Thursday, October 29, 2015

Cabaran

Since september 2015
Kak lina maklumkan
'Akak setiap duit rm5 baru akak dapat akak simpan, im buatlah macam tu. Sebab bila macam xde duit tu senang la nanti.'
Dan aku pun cuba amalkan
Aku buat setiap rm20, rm5 dan rm1
Rm1 untuk tukar dengan Nor nanti
Rm20&rm5 untuk travelling and emergency
Setakat ni dah 800 kot menyimpan
Kalau x buat mcm tu mmg xkan dpt menyimpan

Cabaran ialah ko terpaksa budget bila menyimpan mcm tu
Makna kata kena ikat perut

Wednesday, October 28, 2015

Shaking

Pelik
Dah breakfast bihun goreng around 9am
Around 11am dah mula shaking
Apakehal ni?
Sekarang memang cepat shaking
Makan baru je sejam dua
Dah mula shaking
And perut bloated 
Sakit ke apa aku ni?

Tuesday, October 27, 2015

Inspirasi

Semalam
Since xde kerja nak buat
Aku google berkenaan cambodia
Abg Somad la ni membuatkan aku teringat2
X dapat follow abg Somad
Mana tau nanti pegi sendiri pulak

Ada satu blog berkenaan cambodia
Dan itu negara ke8 asean country dia dah pergi
Another 2 to go

Akupun terus google negara asean
Ada 10 semua sekali
Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, Brunei, Philipines, Cambodia
4 je aku dah pergi termasuk Malaysia
Plan macam nak ke Cambodia awal tahun depan
Kena cari geng ni

Thailand pun aku x jejak lagi
Brunei dah lama teringin nak pergi
Philipines asik x match time dgn Betchai
The rest x terfikir langsung
Since ada misi untuk visit negara mengikut umur
Memang akan semput la nak mengejar
Umur pun dh banyak ni

Kena usaha lebih
Dan mencari kawan travel yang ngam
Semoga cita2 ni diperkenankan Allah
Aminn

Saturday, October 24, 2015

The head and ache still there

Woke up for subuh
And still
Headache
Recover fast please
A lot of things to do by today

Friday, October 23, 2015

Migrain lagi

Pagi ni teman kak lina pegi buat test apa ntah kt klinik area jln laut
Settle situ pegi klinik dr hamid plak kt damansara
Jerebu nmpak teruk
Dan bau asap sangat kuat
Lps consultation pegi makan
Nak drive balik kepala tiba2 rasa sakit
Xtau la sebab makanan tu masin sangat
Atau jerebu membuat sakit kepala
Atau sebab bahang
Yang pasti sakitnya sampai sekarang
Masuk kerja tadi rasa nak muntah
Terus lumur minyak angin
Ni tadi amik hot dog as a dinner
Telan activfast sebiji
Bahaya makan dua biji sebab nanti shaking
Harap beransur pulih

Thursday, October 22, 2015

Rahsia

Bila orang pesan rahsiakan
Aku berusaha simpan
Sebab aku takut jadi orang yang tidak amanah
Tapi aku diasak dengan persoalan

Ya Allah
Tabahkan lah hamba mu ini dalam menyimpan rahsia
Sebab hatiku sendiri resah mengenangkan dia
Semoga dia tabah
Aminn

Wednesday, October 21, 2015

Bloated

Perut ni
Hari2
Kembung
Macam baby
Jadi tak selesa
Bekerja pulak tu
Nak golek2 tak boleh
Bertahan la wahai Isma

Monday, October 19, 2015

Not feeling well

Tiba2
Perut rs sebu
Kepala rasa x sihat
Badan rasa x larat
Tengah kerja ni
Takkan nak balik?
Bertahan la badan
Kalau esok still x sihat
Kita mc ye

Balance

Omg omg omg
Balance less than 200
Pengsan

Friday, October 16, 2015

Afiqah balik

Tengah drive pegi opis
Bunyi whatsapp masuk
Sampai parking ofis
Terus buka
'Makcu, akak balik tau arini. Bas akak baru gerak'
Mak ai happy hatiku
Ada la teman sehari dua
Break exam gap je
Nanti november makcu bawa kakak cuti bukit tinggi eh
Sian dia cakap aritu x pernah pegi

Tuesday, October 13, 2015

Sakit pinggang

Sakit ni dari hari raya haji
Sebab a day before buka katil dan alihkan kedalam store
Sampai harini
Pinggang masih sakit
Belakang sakit2 juga
Dah tua
Buat kerja sikit dah sakit
Tenaga x macam dulu

Semalam tido kul 4 lebih
Around 7 something dah terjaga
Pinggang sakit yang amat
Terus baring sampai betul2 rasa boleh bangun
Hidup seorang
Risau juga kalau jadi apa2
Adapun Adelle tempat mengadu

Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik2 untuk aku
Aminn ya Allah

Sunday, October 11, 2015

Sahabat

Sahabat itu hanya sebelum berkahwin
Selepas dia berkahwin
Dia bukan lagi sahabat
Tiada lagi teman berkongsi cerita
Tiada lagi teman bersedih
Tiada lagi teman gembira
Tiada lagi teman dihujung minggu
Keseorangan

Adakah berkahwin sebab untuk menjarakkan hubungan?
Adakah selepas berkahwin tak boleh lagi berkongsi kisah kehidupan?
Adakah berkahwin menjadikan dia seorang yang pentingkan diri?
Adakah berkahwin membolehkan dia bertukar menjadi sahabat yang tak aku kenali lagi?
Manusia itu berubah

Tapi berubahlah kearah kebaikan
Berkahwin bukan pakej memutuskan persahabatan
Alasan sibuk bukan alasan bijak
Ramai saja rakan yang berkahwin
Masih mengekalkan persahabatan
Walaupun beranak 2-3 orang
Sibuk bukan alasan mereka

Apabila ibu berkata
'Dia ingat kita bila laki dia xde je'
Tak ada rasa sesuatu ke dihati?
Memang benar dalam Islam
Wanita menjadi hak suami selepas berkahwin
Tapi Islam tidak pula menghadkan hubungan anak dan Ibu
Dimana anak hanya pulang sesekali kerumah
Sedangkan jarak rumah tidak jauh mana
Hati ibu perlu dijaga

Aku sendiri banyak kali terasa
Tapi aku kerap dipersalahkan
Konon aku tak faham situasi dia
Dia banyak benda nak fikir
Rakan2 aku yang lain tak banyak benda nak fikir?
Boleh je kami berhubung selalu
Boleh je kami berkongsi cerita selalu
Tak pernah alasan tak ada masa dan tak sempat 
Sedangkan mereka lagi banyak urusan
Hal kerja hal anak dan hal suami
Itu semua berpangkal dari hati
Mahu mengekalkan hubungan persahabatan
Atau mahu memutuskan 

Sebelum berkahwin
Kalau nak spend time together boleh je
Katanya
Selepas berkahwin
Sibuk dan tak ada masa sentiasa
Weekend ada dua hari
Sabtu dan Ahad
Salah ke bila minta teman atau ajak jumpa
Spend masa tu walau sehari?
Sebulan sekali pun dah boleh buat aku happy
Tapi memang aku aje sentiasa terhegeh2
Sentiasa tanya dia ada masa tak
Dan jawapan sentiasa tak ada
Ok tak apa
Sabar

Tapi sabar manusia ada had
Ada satu masa aku fikir
Dia tak perlukan aku lagi
Dulu susah senang bersama
Sekarang
Aku dicampak terus dari hidup dia
Ye aku faham
Aku orang luar

Aku sentiasa ada untuk dia minta tolong
Aku akan sentiasa ada
Walau macam mana kecil hatipun
Aku akan campak tepi perasaan tu
Dan aku akan sentiasa tolong bila diperlukan
Tapi janganlah buat aku macam sampah
Bila tak perlu aku dibuang
Dan aku terasa lagi

Kalau boleh disukat perasaan
Aku rasa sampai lunyai dah dibuat dia
Aku sendirian
Bersedih
Hanya aku kerap hubungi dia
Dia langsung takde rasa nak hubungi aku
Hanya aku kerap ajak keluar dan bertanya free ke x
Dia sekalipun tidak
Tak ada rasa ke nak spend time together macam sebelum kahwin?
Kita buat macam2 dalam sehari
Langsung tak ada perasaan tu?

Kadang2 aku saja mesej
Mencari ruang untuk berhubung
Alasan yang aku dapat
Dia mengantuk dia penat dia letih
Ok... Aku tamatkan perbualan
Dia aje ada rasa tu semua
Aku tak rasa letih dengan alasan2 dia?
Aku pun letih
Penat
Lelah dengan sikap dia
Mungkin sahabat itu hanya sebelum berkahwin

Dan tiada lagi perkataan sahabat selepas dia berkahwin
Yang tinggal hanya rakan
Bukan kawan
Dan bukan sahabat
Kerana rakan hanya untuk hubungan yang sangat sikit
Tiada perkongsian kisah kehidupan
Dan terbatas segala hal

Jadilah sahabat dunia akhirat 
Jagalah hati orang yang sayangkan kita
Kita tak tahu apa akan jadi dimasa hadapan
Maka jagalah persahabatan selagi hayat ada
Sebab sahabat akan sentiasa ada
Jatuh dan bangun kita
Sahabat sentiasa disisi
Dan aku sentiasa akan ada selagi hayat dikandung badan
InsyaAllah

Saturday, October 10, 2015

Hug = Peluk

Adelle... Ibu nak peluk kejap je
(Kena maklumkan sekejap. Kalau x kena gigit sampai berlubang tangan)
Peluk Adelle for a few seconds
Jangan sampai seminit
Nanti dia start rimas dan mengamuk
Lepaskan
Then cakap lagi
Ibu nak peluk lagi. Sekejap ye
Then peluk semula
Begitulah
Kalau nak peluk Adelle
Its not easy to handle hyperactive cat
Hyperactive disini bermaksud
Kucing yang langsung x suka disentuh
Everytime sentuh
Confirm kena gigit

Beza Adelle dan Ruby
Ruby ada angin
Boleh pegang dan peluk
Cuma hanya seminit begitu
Bila dah rasa angin dia dah x elok
Lepaskan
Ruby xde masalah memanjang nak gigit


Tanggapan

Orang selalu anggap aku banyak duit
Mungkin dari gaya aku
Mungkin dari segi perbelanjaan aku
Mungkin sebab aku bercuti kenegara2 mahal

Ye aku pakai kasut harga 2-4 ratus
Tapi setahun atau dua tahun sekali baru beli
Ye jam aku mencecah ribuan ringgit
Tapi itu reward untuk diri sendiri lepas penat bekerja tanpa cuti
Pakaian aku sangat simple
Mungkin orang selalu melihat hard rock tshirt yang aku pakai
Tapi itu je kenangan negara2 yang aku sempat singgah
Dan juga itu juga hasil kiriman dari teman2

Aku bukan banyak sangat duit
Aku memaksa diri untuk jimat berbelanja
Untuk bercuti melihat alam ciptaan Allah
Aku tidak beli kereta baru
Masih memakai kancil buatan tahun 2002...
Aku tidak mempunyai rumah
Hanya mampu menyewa dengan dbkl 
Dengan sewa rm124 sebulan
Perbelanjaan isi rumah yang sangat minima

Jika aku membeli kereta
Sudah tentu aku tidak mampu bercuti
Jika aku membeli rumah
Sudah tentu aku tidak mempunyai wang untuk berbelanja
Itu semua pengorbanan
Bukan senang untuk mengawal kehendak diri
Siapa yang taknak berkereta baru?
Siapa yang taknak ada rumah sendiri?
Cuma aku tak mampu untuk membeli
Demi memenuhi kehendak hati melihat dunia ciptaan Ilahi


Friday, October 9, 2015

Perfume

Menceburkan diri dalam penjualan perfume
Membantu kakak ipar mencari side income
At the same time aku pun happy

Thursday, October 8, 2015

Magic Jelly

Beli magic jelly utk masalah eczema
Macam makin teruk
Pelipat jari soma luka2
Pedih weh kena air
Ni kesan dia
X sesuai ke?


Misteri

Ada beberapa kejadian misteri kt rumah aku
Lama dulu
Aku letak kunci kereta atas meja makan sesampai rumah
Masuk bilik
Kunci aku letak atas meja makan
Dah ada atas meja bilik
2-3 kali aku berulang alik meja makan dan meja bilik
Musykil

This time
Minyak angin
Dah habis semua beg aku selongkar
Kosongkan
Xde jumpa botol tu
Tiba2 arini
Jumpa dalam beg keje
Apakah?


Stress

Ah gila stress
Dari 6ptg smpai 9.30mlm buat satu request
Berpinar mata
Berlambak tags
Berbeza duration
Arrggghhh
Almost 12am QA detact hidden tags yang aku x quote
Lagi gila
Dengan tgh edit quote salah lg
Mata sakit dah
Nak tido

Sunday, October 4, 2015

Katil

Sejak beli katil baru
Tilam selesa
Adelle memang keje dia tido kat atas katil
Xnak dah tido sebelah ibu tengok tv
Alahai anak
Time tido pun sampai tido sebelah ibu
Dulu xnak tido dekat2


Saturday, October 3, 2015

Ice skate

Ioi mall putrajaya
Kami 4 adik beradik bersama family masing2
Bonding time
Main ice skate sama2
Aku, nor dan sheda
Terhegeh2
Haha
Sheda paling dasyat
Terjerit2
Aku first time
Nor dah boleh jalan2 sikit tnpa pegang tempat berpaut
Aku memang berpaut
Ada masa lepaskan tangan
Rasa nak tumbang je terus pegang balik
Have fun today
Alhamdulillah