Monday, June 29, 2015

Flush

Flush toilet rosak
Balang datang cuba repair
Dah wall pipe plak leaking
Kebocoran teruk jadinya
Disebabkan xnak pepagi buta keluar rumah buka main pipe
Aku biarla air menitik bagai nak rak
Adelle plak concern yang amat
Boleh dia kejutkan sampai bangun
Pegi la dekat toilet n flush
Lepas tu lama la air tu nak penuh balik
Nasib dia x kacau sampai sahur
Makanya harini mengantuk

Rugi x snap muka Adelle worry about air yang leaking tu
The way dia concern dengar air menitik
Aku rasa macam Adelle ni manusia pulak
Bijak sangat

Transition

Sepatutnya beli shades rayban or oakley
Tapi atas nasihat orang kedai spek tu
Akupun buat la transition
Boleh pakai siang malam
Jimat gitu
Untuk masalah silau aku

Bingkai lagi mahal dr cermin
Sebab x jumpa bingkai lain yang best n sesuai
Hadiah untuk diri sendiri


Saturday, June 27, 2015

Terkejut

Hari hari mercun meletup2
Hari hari bermula puasa pertama
Kesian Adelle
Terhenjut2 badan terkejut
Kalau bunyi kuat lari lintang pukang dia
Kalau sempat aku akan tarik dan peluk Adelle
Kesian anak yang satu ni

Friday, June 26, 2015

Compliment

Lately ni kerap dapat compliment dari sales rep
Actually request dorang xdela susah mana
As long as you read carefully and understand
Senang la jugak jadinya
Cumanya
Don't simply close the case without correct quote
Always double check your quote with the details provided

Sales rep banyak mengadu pasal orang costa rica dan india
'They all simply close the case'
Itu memang realiti
Banyak case tendang masuk queue aku
Benda senang pun dorang boleh suka2 close
Lantak la vmware
Dah korang nak terminate kitorg apa nak buat

3 image screen capture
Lelain tu dah tak ingat mana email2 tu soma
At least ada kenangan






Tazkirah

Lepas sahur bagi tazkirah sikit dekat afiqah
Pakai whatsapp aje
Afiqah ni jenis mcm pahat
Kalau x ketuk x jalan
Ntah mana dtg perangai mcm tu?
Selalu je nak kena tegur dengan aku

Dia xde usaha untuk sesuatu
Kalau bab keluar dengan kawan2
Uimakai... Terbaik urusan dia dulukan

What will happen to her in the future kalau keep dengan perangai tu?
Dengan parents yang x berapa nak terurus
Aku yang pening fikir masa depan dia
Sampai bila aku nak support dia?
Dia ada parents bukan xde
Aku cuma nak dia buka mata
Fikir jauh ke depan
Jangan berharap pada sesuatu aje
Kena usaha untuk sesuatu yang lain juga

Semoga dia mampu merancang masa depan dengan baik
Jangan menyesal x buat sesuatu dr sekarang
Sebagai mak sedara
Aku dh puas nasihat
Tapi xde satupun tindakan dia ambil
Sampai satu masa
Aku akan berhenti menasihati
Sampai lah masa dia kena usaha semua sendiri
Sebab masa tu aku dah x mahu ambil peduli

Thursday, June 18, 2015

Ramadhan

Alhamdulillah
Selesai satu hari dibulan Ramadhan
Semoga tahun ni dapat qatam Quran lagi
InsyaAllah

Sunday, June 14, 2015

Afiqah

Arini dah 6 hari Afiqah demam
Semalam bw hkl cek darah
Doc bg ubat tahan sakit je?
Pelik...
Arini aku dgn balang bergegas bawa ke hkl lg
Dia dh mula terhoyong hayang x berapa nak sedar
Hantar bahagian kecemasan
Terus refer blk 18
Cek suhu 40.2 
Gilo panas
Kena daftar dan tunggu dipanggil
Sejam jugak menunggu rasanya
Doctor check details
Tanya macam2
Kena drip, test air kencing dan amik darah
Sekarang tgh drip air
Tunggu keputusan darah 3-4 jam
Bermakna 6-7 pagi

Dia dah kena cucuk masuk jarum drip baru tau sakit macam mana
Selama ni suruh minum air xnak
Degil ya rabbi
Macam mana la dia boleh minum hanya segelas air dalam masa satu hari?
Aku dah penat nasihat suruh minum 2 liter
Tapi umpama mencurahkan air ke daun keladi
Ni alang2 kena buat mcm2 test
Aku terus takutkan
'Kakak nak operate buah pinggang mcm abah?'
Menggeleng laju dia
'Ha tau pun. Minum air 2 liter sehari lepas ni. Cuba dgn 500ml, lps tu meningkat hari ke hari'

Aku risau jugak 
Panas sangat kepala dia
Semoga xde apa2 yg x baik
Semoga cepat sembuh
Aminn

Wednesday, June 10, 2015

Taman Negara

Alhamdulillah
Tercapai gak hajat nak ke Taman Negara
Aku sukakan percutian ke kawasan hutan2
Laut tak suka
Activity bersama adik bradik
Memang de-stressed session betul

First day activity boat shooting
On the way ke visit orang asli
Boat shooting memang best
Macam nak terbalik boat rasanya
Basah lencun soma 



Visit orang asli
Dorang ni kaum perempuan sangat pemalu
Walaupun dah ramai pelancong yang datang

Masa aku bagi biskut dekat anak2 orang asli
Dorang malu n siap lari
Pastu dengar anak dia nangis
Aku masuk pondok dia
Hulur biskut kt anak dia
Nangis bagai nak rak
Bapa dia tarik tangan anak dia terima biskut aku bagi
Dapat biskut terus senyap
Alahai kesiannya
Jeles kot tengok yang lelain dapat
Aku bukan perasan dia ada dalam tu


Dorang ni pemalu sangat
Susah nak ajak bergambar


Malam ada night track
Tapi xde gambar pasal gelap gelita
Semua bawa celait (lampu picit)
Celait tu ayat arwah wan aku
Haha

The next day jungle track
Ada canopy walk
Waahh memang mendebarkan
Canopy walk 300 meter aje
Sebab 270 meter lagi tutup 
Struktur pokok yang x kukuh punca ditutup 270 meter tu
Tapi 300 meterpun semput weh
Dengan bergoyang2 
Atas puncak pokok ok



Kancil

Mula dgn ganti clutch plate 
Dengan repair apa ntah lagi
Rm1050

Ni berderet repair macam2
Dgn alarm
Arm
Absober depan blakang
Tangki air n paip2 dia
Ganti cover ekon yg dlm kete tu
N mcm2 lagi la
Rm1500

Nasib abang sendiri buat
Kalau anta bengkel
Konpem 4-5 ribu
Fuhh
Selamat
Alhamdulillah

Dah rasa macam kereta baru
Nanti nak ganti timing belt plak
Cover tayar soma nak ganti
Buat semua baru puas hati

Monday, June 1, 2015

Adelle

2013-2015
Hampir dua tahun
Dari sebesar telapak tangan
Dah membesar bagaikan juara
Dari kurus melidi
Dah menjadi sebesar peha 😅

Sabtu Ahad kalau kita tak duduk rumah
Rajuknya bukan kepalang
Merata dibuang hajatnya

Adelle paling takut guruh dan petir
Terus lari menyorok bawah katil atau menyelinap disisi kita

Kalau keluar dan akan balik malam
Siap2 la pasang lampu rumah
Kalau lupa pasang
Dari jauh dah boleh dengar suara Adelle menjerit2
Buka pintu je terus meluru kat kaki ketakutan

Sejak bela Adelle
Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan tak putus2
Syukur dengan nikmat yang Allah bagi

Adelle la tempat mengadu bila bersedih
Adelle la tempat mengadu bila gembira
Walaupun hobi Adelle mengigit sampai luka dan berdarah sesekali
Bila aku bersedih
Dia memahami dan membiarkan aku memeluk dia sambil menangis
Bila gembira dia la aku peluk2 siap cium2

Hari2 aku akan pastikan mendukung dan memeluk Adelle
Cium dahi dia kalau dia mood baik
Kalau mood dia x baik jangan la nak usik
X pasal2 berdarah berselirat luka2 kita nanti

Aku paling takut hilang Adelle
Semoga Allah memberikan Adelle kesihatan yang sempurna
Sentiasa aktif dan sihat
Aminn