Monday, August 31, 2015

Badminton

Almost 2 years x main badminton
Raket aku 2-2 dah jahanam pemegang dia
Nak kena ganti baru tu
Part lain soma tip top lagi

Semalam berbadminton ramai2 satu keluarga
Main dengan Afiqah tangan kiri je
Sampai sakit la lengan
Nasib masih ada tenaga nak pukul shuttlecock
Ingatkan dah lama x main tangan kiri dah x kuat sangat

Rehat sekejap
Xdela sekejap
Dalam hampir sejam rehat
Ajak Raziq main sama
Dengan Raziq kena main tangan kanan
Tak cukup tangkas tangan kiri nak melawan
Dan padan muka
Bengkak tempat patah
Sakit tak hengat

Arini ponggong n lengan soma sakit
Kiri kanan plak tu
X exercise sebelum main
Amik la kesannya

Side mirror

Second time
Side mirror motor
Orang jahanamkan

First aritu orang langgar sampai jatuh ke lantai
Ni baru je ganti ari jumaat aritu 28 August
31 August dah pecah
Orang pecahkan ke apa xtau la

Apa kes?

Sunday, August 30, 2015

Sangkaya

Aku x suka ice cream
Tapi semalam kak lina ajak makan
Dia belikan aku ice cream
Dan untuk kak lina ice shake

Makan je aku terus 'hhmmmm'
Setiap kali suap ice cream
Kak lina pandang dengan pelik
'Hehe... Sedap sangat la kak. Im memang macam ni. Bila sedap je buat bunyi hmmm hmm. Hahaha'
Serius sedap giler
Or sebab aku memang suka coconut
Rasa macam x cukup
Tapi pasal dh malam
Dan segan nak beli lagi
Hahaha

Balik cakap dengan kak lina
Nanti kita beli lagi ye
'Amboi suka sangat'
Haha
Pelik la aku suka ice cream
Ajaib!!! 

'Anak'

Ke selayang mall semalam dengan kak lina
Oh my...
Dah lama gila x keluar berdua
Macam zaman single mingle kak lina dulu
I mean dah lama x keluar berdua memalam
Jalan sesuka hati
Dapat keluar samapun sebab Fendi pegi Pangkor
Kalau x memang jangan harap
Rindu giler moment2 macam ni

Ok back to the subject
Masa tengok makanan Ruby dah nak habis
Janji dengan Ruby nanti belikan new food untuk dia
Masa nak keluar dari pintu
Ruby dah tunjuk muka dia
Remind la tu 'ibu jangan lupa janji ye'
So terus cakap dengan kak lina tlg remind
Ruby dah tuntut janji tu

Di kedai haiwan
'Ye nak cari apa. Makanan ke atau apa2 yang lain?'
'Nak cari makanan anak' jawab aku
Aku sebenar dah terbiasa jawab macam tu
Time tu plak tengah leka tengok Iams feveret Ruby
Tengok budak tu macam terkejut
Aku terus cakap 'anak tu maksud kucing saya'
Terus budak tu tersenyum n gelak kecil
Dia ingat aku betul2 cari makanan anak tp kat kedai haiwan
Sakan la aku dan kak lina gelak
Adoooiiii

Duk cari chicken pasal Ruby x makan ikan
I mean dia x heran pun ikan
Letak la memang dia x pandang
Tapi kalau ayam
Dari jauh dah x sabar2
'Yang ni ikan' cakap budak tu
'Dia x suka ikan. Dia makan ayam je' jawab aku
Lagi sekali dia pelik
Kucing apa x suka ikan?
Akupun pelik dengan Ruby

Pastu kak lina nampak yg dia maksudkan ikan tu ialah tuna
'Oo tuna ke. Tuna dia makan. Sama macam ibu dia' cakap aku
Pastu aku explain 
'Ibu dia tu saya ye'
Aku kan x makan ikan
Tapi tuna aku suka

Time nak bayar ternampak brand Evo
Terus amik untuk Adelle
Tu feveret Adelle
Tapi memang aku suka tukar brand untuk Adelle
Dia tu banyak songeh
Nak kena ada treats bagai
Deva sungguh

Saturday, August 29, 2015

Manja

Adelle ni
Ibu kat dapur dia pun sama ikut
Ibu kat bilik air dia ikut sama
Ibu tengok tv dia sama tengok tv
Ibu masuk bilik baring dia pun baring sama
Manja sangat

Balik dari Turkey
Sampai arini asik jilat2
Rindu sangat kot
Manja sangat pun ye

Tengok ni mana dia landing
Atas kepala ibu jugak
Adelle... Adelle

SPIFF

Harini dapat spiff dah
The final one from vmware account
Lepas ni no more spiff
Actually dah terasa beza gaji dari july
Totally basic
Xde lagi OT
Xde lagi epip
Beza 1-2 ribu sebulan
Sakit wehhh

Tapi pasal promoted on july
Dapat gak la cover sikit
Alhamdulillah
Allah bagi rezeki sentiasa cukup
Kita sendiri kena pandai manage
Bersedekah paling penting
Rajin bersedekah
Semakin luas rezeki Allah bagi
InsyaAllah

Thursday, August 27, 2015

Rindu

Yes yes
Hati tengah rasa rindu
Haish

Solat Subuh

Dah 3 hari terlajak
Sejak balik dr Turkey
Dan sejak keje emea shift

Arini Alhamdulillah terjaga
Bunyi alarm
Dan Adelle pegang tangan sambil panggil
Bijak betul Adelle ni

Kalau lajak Subuh terasa betul rezeki tu berat

Migrain

Migrain attack again
Pelik sebenarnya
Bila bercuti xde kena migrain
Bila kat mesia boleh kata hari2 migrain
Alhamdulillah x migrain masa bercuti
Kalau x memang apapun buat rasa x kena

Dan selalu kena belah kanan je
Ni rasa nak hantuk kepala kat dinding je
Makan panadol je
Xnak makan ubat migrain yang doktor bagi
Cuba bertahan

Tuesday, August 25, 2015

Travelling

Keseronokkan sesuatu perjalanan bergantung pada siapa disisi kita
Aku tak rasa happy tahun lepas 
Europe trip terasa hambar
Aku hanya betul2 happy masa jumpa abang Somad di Eindhoven
Ya Allah masa tu xtau nak cakap
Bahagia betul hati
Dan jumpa Sohasini di London
Kawan seperjalanan kesekolah

Selebihnya aku hanya mengikut rentak kaki berjalan
Dengan perselisihan faham dengan rakan travel
Seikhlasnya
Travel la dengan orang yang kita tak kenal
InsyaAllah travelling tu akan jadi lebih menarik

Turkey trip
Pada mulanya aku was was juga
Either the trip will be fun or sama macam europe trip
Memendam rasa
Tapi ada jugak la terasa dihati sepanjang turkey trip
Bila adik2 keluar je bilik langsung x inform
Kita balik tengok tinggal beg kita je
A bit silent masa tu
Sebab kalau marah aku akan diam
Kalau cakap nanti rosak pulak trip tu
Rasa tu je kot aku terasa
Selebihnya aku malas amik tau

For me...
They all masih adik2
Xpela... Soon or later they will know
How to appreciate/respect people
Azeeza and Suri tau aku pissed off masa tu
Azeeza tanya 'dorang x bgtau ke?'
Aku hanya senyum n geleng sambil cakap
'Xpela, budak2 lagi'

Thats the only one time aku marah rasanya
So dari Konya nak ke Antalya aku cuba control mood aku
Faten ajak bergambar dgn Mezlud ke apa nama tu
Pun aku tolak
Sebab sangat2 pissed off masa tu
Dalam bas paksa gak diri cakap itu ini
Sebab kalau aku teruskan diam
Mood akan terus swing
Kalau marah aku boleh control to be natural
Tapi kalau merajuk
Sorry la...
Berkurun nak pujuk
Kesian kak lina tahan dengan rajuk aku 
Haha

Overall...
2 trip terpanjang selama hidup ni
Europe is ok
Turkey is super excited

Semoga travelling akan datang lebih interesting
Aminn


Day 1 EMEA Shift

First day masuk 4pm to 1am
8 request sent to me
Kejam Dell ni
Vmware dulu 5 je
Siap dengan floaters yang tnjuk ajar
Ni dah la bg 8
Campak macam tu je
Terkial2 la aku nak buat
Nasib ingat macam mana
Dengan access semua x bagi
Nasib sapura bagi template n etc
Ragu (SME atau di vmware named as working captain) bagi semua template aku minta

Dengan mata bengkak
Pandangan x selesa
Imagine camna keje?
Memang rasa nak quit
Tapi mana nak cari kerja macam ni n gaji macam sekarang?
Sabar...
1st day always hard
InsyaAllah better nanti
Just kena faham concept



Sunday, August 23, 2015

Bengkak

Yeaayyy kena gigit
Xtau apa benda gigit
Tapi bengkak bawah mata kiri
Lepas mandi pagi tadi
Mula bengkak sikit
Makin lama makin besar
Sampai pandangan mata x jelas

Pegi gak klinik lepas maghrib tadi
Budak clerk tu duk gelak2 pandang2 aku
Apa ingat aku kena tumbuk ke?
Tau la nampak lebam and bengkak
Tapi bukan kena tumbuk tau
Kena gigit je ni

Dah makan ubat
Dah sapu ubat
Harap esok sembuh
Xnak la pegi keje mata lebam
Haha
Macam penyangak dah rasa ni

Saturday, August 22, 2015

Routine

12 hari 11 malam
Menjadi rutin memastikan semua ada 
I mean semua ada kat bilik memasing/selamat
Make sure where they goes to
Where have they been
Sebab bila travel sesama ni
Kena la tau kemana dan dimana
If anything happen senang nak cari

And this morning bangun
Dah takde nak kejutkan najwa or faten
Suri dan Azeeza biasa bangun sendiri
Missing something disini
Semalam nak tido pun dah rasa lain
Ke aku cepat sangat rasa bond between us tu?

Hati dah mula rasa rindu kat geng
Moment2 bersama tu
Alhamdulillah dipertemukan dengan orang yang baik2

Miss u all.. Dalam bus nak ke flight

Rindu

Adelle rindu ibu agaknya
Sampai je rumah tadi Adelle nangis2
Terus angkat dukung n peluk puas2
Rehat2 sekejap pastu keluar semula
Lepas singgah umah balang n balong balik rumah semula
Naik je atas katil Adelle dah datang
Jilat pipi, jilat tangan
Baring atas kepala
Ibu rindu Adelle jugak


Friday, August 21, 2015

Arrival

Alhamdulillah
Safely arrived Kuala Lumpur
Malaysiaku tercinta
Seriusly badan letih
Nasib nor amik kat airport
Terus lepak secret recipe makan nasi goreng
Jadi la dari x dapat nasi
Layan Muhammad nak tengok aeroplan pulak
Lambat sampai rumah pasal jem

Ni sekarang dekat burger byte
Nor teringin katanya
Drive asing2 sebab xnak susahkan dia hantar
Rasa balik ni nak pengsan

Transit

Transit lagi di Qatar
Sepanjang flight 4 jam lebih tu aku tido
Apa kena mengantuk sangat?
Masuk2 flight dah nak terpejam
Macam x sedar bila masa take off
Tapi bila makanan sampai
Makan dengan laju
Haha

Sampai Qatar lepak2 makan
Beli coklat sebab nak habiskan duit
Tertido lagi
Apa nak jadi daa?
Penat sangat kot
Jap lagi nak fly ke KL dah
Berat hati nak pulang ke Malaysia
Sebab malas betul nak start kerja

Masuk kerja terus masuk emea time pulak tu

Wednesday, August 19, 2015

Ephesus

Final province
Cepatnya masa berlalu
Cepatnya kena balik Malaysia
Kejapnya dah nak start kerja
Alaaaaaa malas
Haha

Nothing much to say
Mood ke laut sepanjang tour tadi


Fuat

Meet up dengan Fuat
Sumeyra sangat baik
Abdullah Hamza sangat comel

Pamukkale

Alhamdulillah dapat jumpa Fuat
Dia sangat baik
Isteri sangat baik
Rezeki Allah menemukan aku dengan orang baik2

Pamukkale sangat amazing
Xtau apa nak describe
Tapi kuasa Allah membentuk rupa bumi sebegitu
Just few hours je kat Pamukkale
Tapi cukup worth it


Monday, August 17, 2015

Al-Fatihah

10 years
Masa berlalu sangat pantas
At age 22 dah kehilangan mak
Semua benda pun x reti at that time
Sebagai anak bongsu
X dinafikan aku sangat manja
Semua benda mak buat
Even basuh baju, masak
Soma aku x pernah buat
Nak mulakan hidup tanpa mak
Terasa dunia ni susah sangat
Lama2 kebal la jugak
Cuma dalam hati sentiasa ingat mak
Kan best kalau mak masih ada
Al-Fatihah untuk mak
Semoga roh mak ditempatkan dikalangan orang yang beriman
Aminn

Antalya

Kami DIY je kat sini
Xde amik sebarang tour
Faten google attraction
Chartered taxi
Lebih jimat
Dapat pegi muzeum, Düden waterfall, beach and women beach
Settle soma terus hamam
The trip jadi seronok sebab soma sepakat
Sepakat membawa berkat kan 😄

Cuma duit je dah x cukup ni
Haha

Sunday, August 16, 2015

Head + Ache

Antalya 
Hot weather
Humidity
Sweating
Headache

Langsung x sakit kepala dekat province lain
Sampai je Antalya dah mula rimas
Peluh x ingat dunia
Baju basah kuyup
Tido sampai pengsan x sedar pape

Terjaga kul 6 pagi
Adoooiiii
Sakit kepala
This gonna spoilt my mood

Saturday, August 15, 2015

Konya

3 days 2 night di Konya
At first aku xtau apa nak buat kat sini
Sebab serius aku xtau pape pasal Rumi Sufi ni semua
But trying to understand 
Tiba2 teringat
Abang Ngah aku selalu sebut ayat 'ahli Sufi'
Mungkin ini yang dimaksudkannya

Xtau kenapa trip Turkey ni aku rasa super best
Maybe sebab ada Najwa and Faten yang make the trip colorful with their attitude and style
Azeezaa and Suri yang sangat easy going and sporting

Lepak di Alaadin Hill dan berjumpa orang Kurdish
Dia berborak dan offer untuk bawa berjalan
Walaupun English tak berapa bagus
At least dia berusaha untuk bercakap dan menggunakan google translate semasa bercakap

A few places dia bawa
Akyokus Park and Meram River 
Akyokus Park ni view from the top of Konya
Konya ni besar rupanya
Meram river ada makam guru Rumi kalau x silap
Kalau dia x bawa jalan
Sah2 kitorang lepak sekitar hotel aje
Alhamdulillah rezeki


Friday, August 14, 2015

Batuk

Dari hari pertama travel
Sampai harini
Batuk x sembuh lagi
Selsema Alhamdulillah sembuh dah
Suara masih hilang dan sengau

Puas mencari ice blended coklat
Dari satu province to another
Tetap x ada
Sampai bila nak terus xde suara ni?
Adoooiiii

Sufi Dance

Langsung xtau apa tu Sufi Dance
Thanks to Faten sebab sebut
Terus google dan tengok
Tapi masih x memahami keseluruhan ceritanya

Masa di Cappadocia amik yang kena bayar 25€
X bape nak puas hati dengan performance
Di Konya ni
Free entrance
Dan puas hati dengan persembahan dia
Dan dah mula faham sikit


Thursday, August 13, 2015

Konya

Sampai dah
Xtau kenapa 
Tapi rasa damai sangat kat sini
Mungkin sebab its totally islamic place in Turkey
Bila masuk waktu solat
Kiri kanan depan belakang dengar azan
Ya Allah
Meremang
Meremang rasa nikmat
Nikmat Allah

Thank you to BucketListAbroad sebab tambah Konya dalam senarai jelajah Turkey aku
Alhamdulillah
Damai yang tak tergambar dengan perkataan
Allah hu Akbar

Cappadocia

Rezeki Allah itu maha luas
Tak terjangkal difikiran aku mampu menjelajah Turkey
Segala urusan dan perjalanan dipermudahkan
Alhamdulillah

Hot air balloon checked!
Green tour checked!

Masa bercuti ni la nak reward diri sendiri
Biar la habis berapa pun
Yang penting satisfaction
I'm glad to have 4 buddies around me for the entire journey
Blessed!

When there is someone younger than me
Automatically i will treat them macam adik sendiri
Even aku ni anak bongsu doesn't mean aku ni xde naluri kekakakkan
Ada ke perkataan tu?
Belasah je la

Najwa 10 years younger than me
Faten 5 years younger than me
Both gila amik gambar
Seriusly memang kena alert kemana dorang menghilang
Dan harus bersabar melayan karenah
Aku sendiri pun ada karenah gak (jangan nak ngata orang sangat ye isma)

Untuk Azeeza dan Suri
Both are senior
Nothing much to worry
But still nak kena amik berat
How their health
How they feel
Can they proceed 
Sebab in one team/group
X kira muda atau tua
Semua kena sama2 dalam setiap apa je aktiviti yang dilakukan

5 days dah ni
Aku dah rasa macam kenal dorang lama sangat
Maybe sebab sikap aku sendiri kot
Over protective
Might be dorang rimas
Gila ko x rimas
Bukan kakak kandung ko pun yang nak sibuk2 pasal diri ko
Sakit ke dah makan ke apa
Tapi itu la...
Selalu lupa diri bab tu

Aku enjoy sangat trip ni
Sangat worth it
Bersyukur pada Allah swt kerana mempermudahkan segala urusan
Dan menemukan aku dengan makhluknya yang baik2
Alhamdulillah



Tuesday, August 11, 2015

Istanbul - Ankara

Syukur Alhamdulillah
Istanbul dijejaki
Mengikut langkah arwah abah
Visited few places within few hours
A hectic day ahead
Memang rasa nak pengsan sebab flu
Demam or batuk aku xkan ada masalah
Bila flu
Aku akan totally lost energy
Puas usaha gagahkan diri untuk berjalan
At one time memang rasa nak collapse
So terus sapu minyak angin
Sebab boleh baca my body 
Kalau lambat je take precaution utk stay awake
Senang je pengsan tetiba

Visited Ankara
Doa diperkenankan Allah untuk berjumpa Esref
Kenal dah berbelas tahun
Akhirnya tercapai hajat untuk berjumpa
Speechless
Ok berdosa disini
Sebab aku peluk dia
Haha
Tapi x sentuh kulit
Xpe kan?

Esref bawa merata tempat sampai sun burn rasanya
Until this morning kulit rasa pedih
Naik castle setinggi2 alam tu
Allah
Mencabar betul
Syukur atas segala nikmat Allah
Dikurniakan sahabat yang baik



Sunday, August 9, 2015

Cardigen

Ada kegunaan aku beli cardigan khas untuk travel turkey
Thanks to Kak Lina sebab suggest
Punca beli sebab nak pakai baju lengan pendek tapi cuaca panas
Dan nak memudahkan kalau masuk masjid
Boleh cover aurat

Sekarang aku dekat Airport Qatar
Macam biasa masalah tido bila travel
Memang x boleh tido
Macam2 gelagat manusia aku nampak
One couple ni buat aku rasa kagum
Perempuan tido atas lelaki

At first aku x realize lagi yang perempuan ni kesejukan
Sampai dia terpaksa kejutkan laki tu untuk tolong panaskan badan dia
Dia pakai baju xde lengan
Tengok dia menggigil aku terdetik untuk bertanya
'Is it too cold?'
Dia jawab ya
Dan aku terus hulurkan cardigan
'Wear this... I only have this to offer'
Dia terus ambil sarung sambil tanya
'At what time u will going?'
No worry.. Its still a long way to go jawab aku

Atas dasar kemanusian
Akupun sejuk sebenarnya
Tapi akukan baju lengan panjang

Berbuat baiklah kamu sesama kamu
Nescaya Allah akan membalas sesuatu yang tidak kamu duga
Ini yang aku pegang
Dan ini yang dididik sedari kecil
Semoga nilai murni ini kekal selamanya
Aminn

Qatar

Alhamdulillah sampai ke Qatar
Transit 12 jam sebelum ke Istanbul esok
Tekak masih perit
First time travel dengan rasa tak sihat
Semoga Allah memberikan kesihatan yang sempurna
Aminn

Monday, August 3, 2015

Turkey

Sabtu ni nak fly dah
Rasa dah siapkan soma barang
Tapi macam ada yang x cukup
Selipar xde lagi
Still have time
Relax