Thursday, December 31, 2015

Kucing

Semalam balik dari bank
Ada kucing muka keliru di tingkat 2
Aku ajak naik kalau nak makan
Dia follow
Bagi makan xnak pula
Biarkan aje dia dalam rumah

Balik keje tengok manja semacam
Kesian mencari tuan
Esok ibu anta awak cari umah ye
Janji aku

Dan pagi ni
Aku bawa dia turun
Tingkat 2 dia hanya mengekor dari belakang
Tingkat 1
Dia sendiri pegi kerumah tu
Dan mengiau
Bila orang tu buka dia terus masuk
Aku bertnya
Kucing...
Baru nak tnya dia dah tutup pintu
Dia buka kecik je untuk kucing tu masuk
Pastu dengar suara gembira

Harap betul la itu rumah dia
Sebab dia pandang aku mengiau masa aku datang dekat
Mungkin dia cakap
Inilah rumah saya

Dan Adelle
Dah lega sekarang
Baru boleh tido lena
Haha

No comments: