Wednesday, September 30, 2015

Langgar

Ya Allah
Shaking
Aku langgar ibu kucing
Tengah bawa motor
Tiba2 kucing tu lari masa aku jalan
Menggelepar dia atas jalan
Aku terus undur n park motor
Pekerja contract tu terus angkat ke tepi
Aku baru nak pegang dia dah angkat 
'Air air' cakapnya sambil menuju ke lopak air
Dia jirus2 kucing tu n regang2kan tangan 
Pastu letak kucing tu elok2
Aku terus datang dekat n usap2
'Ibu minta maaf. Kenapa awak lari masa ibu tengah jalan'
Aku perhati dia
Mungkin sengal2 n tergeliat urat
Nampak muka dia ok
Aku terus bangun pegi keje
5 minit gak cangkung belek dia
Ya Allah selamatkan lah ibu kucing itu
Aminn

Monday, September 28, 2015

Gaji

Hari gaji 25th
By 25th jugak duit balance tggal around 1k
Usaha survive sampai next gaji
These 2 months memang x saving
Macam2 belanja kena keluar

Thursday, September 24, 2015

Sakit

Seriusly sakit yg amat
Belah kiri terutamanya
Dr tengkuk ke pinggang
Sapu yoko yoko
Langsung x berkesan
Kerja pula tu
Arrgghhh
Dugaan

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat hari raya semua
Baru tido 3 jam lebih
Terjaga alarm dan takbir
Badan sakit2
Mesti sebab semalam buka katil besi tu sorang
Arini kena kerja
Semoga sihat
Aminn

Wednesday, September 23, 2015

Terserempak

This few days mata kanan kenyit2
Ntah kenapa n rasa x selesa
Feel like akan jumpa seseorang
Dan harini
Masa sampai opis
Dah la lambat pasal orang datang anta katil
Sampai opis jalan selaju yang mungkin dari pagi
Tiba2 kawan panggil isma few times
Terus menoleh
Oh Reen
Nak minta tlg simpan frozen food dia
Mata pun terus pandang org sebelah Reen
Oh Suraya
Bertudung sudah
Alhamdulillah
But still we not talking to each other
Xpe
Aku maafkan salah dia
Moga Allah buka pintu hati dia untuk melihat kebenaran
Dan semoga Allah lembutkan hati dia 

Dah dapat jawapan kenapa mata kenyit2

Saturday, September 19, 2015

Izwan Wedding

Harini majlis kawin iwan
Last kenduri kahwin keluarga mama
Aku macam biasa
Part of the family
Harus la hadir dari awal majlis ke penghujung
Goodie bag girl gitu
Apa lagi yang boleh aku tolong?
Sekadar itu je termampu
Kak Lina dan Abg Fendi membantu
Happening suasana
Nani pun ada bersama
One happy family
Hehe

Habis kenduri balik rumah mama
Lepak lepak
Borak borak
Mak long share tip penjagaan makanan
Nak kena follow ni
Nak paksa diri makan oat pagi2
Dan makan sayur semangkuk kecik sebelum makan nasi masa lunch
Serius berat naik mendadak ni
Seluar dah ketat
Kerja malam memang mengundang kegemukan
Asik mengunyah je

Set your mind
Paksa diri utk diet
Diet utk kesihatan
Bukan utk kurus

Ops terlari tajuk
Beberapa gambar kami dan kami di majlis



Friday, September 18, 2015

Sembunyi

Adelle sembunyi
Aku buka tingkap
Sebab hobi Adelle tinjau luar atau bawah
So tengah makan tadi
Terdengar macam suara Adelle
Seolah2 jatuh
Terhenti makan dan panggil Adelle
Jerit2 nama Adelle
Cari setiap sudut
X jumpa!
Jantung dah berdegup kencang
Terus siap amik kunci nak keluar
Takut Adelle jatuh macam Tutu dulu
Aku xleh terima kalau hilang Adelle
Baru buka pintu Adelle terus lari arah aku
Bertuah punya anak
Buat ibu cemas aje

Helen

Semalam
Belek2 email opis
I mean email vmware
Memang saja simpan sikit
Untuk kenangan

Baca email Helen utk review aku
Bergenang la pulak mata
Ayat2 semangat dia bagi
Bravo ayat biasa dia guna
Everytime aku exceeded without error
Rindu


Thursday, September 17, 2015

Meet up

Semalam meet up dengan Daniel n Izza
Daniel yg plan soma
Lepak one utama
10.30 to 7.30
Ya Allah lamanya
Aku x penah kuar lama2 macam ni
Tapi sebab tengok movie
Tak terasa sangat

First lepak old town dr 10.30 smpai 12.30
Jalan2 xtau nak kemana Izza plan tgk movie
Movie 1.40 to almost 4 rasanya
Jalan2 n aku teringin coffee bean
Lepak situ smpai 7 something

Aku dah mula lenguh bahu
But enjoy the moment


Wednesday, September 16, 2015

Rambut

Haish
Rambut dah panjang
Nak potong ahad aritu Nor x bagi
'Nak pegi kenduri jgn ptg rambut'
Ok fine
Next month sure potong masa treatment
Heeee 😄

Serius xleh tahan biar rambut panjang melebihi bahu
Dah macam pontianak harum sundal malam dah
Dah la rambut depan x reti nak kebelakang
Tgk muka macam x sudah

Sunday, September 13, 2015

Katil

Finally
Tetiba beli katil
Punca sebab aku suka tilam dia
Tilam harga rm1300
Nangis
Tp fikir pasal utk keselesaan
Apa la sangat nilai harga tu
Gila ke apa pasal suka tilam beli katil?
Memang dah lama nak beli katil baru
Cuma x jumpa yang berkenan
Tapi yang ni pun bukan berkenan katil
Berkenan tilam
Hahaha
Mental aku ni
Maybe take 2-3 weeks sebab katil kena buat dulu
Tempah la nak design n kaler camna
I mean design dia dah ada
Just pilih n dia akan buat

Kena gigih cari duit
Sebab katil n tilam
Dah cost 3 months saving untuk travel

Thursday, September 10, 2015

Favourite spot

Adelle suka lepak atas iron board
Situ tempat tido
Situ tempat tinjau luar
Situ tempat main lompat lompat
Situ jugak tempat golek2

One day
Sedap2 golek iron board senget sebelah
Aku gelak sakan dah
Hahahaha
Tengok muka Adelle cemas nak jatuh
Ok ibu jahat disini 
Tapi Adelle kan kucing
They know how to balance their body
Sekejap iron board dah back to its position

Adelle sangat mewarnai hari2 aku
Alhamdulillah

Wednesday, September 9, 2015

Korean Food

Ni la first time makan korean food
Ke intermark lunch dengan kak lina
Keje petang ni boleh la merayap kesana kejap
Dah sah2 kak lina belanja
Dan kak lina memang tau selera aku
Korean food yang dah dimelayukan
Yummy yummy
Still kimchi xleh diterima tekak
Even kak lina cakap sedap
Never! Haha

Serius variety of food kat intermark
Rasa nak cari kerja plak
Haha




Tuesday, September 8, 2015

A month

Sebulan dah berlalu
Berkenalan dengan rakan2 ke Turkey
First time met at KLIA on 8th August
Alhamdulillah until now we keep contact
Even yet have no time to meet
At least communication between each other is still going on
The whatsapp group still active
Syukur ya Allah dipertemukan dengan mereka2 ini
Deep inside my heart
I do love all of them
They are like my sisters, family
Semoga Allah memberi peluang lain untuk kami travel bersama lagi
Aminn


Monday, September 7, 2015

Rotation

And now
Rotate my sleeping time to Emea timing
ZzzzZzzz

Saturday, September 5, 2015

Switch

Bila mata dah serasi waktu Malaysia
Nak kena tukar ke EMEA timing pula
Terpaksa menahan diri daripada tidur jam 10 atau 11 malam
Paksa diri tido kul 2 semalam
Dan hari ini kena paksa juga
Nasib kerja 3 minggu malam
1 minggu siang
Kira sebulan sekali la nak kena tukar timing

Btw
Pasal Cambodia
Xleh cuti
Deepavali on 10th Nov
Sah2 kena back up team
Xleh amik cuti

Friday, September 4, 2015

Cambodia

Abang Somad ajak cuti
November ni
Tapi ringgit tengah teruk
Camna ni?
Adoiii
Memang plan nak amik cuti November nanti
Tapi xtau nak pergi mana
Pastu risau budget lari

Thursday, September 3, 2015

3 Tahun

3rd September 2012
Pertama kali melangkah masuk untuk bekerja sepenuh masa
ServiceSource International Malaysia Sdn Bhd
Rezeki melimpah ruah bermulanya kerjaya disini
Alhamdulillah
Dipermudahkan oleh Allah atas setiap pekerjaan
Setiap tahun mendapat kenaikan pangkat
Rezeki Allah

3 tahun dah
Masih berada diposisi quoter
Walaupun bertukar jawatan
Dan sekarang bertukar akaun
Kalau dulu bersama Vmware
Sekarang bersama Dell
Baru je mula menjadi quoter Dell
Tapi banyak betul error
Too manual and too headache 

Honestly ada rasa nak quit
Nak cari kerja baru
Tapi memandangkan sikap M yang tahap max
Maka gagah lagi tunggu
Yang hebat2 ramai dah bekerja ditempat baru
Aku masih disini
Masih belum nampak arah tuju
InsyaAllah dengan izin Allah
Akan ada peluangnya nanti


Wednesday, September 2, 2015

Dell

Aku xtau apa susah sangat untuk aku dapat accuracy
Dalam 10 request aku dapat
Consider 3-4 aje yang betul
Lain soma error
What is going on?
Kenapa xleh fokus macam dulu?
Request senang pun error
Date, SKU, Reinstatement fee, EOS, price, service level

Soma tu benda biasa kat vmware
Bukan benda baru dalam quoting
Beza hanya vmware everything is structured
X payah susah2 nak choose SKU and price
Napa dulu alert everything 
Boleh easily engage to the system
Dell is totally manual
Tapi itu bukan alasan untuk semua error
Adoiii

Ada rasa nak quit
Ada rasa nak cari kerja lain
Istikharah aje la 
Mungkin hati bukan kat sini lagi
3 tahun dah
Mungkin sampai masa untuk sesuatu yang lain