Tuesday, April 28, 2015

27 Tahun

During lunch hour tadi
Sambil makan bercerita pasal jodoh
Dan aku menyatakan yang aku lebih selesa sendiri
Bebas kata aku
Dan kak Fazila pun bercakap
'Adik dah 27 tahun, adik kena fikir dah'
Aku terkulat2 dan nasib tak tersembur nasi
Dengan konfiden cakap aku 27 tahun
'Akak... Akak ingat saya umur berapa kak. 27? Saya dah 32 la kak'
Dengan muka selamba akak tu cakap
'Muka look young aje mana la akak tau'
Hahaha
'Akak tarik balik. Ha umur dah 32'
Bla bla bla
Sakan kitorg gelak

Celah mana yang 27? 
Aku tengok kat cermin
Macam dah 40
Huhu

Sunday, April 26, 2015

Gangguan

Selepas balik jogging
Disebabkan tengkuk sakit sangat sebab mengira coins semalam
Dapat rm400 setelah sekian lama menyimpan
Dan dapat juga sakit sebab menunduk utk mengira
Aku menidurkan diri
Terjaga tiba2 rasa mata x boleh dibuka
Aku sedar ada sesuatu dekat dengan aku
Aku tnya 'siapa?'
Sambil tangan meraba
Tiba2 tangan aku kena gigit
Disebabkan xleh buka mata
Tangan kanan mencari2 Adelle sambil memanggil Adelle
'Adelle... Adelle'
Tiba2 makhluk tu lepaskan gigitan dan terus mata boleh dibuka
Terus cari Adelle
Eh ada kat kaki tido
Siapa gigit aku?
Dan kenapa mata x dpt buka walaupun dipaksa dengan tangan?
Terus amik hp pasang ayat Ruqyah
Siang buta pun ada benda ngacau ke
Allah hu Akbar

Ni mata kiri membengkak tiba2
Dah pandangan sepet je rasa
Ye tau mata aku sepet tp xlah seteruk sekarang

Moga aku dilindungi Allah dari segala perkara memudaratkan
Aminn

Saturday, April 25, 2015

Died

Cuma sehari
Sehari aje
Allah izinkan utk aku menjaganya
Walaupun segala kelengkapan dah dibeli
Lebih baik dia pergi dari terseksa
Khamis pulang dari kerja
Menggigil aku tengok keadaan dia
Mati dengan tragis
Mungkin dia memaksa diri untuk bangun
Berlumuran darah sekitar tempat pembaringan
Ya Allah
Berdosa aku kerana meninggalkan dia
Tapi aku perlu bekerja
Ampunilah hamba-Mu ini ya Allah kerana lalai 

Wednesday, April 22, 2015

Kelengkapan

Tadi dah beli segala kelengkapan untuk mencuci kucing tu
Xde nama lagi
Hihi

Pampers dah beli
Bagi memudahkan mencuci luka tnpa perlu basahkan kain alas atau bulu kucing secara lencun

Sarung tangan
Bagi mengelakkan tangan bau busuk walaupun dah cuci dengan sabun wangi tahap gaban 

Tisu muka dan wet tissue dan kitchen tissue
Tisu muka bagi mengelap bulu selepas dicuci
Wet tissue anti bacteria bagi membersihkan lebih lagi area infection
Kitchen tissue untuk mengelap apa2 yg kotor

Dettol
Untuk membersihkan lagi tempat luka
Tapi x cuci dengan dettol lagi sebab pakai ubat pencuci yg doctor bagi

Madu
Doctor suruh bagi madu sikit untuk tenaga
Dia langsung tak nak makan dah
Bagi madu senang sikit nak masuk
Makanan beli kat klinik tadipun dia xnak

Hati berdebar sangat
Takut dia x tahan lama
Bibir dah pucat
Minum pun dah xnak
Macam mana nak start bagi ubat esok

Ya Allah
Sekiranya dia boleh sembuh
Maka Kau sembuhkanlah dia secepat mungkin
Jika tidak
Maka Kau tariklah nyawanya secepat mungkin kerana aku tak sanggup tengok dia terseksa
Aminn ya Allah

The Vet

Tadi bawa kucing ke klinik
Xde apa boleh dibuat sebab dah kronik
Hanya boleh cuci luka 
'Kak, saya x promise ye'
Banyak kali dia cakap mcm tu sebab tengok kaki dah terkeluar nampak tulang
Lepas cuci ponggong nampak tulang ponggong plak terkeluar
Aku agak menggigil tadi sebab risau
Ya Allah
Bantulah hamba-Mu ini

Banyak luka dan lubang2
Makan pun kena paksa dah kucing tu
Aku risau yang amat
Kena cuci luka tu payah sikit
Aku puas fikir macam mana nak memudahkan kerja
Sebab cuci kena 2 orang
Satu pegang satu cuci
Aku plak tinggal sorang2 
So aku fikir beli pampers aje
Sambil dia baring boleh cuci 
Bulu dia xkan basah sebab cuci tu air terus jatuh kat pampers

Kejap lagi nak pegi beli keperluan penting
Dah lama tak rescue kucing kronik
Sampai menggigil n berdebar la aku

Lepas balik dari klinik tadi
Dia rest je tu
2x kena cucuk
Satu antibiotik
Satu ubat tahan sakit
Rm200+ jugak kena tadi
Rezeki kucing la tu

Ya Allah
Permudahkanlah urusan hamba-Mu ini
Aminn ya Allah

Tuesday, April 21, 2015

Culik

Arini aku culik kucing
Dari last week aku tgk dia sakit
Harini hati btl2 x tenang
Nekad culik utk bw pegi klinik esok
Ya Allah kaki dia dh xleh pakai
Dah nak tercabut
Busuk sangat sampai Adelle pun muntah
Jiran depan dia jaga tapi letak luar rumah je
Sian dia sejuk
Aritu dia letak kt lantai bawah je tanpa alas
Aku xtau la bape kos esok ni
Xpela rezeki Allah yg bg
Yg penting dia blh sembuh
Ya Allah kuatkan semangat aku
Aku amik mc je esok ni

Boleh sembuh ke parah macam ni?
Semoga Allah menguatkan semangat kucing ni
Aminn



Monday, April 20, 2015

PA (ProActive)

I don't like PA
Its make me super sleepy
And of coz drag me to lalai
Better Reactive quoting
First time kena buat PA the whole day
New rotation of segment
Haish

Sunday, April 19, 2015

Nilai 3

Kisah semalam 
Jumaat malam aku tido rumah mama
Sebab mama ajak pegi Nilai 3
Pagi selepas sarapan nampak Ben main anak ular
Dah susah payah alihkan kolam ikan sebab ular menyorok kt situ
Nasib aku nampak
Selesai urusan
Iwan bunuh anak ular soma
Mama pun bersiap 

Tunggu baba balik
Gerak amik Nani
Aku terlajak laluan biasa aku
Ikut jalan lain tapi nasib mama ingat jalan
Aku nak masuk jalan yg tnjuk Aeon big
Mama cakap dpn lagi
Pastu baru dia realize terlajak 
Patah balik
Aku cakap nak masuk laluan ke rumah Nani
Mama cakap ikut depan la laluan biasa kita
Aku pun ikut la
Pastu rupanya mama salah
Betul la jalan yg aku nak masuk tu
Apa cite daa sesat sampai ke kilang2 kt kota damansara

Lepas amik Nani ke shah alam amik kak Lina
Baru la smooth jalan
Terus ke Nilai 3
Dari around 11am until 8pm disana
Ya Allah sakit2 kaki dan badan
Peluh x ingat dunia la
Aku sah la jenis peluh sakan

Balik kak lina drive smpai rumah dia
Pastu anta nani blk
Anta mama blk
Aku plak blk
Smpai umah 11.30 mcm tu

Mcm nak pengsan
Tapi memang arini pengsan
Blk dr jogging terus ZzZzz
Lepas asar kerumah mama lagi
Tengah lepak2
Berehat time

Friday, April 17, 2015

Ruby

Balik rumah mama
Ruby mcm biasa menyambut kepulangan
Tapi agak garang
Tak bagi usap macam dulu
Merajuk mungkin
Sebulan sekali pun dah jarang balik

Malam ni Ruby tido sama
Ya Allah damainya perasaan 
Bila tgk anak tido
SubhanaAllah
Sungguh x terkata perasaan sekarang
Bahagia Allah bagi mempunyai anak berbulu


Wednesday, April 15, 2015

Target

Finally
Target have been announced
20 for single 
14 for consolidation
28 for proactive
Escalation n SAS 10 for each segment
Prorate to those yang buat 3 segment
Pengsan weh

Sampai bila nak jadi tikus putih ni?

Tuesday, April 14, 2015

Tidak berjiwa

I can feel the same feeling
Back to 2012
Masa nak resigned dari Peri
Mood utk bekerja tak ada
Dada dah mula rasa x tenang
Bermakna jiwa dah tak selesa

And now
Perasaan tu kembali
Takkan besar sgt impact Helen resigned dlm kerjaya aku?
Sampai aku mula rasa nak resign
Istikharah perlu dibuat


Sunday, April 12, 2015

Bocor

Berlaku kebocoran paip
Rasa macam dah lebih sebulan
Aku tak perasan itu paip rumah aku
Nasib Afiqah balik
Dia yg perasan
Harini tgk meter air laju gila
Adus rabak la bayar bil
Lepas ni kena alert n prihatin

Saturday, April 11, 2015

Emotion

I can't sleep well
Keep awake 
Sleep around 12 something
Woke up around 2am
And couldn't sleep until 4-5
Sleep again and woke up around 5 something

My mind
Keep thinking about what happen to my life
Helen last day
Suraya last day
I lost both
Important person for me
My motivation to come to work

Need to motivate myself
To accept new team and TL
I think that's the reason why Helen put me under Tarmizi team
Because she know Mizi is a good TL as well
She keep convince me that Mizi also good
Macam budak2 nak kena convince

When you lost someone
You will know how I feel
The feeling of lossing people we comfortable with
Is nothing can be describe in words

Kak Lina told me
That is life
We must move on
People come and go
Usually people come and go but I don't have this kind of feeling
This is something different
Hormon maybe
Or age?
Haha

May Allah ease my way
Give me strong faith
And make me more taqwa 
Aminn

Friday, April 10, 2015

The End

Finally
Last day for Helen
Aku xtau kenapa sedih sangat
Puas control emosi jangan menangis
Bergenang jugak mata ni
Haish

After amik gambar for first session
Helen bergurau konon cubit aku
Sebab aku sakat nak angkat dia ramai2
Aku memang suka sakat dia 
N aku rasa sangat selesa dengan dia

Second session bergambar plak
Helen tepuk2 belakang aku
'Ok ye Isma'
I know she can see from my eyes
Betapa sedihnya aku
Dan banyak kali aku control jangan bergenang
Haha
Emosi sangat weh 
Apa kena ko ni Isma!!

Be good katanya
And aku jawab we all memang good
'I know u all good. But maintain that ya'
InsyaAllah

Banyak kali dia suruh we all maintain production and help new team
I will try my best to maintain my performance

Semoga kami semua berjaya


Thursday, April 9, 2015

Sourvenier

Harini memang tak dijangka
Aishah bagi sourvenier dari Bandung
Sling beg
Ya Allah tak jangka langsung
Segan
Tapi suka
Alhamdulillah
Semoga Allah melimpahkan rezeki utk Aishah
Aminn


Wednesday, April 8, 2015

8th April 2015

Suraya last day
Saw her with all of her stuff
Helped by her husband
Still no communication between us
Allah maha besar

Saturday, April 4, 2015

Farewell

Asha and Syarifah... They both are best friend forever. Aku terinfluence dgn sikap gila2 dorang. Asha leaving to British and Tobacco dalam bidang finance. Syarifah moving to Dell account

Aku dan Syarifah. Kitorg baru rapat sejak dia join team aku. Gila2... Muda 3 tahub dari aku tp aku kau aje. Lebih selesa gitu

X semua ada sebab dah balik. Aku suka team ni walaupun ada 3 orang yang aku menyampah. As long as x effect performance aku lantak korang la nak buat apa. Left another 2 yg aku menyampah kt vmware. Hopefully will be in different team as well. 


The team

Began on September 2012
We have been train together
All united and happy 
2013 middle
WC spoil the team
Malays started not talking to me

Its not easy for me to maintain as super quoter 
And its not easy for me to maintain my production numbers with all difficult tickets
But people easily say 'kipas bos'
If i'm really kipas bos
Which kipas I used when i'm back from my 2 months 1 week MC?
No refreshment class been taken
Target adjusted just for day one
The next day i'm exceeding the given target
You all have brain
Use it and think

Heart broken with them
And no appologies for any
Hopefully the new team will not have this kind of issue
I hate to have the bad feeling inside


Friday, April 3, 2015

Berpecah

Officially that we are going to move to a different team and account
I'm still with vmware
Half of the vmware team move to dell and netapp and some account which i'm not familiar with

Breaking news that
She is resigned
Ya Allah
Sampai bilapun x berbaik nampaknya
To the person yang memecah belahkan kami
Alhamdulillah atas apa kamu buat
Semoga Allah ampunkan kamu
Dan aku tidak sesekali memaafkan tanpa kau menjelaskan perkara sebenar

Allah hu akbar!

Thursday, April 2, 2015

Adelle

Lama dah x balik awal
Sebab kena OT sentiasa
Maka harini dapat balik awal
Adelle happy sangat agaknya
Siap golek2 
Amik video pun dia golek lagi
Pastu tido macam penat bekerja sampai x sedar kita turun dari katil
Lepas tu masuk dalam blanket
Macam2 la perangainya pun
Comel!!! 


Wednesday, April 1, 2015

Mengantuk

Tlg managers settlekan queue tadi
Harini closing account vmware
Esok baru tahu lebih details kemana arah kami selepas ini
Dekat 8.30malam sampai rumah
Dengan hujan 
Basah seluar n kasut
Maka sudah mengantuk
Jom tido
Assalamualaikum