Thursday, December 31, 2015

Kucing

Semalam balik dari bank
Ada kucing muka keliru di tingkat 2
Aku ajak naik kalau nak makan
Dia follow
Bagi makan xnak pula
Biarkan aje dia dalam rumah

Balik keje tengok manja semacam
Kesian mencari tuan
Esok ibu anta awak cari umah ye
Janji aku

Dan pagi ni
Aku bawa dia turun
Tingkat 2 dia hanya mengekor dari belakang
Tingkat 1
Dia sendiri pegi kerumah tu
Dan mengiau
Bila orang tu buka dia terus masuk
Aku bertnya
Kucing...
Baru nak tnya dia dah tutup pintu
Dia buka kecik je untuk kucing tu masuk
Pastu dengar suara gembira

Harap betul la itu rumah dia
Sebab dia pandang aku mengiau masa aku datang dekat
Mungkin dia cakap
Inilah rumah saya

Dan Adelle
Dah lega sekarang
Baru boleh tido lena
Haha

Friday, December 25, 2015

T-shirt

Setiap kali bercuti oversea
Aku akan belikan baba tshirt
Tadi masa pesan kat along
Simpan baju baba last pakai
Untuk ubat rindu mama
Along terus tunjuk tshirt
Aku terus cakap 'Pamukkale'
Along belek
Memang sah Pamukkale
Aku terus duduk
Ya Allah
Baba pakai pemberian aku dihari terakhir dia dirumah
Aku suka belikan baba tshirt
Sebab dia akan pakai dan hargai
Allah
Mata masih pedih

Baba

23 December 2015
Kak lina msg bgtau baba pengsan
Aku call bila kak lina kat hospital dah
Dalam 11 lbh mcm tu aku ke hospital
Dah x senang hati
Aku agak baik dengan baba
Boleh bergurau senda
Terasa dihati bila dia sakit

24 December 2015
Aku kerja on public holiday
Baru habis lunch
Kak Lina call bgtau doktor cakap dah xde harapan
Doktor suruh panggil soma anak2 balik
Aku terus siapkan soma keje yang assign atas nama aku
Aku puas bertahan jangan menangis teresak2
Selesai kerja terus solat zuhur
Terus ke HKL

Semua sepakat bawa baba balik rumah dan lepaskan dirumah
Buka je bantuan pernafasan
Baba dah disahkan tiada
Rezeki baba di malam Jumaat

Tahlil mula2 pak long selepas maghrib
Selepas isya' orang2 masjid
Dalam 11 lebih Ustaz Don datang tahlil lagi
Betapa Allah memuliakan hamba-Nya yang bertaqwa
Harapannya bila tiba masa aku nanti
Beginilah rezeki sedekah orang ramai

Ya Allah
Tempatkan baba dikalangan orang2 yang beriman

Masa aku susah
Baba la bagi duduk dirumah
Makan minum semua tersedia
Nak berniaga baba keluar modal utk grill
Beribu ringgit
Banyak sangat jasa baba pada aku
Syukur Alhamdulillah mempunyai ayah angkat semulia ini


Wednesday, December 23, 2015

13th month salary

Alhamdulillah
Bonus masuk
Public holiday OT masuk
EPIP masuk
Syukur ya Allah
Boleh simpan extra 

Sunday, December 20, 2015

Hutang

Aku ni kalau pakai duit dlm cimb
Aku akan kira hutang diri sendiri
So klu pakai kena top up balik
Duit belanja hanya dlm maybank
So every month dpt gaji terus asing msk cimb n bsn
Biasa bsn mmg x berusik
Cimb la jd mangsa pinjaman
Sebab tu duit dalam cimb sikit gila berbanding bsn
Cimb tu la utk repair kereta
Cimb tu la utk belanja emergency
Cimb tu la segalanya
Bsn khas utk travel
Tapi manjang balance sikit je
Sebab asik travel kejenya

Travel la utk ibadah
Kagum dengan alam ciptaan Allah
Salah satu cara mencari pahala

Friday, December 18, 2015

Hadiah utk Adelle



Tawaran kerja

Baru je dapat call dari Adecco
Ada tawaran kerja dekat medical company
As a Data Administrator and Analyst gitu
Aku berminat
Tapi tang salary
Adehhh
Sama dengan current basic
Aku pulak ada allowance
So xleh compete
Panjang lagi la jodoh dengan servicesource

Saturday, December 12, 2015

Adik

Arini pegi umah Nizal
Abg paling muda dlm keluarga
Ada biras dia
'Ni adik abg rizal'
'Ye ke adik? Tinggi je'
Aku terus toleh
'Eh btl la adik. Pegangpun xde hal. Halal' cakap aku
Dia still x caya
X caya sudah la kan nak cakap apa lagi

Memang aku lebih tinggi dari Nizal
Dan aku lebih putih
Dan aku chinese look
Nizal memang tulen melayu mukanya
Memang org x sangka adik beradik
Elok la lain sikit
Xdela soma sama je rupa
Haha

Sakit kepala

Semakin kerap sakit kepala sekarang ni
Kak Lina suruh check up
Next week Saturday nak buat full blood test
Risau gak sebab sakitnya sampai rasa nak pecah

Thursday, December 10, 2015

Alergik

Doktor cakap aku alergik to cats
Aik dari kecik smpai ketua ni
Elok je xde alergik pape
Camna tetiba leh alergik?

So doktor suruh jauhkan diri dari kucing
Maka akupun pesan dekat Adelle
Tak boleh tido sama
Adelle ni jenis faham bahasa
So diapun tido kat hall tiap2 malam selama 5 hari ni

Tapi...
Setiap kali lepas masak n buat pape
Aku akan baring kejap sebab penat
Adelle pun datang
Tido himpit badan kat aku
Haish
Faham bahasa sangat la pulak
Patut ibu cakap Adelle xleh rapat2
Bila cakap xleh tido sama
Dia fikir time ibu tido je Adelle xleh tido sama
Tapi time ibu berjaga
Adelle boleh tido sebelah ibu

Kesian tengok dia tido kt luar
Sementara je ye sampai doktor kenal pasti ibu alergik to sabun or cat

Wednesday, December 9, 2015

Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim

Aku x pernah kenal
Dan x pernah tahu
Siapa Tunku Jalil
Tapi bila berita kemangkatan diumumkan
Ada satu perasaan halus muncul
Aku sedih yang teramat
Sampai menangis
Seperti aku kehilangan saudara kandungku sendiri
Mungkin kerana arwah sangat mulia budi pekertinya
Maka Allah wujudkan rasa halus dihati hamba-Nya ini
Sungguhpun tidak aku kenali
Namun ada rasa sesal kerana tidak mengenali
Ya Allah
Tempatkanlah Tunku Abdul Jalil dikalangan orang2 yang beriman dan bertaqwa pada-Mu ya Allah
Al-Fatihah