Saturday, January 10, 2015

Klinik

Dalam pada x larat sepanjang siang harini
Gagahkan diri ke klinik malam2
Sebab nak kena beli makanan Adelle
Klinik dekat dengan petsmore tu
Boleh la sekali harung
Utk Adelle memang kena gagahkan jugak beli makanan
Biar ibu lapar tapi jangan anak
Kesian dia bukan faham apa2

"Ubat biru tu nanti strong. Awak kena makan nasi. Kalau nak makan sekali dengan ubat merahpun boleh, tapi malam aje. Ubat sapu tu suruh mak awak sapukan nanti kat belakang" kata doktor
Dan aku hanya senyum... 
Dalam hati nak je cakap
I dont have mom n dad anymore
Tapi aku x suka org feel sorry for that
So baik diam dan senyum

Kalau mak ada
Memang mak orang pertama yang risau
Aku kalau sakit memang x nampak diluaran
Muka nampak segar dan masih boleh bercakap dan buat kerja macam biasa
Sedangkan tengah menahan sakit yang amat
Dan itu punca orang ingat aku tipu
Afiqah pun baru semalam tgk aku sakit dan dia cakap x nampak mcm sakit sebab masih lagi bertanya dia itu ini sebelum telan ubat dan terus pengsankan diri lepas solat

Risau utk sakit tengkuk dan belakang ni
Doc siap revise balik history aku kat medical report tu
Dia nampak memang penah datang utk sakit sama
So ubat lebih kuat diberikan
Kerja kena more relax. Every hour kena rest 15 minutes
Alamat x hit target la kalau macam tu
If worst... Aku mungkin ke specialist

Semoga cepat sihat
Aminn











No comments: