Sunday, October 11, 2015

Sahabat

Sahabat itu hanya sebelum berkahwin
Selepas dia berkahwin
Dia bukan lagi sahabat
Tiada lagi teman berkongsi cerita
Tiada lagi teman bersedih
Tiada lagi teman gembira
Tiada lagi teman dihujung minggu
Keseorangan

Adakah berkahwin sebab untuk menjarakkan hubungan?
Adakah selepas berkahwin tak boleh lagi berkongsi kisah kehidupan?
Adakah berkahwin menjadikan dia seorang yang pentingkan diri?
Adakah berkahwin membolehkan dia bertukar menjadi sahabat yang tak aku kenali lagi?
Manusia itu berubah

Tapi berubahlah kearah kebaikan
Berkahwin bukan pakej memutuskan persahabatan
Alasan sibuk bukan alasan bijak
Ramai saja rakan yang berkahwin
Masih mengekalkan persahabatan
Walaupun beranak 2-3 orang
Sibuk bukan alasan mereka

Apabila ibu berkata
'Dia ingat kita bila laki dia xde je'
Tak ada rasa sesuatu ke dihati?
Memang benar dalam Islam
Wanita menjadi hak suami selepas berkahwin
Tapi Islam tidak pula menghadkan hubungan anak dan Ibu
Dimana anak hanya pulang sesekali kerumah
Sedangkan jarak rumah tidak jauh mana
Hati ibu perlu dijaga

Aku sendiri banyak kali terasa
Tapi aku kerap dipersalahkan
Konon aku tak faham situasi dia
Dia banyak benda nak fikir
Rakan2 aku yang lain tak banyak benda nak fikir?
Boleh je kami berhubung selalu
Boleh je kami berkongsi cerita selalu
Tak pernah alasan tak ada masa dan tak sempat 
Sedangkan mereka lagi banyak urusan
Hal kerja hal anak dan hal suami
Itu semua berpangkal dari hati
Mahu mengekalkan hubungan persahabatan
Atau mahu memutuskan 

Sebelum berkahwin
Kalau nak spend time together boleh je
Katanya
Selepas berkahwin
Sibuk dan tak ada masa sentiasa
Weekend ada dua hari
Sabtu dan Ahad
Salah ke bila minta teman atau ajak jumpa
Spend masa tu walau sehari?
Sebulan sekali pun dah boleh buat aku happy
Tapi memang aku aje sentiasa terhegeh2
Sentiasa tanya dia ada masa tak
Dan jawapan sentiasa tak ada
Ok tak apa
Sabar

Tapi sabar manusia ada had
Ada satu masa aku fikir
Dia tak perlukan aku lagi
Dulu susah senang bersama
Sekarang
Aku dicampak terus dari hidup dia
Ye aku faham
Aku orang luar

Aku sentiasa ada untuk dia minta tolong
Aku akan sentiasa ada
Walau macam mana kecil hatipun
Aku akan campak tepi perasaan tu
Dan aku akan sentiasa tolong bila diperlukan
Tapi janganlah buat aku macam sampah
Bila tak perlu aku dibuang
Dan aku terasa lagi

Kalau boleh disukat perasaan
Aku rasa sampai lunyai dah dibuat dia
Aku sendirian
Bersedih
Hanya aku kerap hubungi dia
Dia langsung takde rasa nak hubungi aku
Hanya aku kerap ajak keluar dan bertanya free ke x
Dia sekalipun tidak
Tak ada rasa ke nak spend time together macam sebelum kahwin?
Kita buat macam2 dalam sehari
Langsung tak ada perasaan tu?

Kadang2 aku saja mesej
Mencari ruang untuk berhubung
Alasan yang aku dapat
Dia mengantuk dia penat dia letih
Ok... Aku tamatkan perbualan
Dia aje ada rasa tu semua
Aku tak rasa letih dengan alasan2 dia?
Aku pun letih
Penat
Lelah dengan sikap dia
Mungkin sahabat itu hanya sebelum berkahwin

Dan tiada lagi perkataan sahabat selepas dia berkahwin
Yang tinggal hanya rakan
Bukan kawan
Dan bukan sahabat
Kerana rakan hanya untuk hubungan yang sangat sikit
Tiada perkongsian kisah kehidupan
Dan terbatas segala hal

Jadilah sahabat dunia akhirat 
Jagalah hati orang yang sayangkan kita
Kita tak tahu apa akan jadi dimasa hadapan
Maka jagalah persahabatan selagi hayat ada
Sebab sahabat akan sentiasa ada
Jatuh dan bangun kita
Sahabat sentiasa disisi
Dan aku sentiasa akan ada selagi hayat dikandung badan
InsyaAllah

No comments: