan terus pengsankan diri lepas solat

Risau utk sakit tengkuk dan belakang ni
Doc siap revise balik history aku kat medical report tu
Dia nampak memang penah datang utk sakit sama
So ubat lebih kuat diberikan
Kerja kena more relax. Every hour kena rest 15 minutes
Alamat x hit target la kalau macam tu
If worst... Aku mungkin ke specialist

Semoga cepat sihat
Aminn











Friday, January 9, 2015

I'm sick

Woke up early in the morning and got headache
The pain at my nape still there
Thought it will be ok soon
So went to work
And the headache start to spread all over the head, nape and face
Feel like my side face swollen

Got training from 12.30-3.30
Try to focus with the bad headache
Selesai training terus solat
Oh ya Allah
I still have a lot to complete to get my epip
Alhamdulillah dengan izin-Nya
Dalam sakit mampu exceeding the target
Syukur pada-Mu ya Allah
Aku boleh buat cukup2 tapi i felt guilty 
Everyday i will try to exceed the target 
In a way to find Berkat/Barakah atas rezeki yang Allah limpahkan

I took ponstan
Dah lama ya amat tak amik ponstan
Sleep after maghrib prayer
Woke up around 9.30pm
Terus keluar bilik tengok Afiqah tengah mengemas novel
Oh ya, Afiqah balik since yesterday and will back to Poli esok
Balik sekejap amik dslr since she will have apa aktiviti ntah ke Melaka early next month
Tengok anak2 balang n kak ani
They both sedang mengerjakan umrah
N now sedang nak makan
Hope the pain will slowly recover
InsyaAllah


Wednesday, January 7, 2015

Tegang

This 2-3 weeks mengalami ketegangan tengkuk
Nampaknya sakit datang balik
Last few months doctor advice to not do any exercise
Any type of exercise, pls stop for 10 days
But I can't
I still did some exercise
Never expect la boleh sakit balik
Risau kalau jadi slip disk mcm Kenneth

Sangat tegang sampai rasa mata pun terkait sama
Bermula di tengkuk
Mata terasa ketegangan
Tangan yang pernah patah mengalami kesakitan
Mungkin soma ada sangkut paut
Saraf kan
Urat kan
Semua bersatu

Tadi beli emelt yoko yoko
Try sapu di tengkuk
Macam xde kesan
I think better get advise from doctor
In case tomorrow or friday still tegang
Definitely need to go to get some medicine and advise
Kalau perlu ke specialist pun aku pergi
Sebab sakit ni membuatkan aku rasa lemah segalanya
Buat kerja pegang mouse rasa xde tenaga
Nak berdiri rasa badan x stabil
Dah tua2 ni kena jaga kesihatan 

Semoga Allah memberi kesihatan yg sempurna utk aku

Aminn

Saturday, January 3, 2015

BGP 3524

Alhamdulillah
Sudah selesai segala urusan
Memandu semula selepas 3 minggu

Friday, January 2, 2015

Once in a year

Nikmati keadaan less ticket
Its only happen during nak christmas n new year
Start the engine slowly
Pasni rabak la mata n tangan n otak bekerja keras

Bila xde keje bosan
Bila queue tinggi merungut kena paksa OT
Manusia
Sedangkan itu dugaan Allah bg utk memberi rezeki
Kalau senang aje rezeki masuk
Lalai la manusia ni
Astarghfirullah Isma
Bersyukur la atas nikmat Allah
Alhamdulillah

Thursday, January 1, 2015

My Adelle

Adelle dah gemuk!
Nak angkat pun terasa berat
Tapi nak Adelle lagi gemuk
Dah seminggu asik nak tido sama
Macam manusia pulak nak sentuh2 badan dia dengan kita
At least tangan dia mesti nak pegang kita
Contoh gambar bawah ni



Separuh katil memang khas utk dia
Kita pulak tido sipi2
Bangun tido je sakit badan



2015

Alhamdulillah
Melangkah ke 2015
Tahun rezeki 2014 menyumbang ke arah menziarah negara2 eropah dan Vietnam
Allah membuka mata melihat perbezaan budaya, teknologi dan keindahan alam
Setahun berlalu
Terkilan ada juga usaha tak membuahkan hasil
Mungkin Allah masih mahu menguji
Harus lebih tekun?
Tapi hati sudah mula tawar
Dan kecewa pastinya
Semoga 2015 diberikan perjalanan yang mudah dari Allah swt
Semoga 2015 masih dan terus kekal tahun rezeki dari Allah
Semoga kesihatan yang sempurna diberikan oleh Allah
Dan semoga semakin banyak amalan yang dibawa untuk bekalan akhirat kelak
Aminn ya Allah


InsyaAllah