Wednesday, April 22, 2015

Kelengkapan

Tadi dah beli segala kelengkapan untuk mencuci kucing tu
Xde nama lagi
Hihi

Pampers dah beli
Bagi memudahkan mencuci luka tnpa perlu basahkan kain alas atau bulu kucing secara lencun

Sarung tangan
Bagi mengelakkan tangan bau busuk walaupun dah cuci dengan sabun wangi tahap gaban 

Tisu muka dan wet tissue dan kitchen tissue
Tisu muka bagi mengelap bulu selepas dicuci
Wet tissue anti bacteria bagi membersihkan lebih lagi area infection
Kitchen tissue untuk mengelap apa2 yg kotor

Dettol
Untuk membersihkan lagi tempat luka
Tapi x cuci dengan dettol lagi sebab pakai ubat pencuci yg doctor bagi

Madu
Doctor suruh bagi madu sikit untuk tenaga
Dia langsung tak nak makan dah
Bagi madu senang sikit nak masuk
Makanan beli kat klinik tadipun dia xnak

Hati berdebar sangat
Takut dia x tahan lama
Bibir dah pucat
Minum pun dah xnak
Macam mana nak start bagi ubat esok

Ya Allah
Sekiranya dia boleh sembuh
Maka Kau sembuhkanlah dia secepat mungkin
Jika tidak
Maka Kau tariklah nyawanya secepat mungkin kerana aku tak sanggup tengok dia terseksa
Aminn ya Allah

No comments: