Saturday, May 9, 2015

Hari Ibu

Semasa mak masih ada
Kami bukan jenis keluarga yang sambut sebarang perayaan
Tiada hari Ibu
Tiada sambutan ulang tahun kelahiran
Hanya raya aidilfitri dan aidiladha saja kami sambut
Itupun sekadar ala kadar
Sepasang atau dua pasang baju seorang
Kami bukan datang dari keluarga yang kaya
Mak abah dulu berniaga makanan untuk membesarkan kami adik beradik
Dan pelbagai dugaan khianat manusia
Mak sakit abah sakit
Ya Allah
Besar dugaan Kau untuk kedua ibubapa kami untuk membesar dan mendidik kami

2005 ke 2015
10 tahun
Mak pergi kerahmatullah pada usia aku 22 tahun
Bagi aku usia terlalu muda
Aku tak pandai masak
Aku tak pandai kemas rumah
Aku tak pandai segalanya
Sebab sepanjang 22 tahun hidup
Aku terlalu dimanjakan
Semua kerja mak buat
Basuh baju sendiri pun tidak
Jahit seluar atau baju koyak pun tak pernah
Memasak apa lagi
Tapi Alhamdulillah sempat bagi mak merasa masakan aku masa mak sakit
Cuma sedikit ralat
Mak minta aku masak sehari dua sebelum dia pergi
Aku cakap 'ala mak la masak. Mak masak sedap'
Jika kita tahu itu permintaan terakhir
Pasti kita akan masak istimewa untuk mak kita
Siapa kita untuk tahu ketentuan Allah

Mak adalah ibu terbaik buat kami adik beradik dan ipar2
Alhamdulillah bersyukur 

No comments: