Sunday, December 25, 2016

Shellout

Semalam makan2 shellout dengan balang kak ani n nizal sekeluarga
Aku belasah makan ketam x ingat dunia
Alergik ketam sebenarnya
Pelik sebab makan udang xde plak naik eczema ni
Tiap kali makan ketam
Jari2 akan start naik air2
Eczema bermula
Rengsa
Hope cepat sembuh
X tahan sakit dia

Siangnya tengok movie dengan afiqah n nurin
Spent one day with them
Am happy 😄

Paip

Ptg td
Nurin ntah mcm mana buka kepala paip
Sampai tercabut
So aku usaha utk tanggalkan
Baru ketuk nak pusing dah tercabut
Usaha keluarkan balance ekor yang tertinggal
Kepala paip besi ye
Maklum aje la susah macam mana nak pecah2 kan n keluarkan balance tu
Setengah jam usaha
Alhamdulillah berjaya jugak akhirnya

Malam pula
Tiba2 kepala paip luar plak tercabut masa aku buka
Aku tutup masa ganti kepala paip dalam blk air
Allah memancut kuat
Habis rumah aku n jiran
Jiran cina sebelah membantu
Dia memang sangat bagus dalam membantu aku
Alhamdulillah dikurniakan jiran yang baik
India depan rumah pun 2 orang dtg tlg
Ganti sementara je sebab dah malam
Mana ada stok
Kepala paip ganti tu pun dah rosak
So rumah aku xde air buat masa ni
Kena tunggu dbkl buka selasa nanti
Selasa tu baru report
Seminggu lepas tu la kot baru repair
Mana nak cekau air nak mandi masak soma
Allah...

Friday, December 23, 2016

Indonesia

5 hari bercuti
17th Dec fly ke Jakarta
First day aku makan dekat A&W je sebab x selera tgk makanan dorg
Plus x berani makan sebarangan
Sebab perut aku sangat sensitif

18th naik train pagi ke Bandung
Sampai Bandung 1.35pm macam tu
Pak supir bawa pegi toko tiga, and ntah mana lagi
Aku x amik kisah sebab x minat shopping
Lunch dia bawa ke Restoran Belacan Bandung
Makanan Sunda
 Nak try sebab x pernah makan kat Malaysia


Langsung x sedap
Sup apa ntah tu manis
Ayam goreng pucat
Ntah la
X kena tekak
Aku n kakak makan x abis

Makan pak supir bawa makan kat Stone cafe plak 


Aku makan chicken cordon blue
Air tu honey lemon
Tapi rasa dia macam rasa ikan masin goreng
Banyak air mineral aku tambah
Rasa tetap pelik
So gelas tu memang penuh sampai aku balik

Malam tengah tido
Terjaga rasa perut x selesa
Muntah2
Terus sapu minyak angin satu badan
Cuba tido semula
Ubat xde nak makan

2nd night Pak supir bawa ke restoran makanan Padang
Sedap
Kena dengan selera
Malam siap dah rasa nak muntah
Tapi sebab dah siap2 beli ubat
Terus makan ubat, sapu minyak angin
Tidoooo

2nd day tu kitorg pegi Tangkuban Prahu, Farmhouse dengan Floating Market
Seriously bosan
Tangkuban Prahu je la aku suka sebab sejuk and dapat tengok kawasan gunung berapi
Supir bawa pegi rumah mode and kartika sari
Kira x sempat ke pekan baru dan cidabuyut ke apa nama tempat tu
Percutian yang membosankan dan pembaziran

Aku x suka cuti dalam mood x best
Stress dengan pemandu teksi yang menipu
Kitorg habis berjuta setiap sorg utk teksi sepanjang 5 hari tu
Haram betul orang indonesia ni
Menipu x abis2 duit orang

So aku rasa
Untuk ke Indonesia lagi
Aku kena fikir beratus kali
Walaupun baru tadi member ajak pegi Lombok

Saturday, December 10, 2016

Upside Down

Harini pergi PD
At first xtau pun ada upside down kat PD
Teman Ross lawat kawan dia
Kawan dia yang suggest
At least we have something to do
Ko nak muntah ngadap laut berjam2
Aku bukan suka sangat nak ngadap laut
Sekejap2 boleh la
Alhamdulillah plan went well

Aku paling suka gambar ni


Saturday, December 3, 2016

Jakarta dan Bandung

30 Nov
Tiba2 kakak aku ajak pegi Jakarta n Bandung
Dia redeem point enrich
Ticket free
Tapi tax semua kena bayar
Return rm391.80 
Nangis gak la nak bayar
17 Dec nak fly
21 Dec balik Malaysia
Jangan la plan bercuti secara mengejut camni
X sempat simpan duit wehhh

Satu lagi masalah
Kakak aku jenis x duduk hotel cikai
Semua berbintang2 
Hotel je dekat rm900
Nangis lagi
Rabakkkkk

Semoga Allah membukakan pintu rezeki yang maha luas untuk aku
Aminn

Sunday, November 27, 2016

Mata Kiri

Mata kiri atas
Selalu berkedip
Sejak kejadian haritu
Makin kerap berkedip
Berdebar2 rasa hati
Sebelum kejadian memang berkedip kerap
X sangka ujian itu yang Allah bagi

Aku sampai rasa takut
Takut sesuatu yang buruk akan berlaku
Rasa hati dah x kuat
Nak hadapi ujian lagi
Ya Allah
Kuatkanlah semangat hamba-Mu ini

Jauhi la aku dan keluargaku dari malapetaka bencana mahupun musibah
Lindungi la kami dari dengki khianat manusia
Jauhi la kami dari fitnah zina dunia
Aminn aminn aminn ya Allah
Semoga Kau memperkenankan doa hamba-Mu yang hina ini
Aminn

Thursday, November 24, 2016

Aib

Kenapa reporter suka membuka aib orang?
Menyiarkan muka, alamat dan segala hal
Tau kan hukum menjaja aib orang
Kesian pada mereka yang dimalukan

Heading news selalu x menepati kisah sebenar
X tentu pasal orang yang diaib dikeji hina masyarakat
Semoga mereka yang teraniaya ini dilindungi Allah
Aminn

Thursday, November 17, 2016

Risau

Semalam
Jiran sebelah pinjam motor
Tiba2 ada orang ketuk pintu
Dah lambat katanya
Tido lambat, baru tersedar 
Nak ke mahkamah katanya
Aku terus bagi tanpa fikir panjang
Sebab tengah get ready nak solat Dhuha

Actually dia baru dilepaskan
Penagih dadah
Risau juga dalam hati
Kalau2 dia pakai motor pegi jual dadah
Or dia xde lesen
Memang aku akan didakwa
Minta pada Allah
Dijauhkan dari segala malapetaka
Dengki khianat mahupun musibah
Aminn ya Allah

Friday, November 11, 2016

Percaya

Bila kita terlalu percaya pada seseorang
Dan sekali dia tipu
Tipu yang amat besar
Yang hampir melibatkan aku sama dimasuk kedalam
Allah hu Akbar
Aku rasa naif sangat
Aku boleh x sedar dia tipu aku selama ni
Kejadian 9 Nov 2016
Semasa ada dipejabat
Dapat imessage
Mendebarkan
Bawa kereta sebaik mungkin
Risau jika cuak dan cuai
Malang yang terjadi
Tapi rupanya
Kejadian lebih malang berlaku
Aku ditipu hidup2
Allah Allah Allah
Sejujurnya robek hati aku
Kecewa hati aku
Menangis aku sendiri
Aku x tunjuk pada sesiapa
Aku xnak keluarga tahu betapa terluka hati aku
Aku berlagak tabah
Tapi dalaman aku rapuh
Semoga Allah permudahkan segalanya
Aku tak sanggup lagi hadapi sebarang musibah
Aminn 

Saturday, November 5, 2016

Kegilaan

Kegilaan apakah ini?
Janji siang
Sekali terserempak masa balik kerja
Dia terus nak datang pasang paip sink
At this hour
02:43
Sorang pasang paip
Sorang cat pintu
Baru plan nak tido awal sebab aku rasa sangat penat
Minggu yang sangat memenatkan
Banyak sangat request
Sampai tangan sakit
Kepala tepu
Allah

Esok nak ke kl eco park dengan member opis 
Anna, Rihana and kak Leny
First time aku nak join dorg
Harap2 sekepala
Penat boleh tolak tepi
Untuk happykan hati sendiri

Sunday, October 30, 2016

Repair

Abg yg pasang pintu n buat table top
Dia tanya
'Siapa ganti tapak lampu ni?'
Sebab masa dia datang aritu rosak terbakar
Aku jawab 'saya la, susun kerusi 4 tingkat2... Pastu panjat n tengok wayar mana nak masuk mana n buang tapak lama n ganti tapak baru'
Dengan muka terkejut dia
'Buat sendiri? Serius? Bagus betul'
Aku senyum je la
Yes memang ada 4 abang
Tapi susah la minta tolong orang ni

Minta tolong abg sulung
Dah bape kali aku minta tlg benda yang aku memang x reti repair
Dia cakap
'Kau buka je sendiri pastu tengok la n pasang balik' - ni untuk repair vacuum yang xleh press on button dia
'Alah kau buat je sendiri macam balong buat kat rumah nor aritu. Senang je' - repair system pembentungan bilik air

Are both cases easy untuk aku?
Aku kalau boleh memang xkan minta tolong
Sebab aku x reti la aku minta tolong
Ganti tombol pintu aku buat sendiri, ganti wall plug aku buat sendiri, repair lampu kalimantang aku buat sendiri, sink tersumbat melimpah air pun aku repair sendiri, lubang tersumbat pun aku usaha sendiri bagi air mengalir even tengah malam buta

Abg no 2 pulak
Kalau minta tlg mesti suruh mnta tlg abg sulung or abg no tiga
So macam xde function minta tlg kan?
 
Abg no 3 plak
Bila minta tlg memang 'esok balang tengok'
Tapi esok tu boleh jadi berbulan ye
So aku akan usahakan buat sendiri

Abg no 4
Kami x rapat
Aku jarang minta tolong
Tapi biasa minta tolong pasal kereta or motor aje
Dia memang rajin la menolong cuma selalu kena ingatkan
Dan dia business sendiri
Aku faham n xnak kacau sebolehnya

Aku dah terbiasa berdikari
Semua benda buat sendiri
Selagi boleh usaha
Kalau dah tengok n fikir xleh gak
Google la cara2 untuk menyelesaikan sesuatu perkara
Kalau x boleh gak
Surrender
Haha



Monday, October 24, 2016

Kepala plug

Adoiii la manusia
Kepala plug motor pun nak curi
Terpaksa minta balang n nizal dtg tgk motor
Pelik xleh start 
Sekali balang tgk dah terus cakap
Kepala plug kena curi
Aku dah gelak terbahak
Memang la xkn hidup
Start la sampai bila2 pun

Kalau bab elektrik n plumbing aku buat sendiri
Tapi kalau bab motor n kereta
Memang aku xtau pape
Nasib la ada abang berdua ni
Yang lain susah minta tlg

Sunday, October 23, 2016

Parvo Virus

At first doktor suspect Adelle kena parvo virus
First test doktor cakap xde kesan pape
Recommended for rapid test kid
Yes please proceed aku cakap
Alhamdulillah negative
Been few days
Adelle still ceri beri
Kesian dia x selesa bontot sakit

Jumaat pagi 
Bangun je dia dah tunjuk bontot merah
Aku x perasan lagi
Sampai la tengah tgk tv dia mencangkung lama sangat
Terus bangun tengok kenapa
Omg
Ceri beri rupanya

Aku terus siap mandi
Bawa pegi klinik semua
Macam tu la Adelle
Bila sakit dia akan bagitau
Macam masa dia sakit mata aritu
First things dia tunjuk mata dia kat kita
Bijak sangat

Malam tadi tengok dia dah mula makan dry food
Evo yang beli paket kecik haritu
Tak craving for wet food dah
Mungkin dia sedar
Wet food x sesuai untuk perutnya
Doktor pun cakap x sesuai wet food

Misi mencari brand baru pula lepas ni 
Cepat sembuh sayang

Thursday, October 20, 2016

Kipas

Apa punya nasib daa
Jari kelingking (betul ke eja?)
Termasuk dalam kipas
Berdarah n susah berhenti
Ya Allah berdenyut
Sakit habis setiap jari bersebelahan
Kejadian was on Tuesday
But until today
Masih berdenyut sakitnya
I didn't take any painkiller even advised by nurse n friend
Malas la nak telan ubat
Terlalu kerap makan ubat sekarang ni

Hope fast recovery
Bila kerja click mouse n jari tersentuh meja
Macam kejutan elektrik jadinya
Still bengkak
Anna dah bagi jelly gamat untuk sapu
Xdela biru sangat dah 
Sebab dah sapu since semalam
But can see la dalam kuku tu
Still bengkak


Saturday, October 15, 2016

Stroke

Arini pergi ziarah kak lang kt pilah
Alang Mail bagitau kena stroke
Punca kena gigit lipan
Allah
Semoga kak lang cepat sembuh
Aminn

Saturday, October 8, 2016

Kecil Hati

Manusia ni
Ada tahap boleh sabar
Kecil hati berkali2
Tapi tetap 
Chill
Sabar

Sampai satu tahap
Kecil hati tu dah sampai x berhati
Ko plak nak panaskan lagi
Tahun baru tutup buku lama
Buka buku baru?

Tengok diri sendiri
Betul ke aku ni?
Apa aku dah buat?

Dulu masa aku susah
Dia sentiasa adakan?
Bila aku senang
Kenapa aku nak lupakan dia?

Ada x ko tanya soalan macam tu kat diri sendiri?
Sebelum ko nak judge orang yang selama ni sentiasa ada untuk kau
Ko muhasabah diri sendiri

Aku ni kecil hati berkali2
Ko selamba tempelak aku kat kedai mamak
Sampai orang sebelah menoleh pandang
Ko sesuka hati tinggi suara sound pasal dulu muda sekarang dah tua
Nak konplen pasal selera makan aku
Sampai orang meja belakang pandang aku
Kau rasa air muka aku kat mana?
Kau pijak sesuka hati kan

Kau x suka aku join kau keluar dengan keluarga xpe
At least kau bagitau xnak aku ada sama
Mungkin aku akan terasa tapi sekurang2nya aku akan sedar
Yang aku orang luar

Kau cakap nanti kau ajak
Tapi tiba2 aku tengok kau x ajak
Eh lupa
Dulu xde kereta lagi
Sekarang dah ada
Senang nak kemana2
X payah nak minta tolong aku
Ye la..
Kereta aku kancil
Kereta tua
Mana nak sama kereta kau yang mahal tu

Aku ingat kau xkan berubah
Tapi x sangka
Kesenangan Allah bagi kat kau
Aku terus kau lupa

Xpela
Aku redha
Semoga Allah memberi kau kebahagian hidup
Kesenangan hidup yang kekal selamanya
Supaya kau x payah jumpa aku dah

Sebab kau memang x perlukan aku lagi
Untuk minta tolong dengan pemilik kereta tua ni
Apa la standard dengan kereta mahal kau tu

1 juta percen ko berubah
Bahagia la kau dengan hidup baru kau
X payah kau nak berlagak suruh aku buka buku baru
Sebab aku memang x pernah ada buku lama atau baru dalam hidup
Aku hidup dalam semuanya terkini
Sebab aku hidup dalam realiti

Monday, October 3, 2016

Sore throat

Sakit tekak dari Sabtu aritu
Harini dah makin teruk
Flu dah start datang
Ikutkan nak MC
Tp kena kerja jugak walaupun public holiday

Nak pergi kerja tadi
Kereta tayar pancit
Dah try isi angin
Boleh dengar angin keluar
Sampaj rumah dah kurang sangat angin
Terus keluar naik motor
Takut sejuk balik nanti buat makin x sihat plak

Hope will be fine
Aminn

Adelle camping

Manage to bring Adelle for camping
Alhamdulillah sangat baik
Cuma kesian dia kesejukkan sampai shaking gila
Nasib ada comfortable
Bawa masuk selubung dia

Harini Adelle nampak kepenatan
X cukup rest sepanjang camping kot
X dapat tido agaknya dia
Kesian
Tapi nak ajar dia biasa dengan dunia luar

Friday, September 30, 2016

Adelle food

Evo is shut down 
Merata cari
Akhirnya dapat gak 3 pack 400gram
Rm60++ 
Biasa 3kg rm120 je aku beli
Beli new brand lagi
Lebih kurang evo katanya
Last week beli new brand tuscan
Adik beradik evo katanya
Adelle xnak makan langsung
Habis duit seratus lebih beli makanan
Dia xnak makan

Arini cari lagi makanan lain
Brand meowing heads
Katanya adik badik evo gak
Habis lagi seratus lebih
Total makanan adelle bulan ni aje
Adalah dlm rm300
X kisah la habis berapapun
Janji dia nak makan
Kasi test dulu new brand ni
Kalau nak
Alhamdulillah
Kalau xnak
Ibu cari lagi brand lain

Dah test ikan rebus tadi
Dia x suka
Dia x suka ikan
Sama macam ibu dia
Terpaksa la simpan je ikan tu
Adeeehhh

Flight ticket

Alhamdulillah agent dah submit utk booking ticket flight
Dpt 10% discount from website price
Semoga Allah permudahkan segalanya
Aminn

Wednesday, September 21, 2016

Ditipu?

I paid rm650 to replace for a new door and repair current grill
And as a deposit for table top
Another rm700 will be paid once job done
But...
That guy keep change the date
From a day before raya haji
To saturday after raya haji
And change to Monday or Tuesday the following week
Untill now
I couldn't reach him
Tried to call so many times
The line is not even connected
I did tried to call around 1.16am today
Yes its seems crazy to call people at midnight time
But i'm just trying my luck
The line is connected and nobody pick up the phone
Ok, assuming that he is sleeping
I left a sms asking if there's any problem that make the job postpone without informing me anything?
No reply till now
I tried to call again around 11am this morning
The line goes into mailbox
Ok xpe
Sabar

Dugaan Allah
Redha
Rm650 only
Allah replace with your increment of rm100 monthly start from this month
Its cover your lost of rm650 Isma
Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah
Its just that aku sakit hati
Why the because?
Dia bukan x kenal kitorg 
Rumah abg aku, rumah kakak aku n even rumah aku
Grill semua dia buat
Cuma lately dia macam ada problem
Masalah bercerai n so on

Aku pandang sudut positif
Still give him some time
Ada, ada la
Xde xpe
Bukan rezeki aku la
Duit yang dah bayar tu

Cuma kena fikir pasal pintu
Macam mana nak ganti kunci tu
Ada abg
Tapi xde seorang pun tanya masalah aku
Even semua tahu apa yang berlaku
Masa polis pecah pintu haritu

Aku boleh replace lock tu
Tapi size x sama
Perlukan gerudi untuk buat bentuk yg sama
Dan itu bukan kemahiran aku
Dan aku xde alat

Xpela
Sabar dan tunggu dan lihat
InsyaAllah
Semua will be ok

Vaksin

Fikir berpuluh kali untuk bawa Adelle vaksin
Aku dah jadi fobia nak bawa kucing injection
Lepas kes kitty
Aku bawa pegi klinik
Doktor inject
Balik dari klinik terus lumpuh
Bawa klinik lain
Doktor cakap saraf tunjang dia ni kena cucuk
Allah
Berdosa rasa
Sampai harini
Penyesalan tu x sudah
Menyesal bawa ke klinik yang ntah apa2 tu
Berbulan2 kitty terseksa sakit
Bagi makan makanan hancur
Kena suap pakai shringe
Allah
Terseksanya dia

Ya Allah ampunkan dosa aku atas terseksanya kitty

Adelle akhirnya divaksin
Aku pantau terus dari lepas kena cucuk sampai rumah
Doktor cakap akan kurang aktif untuk 2-3 days
Kalau masih x aktif n x selera makan after 3 days kena bawa follow up
Alhamdulillah nampak aktif
Gigit2 macam biasa

Allah
X sanggup rasa kehilangan Adelle
Dia la teman aku sepanjang 3 tahun ni
Alhamdulillah Adelle sihat
Cuma cerewet bab makan sampai berat turun

Evo dah tutup kilang
Adelle x selera food lain
Doktor dah bagi tester pack royal canin
Macam biasa
Memang dia xnak

Harap supplement booster untuk selera Adelle akan membantu Adelle berselera untuk makan apa saja 
Aminn

Tuesday, September 20, 2016

Reserved Parking

Selamba badak
Aku park kat tempat reserve parking
Seriously x perasan
Sekarang susah dapat parking kt opis tu
Balik tadi baru notice
Situ reserve area
Penalty rm100 kalau park
Alhamdulillah x kena penalty
Syukur

Monday, September 19, 2016

Kurus

Adelle semakin kurus
Evo dah habis stock seminggu dua yang lalu
Dia xnak makan makanan baru yang dibeli
Dah campur balance2 Evo yang ada
Dia pilih Evo aje untuk dimakan
Hati dah risau
Dah seminggu jugak Adelle makan seketul dua aje makanan baru tu
Super premium jugak
Chicken Turkey jugak
Apa lagi nak bagi makan wahai anak?
Jangan buat hati Ibu risau
Ya Allah
Permudahkanlah segalanya untuk aku
Kuatkanlah selera anakku untuk makan apa jua makanan yang aku belikan
Aminn ya Allah

Saturday, September 17, 2016

Vomit

Almost 3am
Terbangun sebab rasa x selesa
Perut rasa something
Tekap mulut sebab rasa nak muntah
Cuba baring balik
Tapi rasa lain macam
Terus lari ke toilet
2x muntah...
Sekali kat toilet kecik
Sekali kat bilik air
Cuba baring lagi
Ke toilet lagi
Membuang 2x
Muntah lagi 3x
Kat sink dapur pulak
Allah
Kenapa ni?
Terus kira last makan kul bape
Sebab aku akan food poisoining after 5 hours macam tu
Last makan around 10pm kt kedai mamak Thaqwa Sri Gombak tu
Muntah dah dekat kul 3 pagi
Memang sah la

Rasanya sebab cili x cukup masak
Ikutkan kalau pedas xdelah sampai aku xleh habiskan
Walhal dah order xnak pedas
Makan nasi goreng ayam je pun

Afiqah makan nan cheese
Nurin makan megi goreng
Iwan makan roti canai banjir dengan roti telur banjir
Dorang ok xde pape

Perut aku memang sangat sensitif
Salah makan memang cepat la meragam
Sapu minyak angin
Minum air suam yang panas
Sampai perut betul2 rasa better
Pastu terus tido

Tanya Afiqah
'Kakak x pelik ke tengok makcu ulang alik toilet?'
'Pelik gak. Ingatkan makcu mimpi ke apa'
Apa daa anak buah aku ni
Actually dia x penah tengok aku x sihat
Paling teruk pun masa balik dari Taiping
Tapi dia tengok aku masih boleh senyum melawak soma
Memang melepet masa tu
Tapi masih gagahkan diri basuh baju soma
Aku memang selalu memaksa diri

Sakit pun kerja
Sakit pun usaha uruskan semua sendiri
Sakit pun pegi klinik sendiri 
Teruk macam mana pun pegi sendiri
Hidup sendiri macam ni la

Harap perut semakin sihat
Masih rasa x sihat penuh ni
Pedih sentiasa









Friday, September 16, 2016

Completed

Alhamdulillah
Bought a new watch for Nurin
Bought a new bagpack for Firdaus
Bought a new hardrock tshirt for Afiqah and me
Spend a lot this month
None of my August salary goes to saving account
Its ok
Allah will replace with something more
When we keep our promise
When we make people happy
When we ease people with help
InsyaAllah
Something good will happen
Allah will return it with many ways
Believe in Allah

Wednesday, September 14, 2016

3 days leave

I took replacement leave for today
Annual leave for tomorrow
And Observe for the day after tomorrow
3 consecutive days on leave
To spend my time with my niece

Watched Train to Busan this afternoon
Drop by mama house to pass chocolatelava cake that I bought from Ween
Ambil ayam yang order haritu
Drove back home

Went to Fiskae Steakhouse for 3rd time after Maghrib
Tutup lagi
Went to NRV Western Food googled by Afiqah
Had our dinner and I'm full
Satisfied with the taste
Alhamdulillah

Tomorrow plan to buy travel bag for Firdaus
Upah sebab susah2 hantar Afiqah balik masa dia demam
Until Firdaus pulak demam for almost a week

Friday plan to keluar with kak ana, afiqah and the rest
I did promise to hadiahkan watch to Nurin
I think its a good time to buy for her
Let her choose

Everytime I say something
I will try to fulfilled whatever i say
It's a kind of promise

May Allah ease my way 
Aminn

Tuesday, September 13, 2016

Migraine

Nak kata kerap kena
X pula
Tapi selalu
Semalam start sakit kepala masa system problem
Leads xde
So aku kena diskas dgn Wai Fun dan Jimmy apa tindakan yg perlu dilakukan
Contacted IT dan aku dah emailkan to all regarding order access limitation untuk setiap bookers
Step by step untuk dorang submit individually how to get the access
Some boleh book UK, some cannot
Ada boleh book Netherlands ada yang x boleh
And so on
Alhamdulillah
Right before midnight system back to normal

Tapi masa tu memang kepala aku dah berdenyut
Nak kata stress dengan system bukan
Cuma aku agak serabut nak clearkan request orang lain
Nak kena cek order dorang
Sebab dorang xde access
Aku sorang je ada
So sebab Wai Fun xleh proceed order
Aku cek one by one and found exceed EOS
Nasib la aku double cek, kalau dia proceed memang masuk escalation la
Nasib gak dia xde access untuk UK semalam
Allah jadikan sesuatu tu bersebabkan

Kalau bukan sebab Wai Fun xleh proceed to book
Sah2 order dah salah booked
Maka nikmat Tuhan mana lagi kamu dustakan?
Perancangan Allah itu yang terbaik

Back to migraine 
Pagi ni makan roti sekeping
Minum air coklat sewacan kecil
Makan ubat migraine yang paling kuat
Harap by afternoon dah ok
By hook or by crook kena kerja
Sebab x cukup orang
Ya Allah
Sembuhkanlah aku dari segala jenis penyakit dan jauhilah aku dari sebarang penyakit yang memudaratkan
Amiinn

Sunday, August 28, 2016

Afiqah

My niece
Sakit since last 2 weeks
Dia cakap sakit perut xleh tegak
Friday aritu plak Firdaus msg bgtau afiqah demam teruk
Panas sangat
Meracau2
Firdaus terpaksa ke Ipoh ada aktiviti
Allah
Hati dah mula risau

Call Afiqah dia cakap jadi macam balik dari Taman Negara dulu
Semalam call lagi Hawa jawab
Cakap afiqah tunggu malam baru nak pegi hospital
Kenapa nak tunggu malam?
Afiqah cakap siang ramai orang
Adoila budak tu
Bukan KL nak risau ramai orang ke apa

Harini Firdaus msg
Dia dah otw dari Ipoh
Sampai sana nanti dia terus bawa Afiqah balik umah makcu
Aku sendiri akan bawa ke spital nanti
Risau sungguh bila blaja jauh2 ni

Monday, August 22, 2016

Ulser

Pagi ni Adelle kejutkan
Tunjuk mata dia sakit
At first plan bawa pegi klinik esok je
Pastu tengok dia pandang dengan muka sedih
Dan mata dia berair
Dah cuba cuci still dia pejam sebelah
Terus siap mandi bawa pegi klinik

Mula2 doktor x nampak kesan sakit
Pelik plak
Sampai je klinik terus buka mata besar2
Tapi doktor cek jugak
Titiskan cecair kuning n suluh mata Adelle
Yes nampak tompok putih kat tengah2 mata
Masa kat rumah pun dah nampak
Ingat ada habuk melekat
Rupanya ulser

Nasib cepat2 bawa pegi klinik
Kalau biarkan
Makin lama makin besar dan boleh jadi buta
Beli extra vitamin jugak untuk Adelle
Beli fish oil kali ni untuk masalah bulu dia

Doktor tanya bagi makan apa
Cakap Evo je doktor dah pelik
Super premium food pun gugur bulu
Try makan fish oil ni katanya
Let see la macam mana nanti

Harap mata Adelle cepat sembuh
Kalau minggu depan x sembuh lagi
Kena buat rawatan lain

Ya Allah
Sembuhkanlah Adelle
Jauhilan Adelle dari sebarang penyakit
Aminn ya Allah


Saturday, August 20, 2016

Girl Day Out katanya

Katanya nak buat girls day out
Aku ada bagitau nak ikut
Dia cakap ok
Tapi
X ajakpun
X ajak xpela
Inform la pape
Eh lupa
Siapa pulak aku nak dimaklumkan
Makin hari terasa makin dijauhkan
Orang luar tetap orang luar
Macam manapun xkan jadi ahli keluarga

Sunday, August 14, 2016

Polis Narkotik

Allah hu Akbar
Rumah kena pecah
Balik dari bekpes dengan abg2 n kakak
Tengok ada tali ikat grill rumah dr jauh
Makin dekat baru nampak kesan2 kena pecah
Terus tanya uncle sebelah
Dia cakap polis pecahkan
Auntie India sebelah bagitau polis suruh call
Aku amik no dan call
Nasib polis masih kat bawah
Dan naik semula jumpa aku 

Boleh saya tau kenapa pecah rumah saya?
Saya ASP blablabla dr cawangan narkotik sentul
Kami dapat report rumah cik ada kegiatan penjualan dadah
'Astarghfirullahalazim...' Jawapan aku
Polis terus minta maaf sebab pecah salah rumah
Dia hanya menjalankan tugas 
Jadi aku x marah
Cuma risau
Dihari Ahad macam ni siapa nak ganti pintu?

Call balang n msg nor
Nor terus call nizal
Balang sampai dulu tlg repair grill mana yg boleh
Nizal datang tlg repair mangga pintu semampu yg boleh
Alhamdullillah boleh kunci sikit
Asalkan masih boleh selak pintu 
Syukur

Pegi Tesco beli kunci mangga
Sojib cakap Yale bagus
Terus beli Yale
Mahal sikit xpe
Janji aku rasa selamat

Naik tingkat 13 jumpa kawan balang
Tanya pasal pintu
Dia cakap xde stok
Kalau ada nanti dia bagitau
Ya Allah permudahkanlah urusanku
Aminn ya Allah

Sudah jatuh ditimpa tangga
Mula adelle hilang
Pastu rumah kena pecah
Dugaan Allah
InsyaAllah ada sinar yang cerah menanti
Aku redha 

Siap sediakan air minum untuk polis tadi
Cakap pun elok je gelak2 aku ni macam xde pape
Sebab aku faham
Dia hanya menjalankan tugas
X guna aku nak marah
Kalau marahpun benda dah jadi
Cuma risau keselematan diri
Semoga lindungi aku dan Adelle
Aminn

Wednesday, August 10, 2016

Adelle is Back

Alhamdulillah
Jumpa Adelle depan rumah jiran
Memang aku syak dorang amik
Tapi malas nak tanya
Pandang aku macam penyangak je
Sakit betul hati

Lepas ni Adelle xleh pegi memana tanpa pengawasan

Day 2 Adelle is missing

9th August 2016, 1.20am
Adelle keluar macam biasa
Aku masuk rumah dan tutup pintu tapi x kunci
Sebab ada kucing bising suka masuk
Biasa 2-3 minit aje Adelle keluar
Lepastu dia akan masuk sendiri
Allah nak bagi aku rasa
Selalu sangat saja kurung Adelle kat luar bila dia degil xnak masuk
Bila ada ko main2 kan dia
Bila hilang terus macam ni
Baru nak menggelaba
Ya Allah
Bantulah hamba-Mu ini
Tolonglah pulangkan Adelle
Aku terasa2 seperti dia ada

Naik katil sedia untuk tido
Terasa Adelle naik nak tido sama
Tengok tv terasa Adelle ada kat depan tv macam biasa
Jalan2 dalam rumah terasa Adelle keliling kat kaki
Masuk bilik air terasa Adelle berebut lari kejar
Too many memories

Aku syak Adelle diculik
Sebab aku dengar orang bergegas tutup pintu n tarik grill
Hati x sedap
Aku terus tinjau keluar
Panggil2 Adelle xde
Uwaaaa

Rayau tingkat 2-4
Panggil2 Adelle
X dengar
Adelle suara sangat halus
Semoga aku dipertemukan semula dengan Adelle
Dalam dia berkeadaan sihat

Adelle cerewet makan
Apa la dia makan agaknya


Saturday, August 6, 2016

Trailblazer Cockpit KB

How come Grace pick me as one of the person to complete the UAT test
I have no knowledge in completing UAT document
SSI announce new system for all employess named as Cockpit
Out of hundreds of people in Dell account
I'm one of them
Only 5 people selected

Coming Monday
I have to complete it since I have insufficient priviliges to access the system yesterday

New experience for me
Should be proud to be selected 
Only me can face the new system from Dell EMEA account
Interesting 😄
Hope everything will be ok
InsyaAllah



Tuesday, August 2, 2016

Appreciation

Alhamdulillah bos2 appreaciate usaha
Stayback to work on 1.7m usd PO
Check which one under APOS order
528k usd booked by me and Ragu
Rasa macam simple
Tapi it was a last minute request
Aku dah shut down both Dell and SSI PC
On balik everything
Check PO and quote one by one
Book under APOS
Jam 2 pagi baru balik
Penat tapi puas hati
Dapat bantu TL dgn SME

TL email say thanks
Director email say thanks as well
Vice President email say thanks gak
TL siap masukkan dalam chatters
Chatter ni macam fb kami la di SSI



Tuesday, July 26, 2016

Exercise

Sekian lama x exercise
These few days started exercise
Sikit2 je macam squat aje
Today start dengan squat, lari setempat and lompat bintang
X sampai 5 minit
Dah rasa oxygen x sampai kat jantung
Terus stop
Sikit2 la dulu
Nanti lama2 ok la tu

Sunday, July 24, 2016

Herlina new car

Arini tolong kak lina
Ambil kereta kat kia
Alhamdulillah kak lina beli gak kereta
Dan diberi peluang untuk memandu
😄


Sunday, July 17, 2016

My Baby

The moment pandang muka Adelle
Tengok Adelle tido
Ada satu rasa dihati
Rasa xtau nak digambarkan


Saturday, July 16, 2016

I xnak kopi, I nak Milo

So sudden aku jerit macam Alif Satar punya tone
Entah tengah borak apa dgn Sapura tadi
Hahaha
Adehhh
Kak Anis jauh pun boleh dengar and gelak2 dengar aku jerit
Kak Leny pun yang lagi jauh boleh dengar
Pengaruh dia semanis honey betul

Actually the moment aku jerit tu during our dinner break
So memang budak lelaki xde kt opis
Selamatttt
Haha

Kisah berbual dengan Sapurah tu sesuai dengan wording tu
Tu yang tiba2 jerit
Thought that my voice not out loud
Out loud rupanya
Satu opis gelak
Malunya 😂

Friday, July 8, 2016

A bit late

Lupa nak update blog for raya
Selamat hari raya semua
Even dah raya ketiga

First day raya menjadi kemestian ziarah mak abah dipusara mereka
Ziarah mak dan kakak kak ani (kakak ipar)
Pergi pula ke rumah abgnya
First time ziarah sojib di rumah baru
Kerumah mama pula
Membantu apa yang patut bila tetamu datang
Petang kerumah paklang
Ex mayor of KL
Paklang bagi duit raya kat semua tetamu
Ada open house rupanya
Dapat rm200 ko
Terkejut ai 😄
Alhamdulillah rezeki

Sunday, July 3, 2016

Remy Ishak

Sejak bila sanggup menunggu?
Demi Remy
Sanggup la plak ke istana budaya
Dan rezeki berjumpa dan bergurau senda
Sangat cool orangnya
Hensem xde tapi manis ada



Saturday, July 2, 2016

Gagal

X dapat kerja dengan Helen
Aku pun x mengharap
Sebab HR dia sangat kerek
Assessment email tu mention before Sunday
So aku plan buat hari Sabtu
Boleh HR call marah
Malas betul nak layan
Start dari tu hati dah x seronok
Memang berharap x dapat keje situ
Walaupun sebenarnya aku suka kerja dengan Helen
Rezeki masih di SSI
InsyaAllah everything will be good
Aku happy dengan team baru

Saturday, June 18, 2016

CRM Specialist

Dapat another offer
Dari HP
Melalui website linkedin
As CRM Specialist
Job description is related to data analyst

Haritu pun dpt call from medical device company
Offer as data analyst gak
Haish
Please la offer keje yang x payah pecahkan kepala

Aku reject both
Bukan la nak memilih keje sangat
Tapi as a analyst
Itu sangat susah
Dah la aku ni xde knowledge tinggi
Otakpun slalu terperap
Camna nak think out of the box

Friday, June 17, 2016

Terlajak sahur

Allah...
Terjaga 5.58am
Dengar orang surau tengah solat Subuh
Rasa last terlajak sahur masa umur 18
Tu pun sebab duduk asrama masa belajar
Penat sangat mungkin
Minggu pertama keje malam
Not enough rest
Dan period is almost coming
Lagi menambahkan kepenatan
Semoga bertahan

Thursday, June 16, 2016

Interview

What to say?
Dah berkurun x speaking english
Amik ko meraban jawab soklan
Dah cuba
Ada rezeki ada la
Xde xpela

Conference call interview tadi
Omputih tau je la slang dia
Aku dengar angin lg byk
Hakhak

Wednesday, June 15, 2016

Interview

Company Helen dah panggil interview
Berdebar2 rasa
First round interview x payah bawa apa2 document
Almost 4 years x attend any interview
Xtau la boleh jawab ke x
Semoga dipermudahkan
Aminn ya Allah

Wednesday, June 8, 2016

Top Performance Recognition

Alhamdulillah
Dapat voucher rm200
Tapi belum dapat la

Untuk booking Microsoft Azure yang punya banyak
Sampai nak muntah aku buat dengan Wai Fun, Keith and Kenny
Dapat la kitorg kad starbucks
Alhamdulillah rezeki
Bos besar kat US proud
So dia bagi la kad starbucks

Khamis malam tu aku pujuk manager
Xnak air chatime
Beli coffee bean
Yes dapat 
Semua staff dapat set nandos and coffee bean
Q1 spiff la meals and drinks tu
Rezeki Allah
Alhamdulillah


Demam

Sabtu Ahad ke Taiping
Jumaat dah mula rasa x sihat
Sabtu selsema bermula
Demam dah mula 
Ahad makin teruk

Niat dihati ke Taiping nak lawat Raziq
Dah jadi x seronok sebab demam selsema
Bertambah teruk bila salah makan
Food poisoning
Sabtu malam makan kat Pekan Taiping
Yong tau foo, char koey teow and 2 batang satay

Lepasni aku x berani food hunting lagi dah
Maybe sebab siang tu aku makan spageti carbonara cheesy
3 days before that pun langsung x makan nasi
So perut menjadi semakin sensitif

Isnin patut Annual Leave dah jadi cuti sakit
Selasa minta MC pula
Rabu kerja rasa nak pengsan
Tapi gagahkan
Alhamdulillah semakin sihat
X pernah sakit selama 3-4 hari
First time la
Sampai 7 jenis ubat dapat

Masa Ahad tu aku dah melepet
Tapi Nor ni pantang masuk shopping mall
Boleh plak asik tanya
'Awak x larat betul ke?'
Ayoo.. Aku mana penah nak menipu
Kalau x larat memang betul2 x larat
Punya la lama tunggu shopping sampai kejap2 melepet kat lantai2 mall tu
Hilang dah malu sebab sangat x larat

Balik dah sampai KL
Nor ajak makan ayam penyet
Boleh plak dia borak dengan pekerja situ punja lama
Aku dah x keruan

Sampai umah
Muntah balik soma apa aku makan

Haish....





Monday, June 6, 2016

Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua
Alhamdulillah berjumpa lagi Ramadhan kali ini
Tapi aku sambut dengan kesihatan yang kurang baik

Hari sabtu demam dah menyerang beserta selsema
Hari ahad semakin teruk walaupun makan ubat
Bertambah teruk sebab tak rehat
Ke Taiping mengambil Raziq balik untuk sambut Ramadhan
Nasib Nor yang drive sepanjang perjalanan pulang ke KL

Afiqah siap2 masak untuk bersahur
Sampai aje rumah aku makan ubat dan terus baring
Serius sakit tak tertahankan
Dengan ceri beri
Dengan muntah berlambak
Ya Allah kuatkanlah aku untuk berpuasa

Pagi ni bangun sahur paksa telan makan nasi
Lepas sahur tido sekejap n bangun solat Subuh
Terhoyong hayang solat
Allah lemahnya aku

Sampai sekarang
Still sakit mencucuk dibahagian perut
Ulu hati
Sah2 gastrik 😒



Wednesday, June 1, 2016

Helen

Baru aje think about her
So sudden semalam dia whatsapp
Kenapa tiba2 msg aku ni?
Tapi think positif je
Kot tiba2 dia teringat
And betul dia ingat kat aku
Sebab nak offer keje dengan team dia
Aku memang xkan tolak la sebab memang suka keje under dia
After tanya Kenneth about the role and the job
Dan selepas Helen approach dengan kata2 semangat
Aku pun submit resume ke email Helen
Pagi ni Helen whatsapp lagi
HR minta upload resume dalam website sebab aku kena bagi 2 months notice
Sekarang tunggu untuk dipanggil interview
Kalau diizinkan Allah
Dapat la aku kerja baru yang memang aku tunggu2
Semoga Allah permudahkan

Yang sebenarnya
Memang aku pernah berharap
Helen akan cari aku untuk kerja sama dengan dia
Alhamdulillah Allah perkenankan
Dapat x dapat
Tu belakang kira
Yang penting cuba dulu

Monday, May 30, 2016

New York Steak Shack

Tiba2 Nor ajak makan
Masuk n tengok price
Affordable
And the taste
Marvelous
Alhamdulillah rezeki
Kenyang 😄

Bobbi Brown

Dah kenapa tetiba nak jaga kulit muka ni?
After consideration and calculation
Entah macam mana boleh terbeli
Toner dengan face cream
Dah siap google antara MAC and Bobbi Brown
Terbuka hati nak masuk kedai and tengok2
Terus cakap I nak cari foundation
Lepastu dia terus explain
Toner and face cream lagi penting
Cuba dulu these 2 products
Sesuai nanti boleh la nak beli serum and foundation
Serum and foundation can cost me another rm400+
Tadi pun dah habis rm333
Angka cantik 😄

Harap2 kulit better lepas ni
Sebab dehydrate sangat


Sunday, May 29, 2016

Kecik hati

Pagi2 dah kecik hati
Duk interested cite pasal instagram Siti Nordiana
Bagi la tgk instagram video 
Memang dia pun tersenyum

Baru nak cite pasal peminat hina Nana
Dia buat dek je
Aku cakap baru nak cite akak buat dek je
Boleh dia jawab
Bosan la asik Siti Nordiana
Aku baru nak bercerita kot
Apa yang asik?
Dah la kat kedai mamak
Malu la aku bila dia cakap macam tu
Kuat
Apa la orang lain ingat

Aku ni duk umah sorang
Dengan siapa lagi nak bercerita
Sesekali jumpa memang soma benda la nak share
X suka xpela
Pasni x payah cite pape dah

Friday, May 27, 2016

Day 4

Gastrik attack
Dah lama x kena
Pagi ok
Kat opis dia start attack
Kul 5 ptg dh rs mencucuk
Pastu blk umah kul 1 pg pun rs x tertahan

Lemah je rasa these few days
Semoga cepat sembuh

Wednesday, May 25, 2016

Farah Fauzana

Apa kes mimpi travel dengan Farah ni?
Siap travel bawa Adelle
Memang xleh blah la
Adoiiii

Friday, May 20, 2016

Berperang

Adeh xleh blah
Pagi tadi berperang dengan Adelle
Mula2 dulu bagi vitamin dia suka
Nampak je shringe kita panggil dia datang
Sejak dia rasa badan makin gemuk
Nak lompat dah sedikit terganggu
Dia mula lari bila nampak shringe
Penat pagi ni kejar kesana sini
Buat psiko konon2 buat dek pun x jalan
Biasa tu boleh je 

Last skali tangkap gak paksa makan
Kesian plak kena paksa
Tapi untuk kesihatan 


Delivery

Hari ni first time buat delivery untuk Luvly Taste
Bukanlah extra income yang aku cari sangat
Tapi sekadar mengisi masa lapang sementara tunggu jam 3 untuk gerak ke opis
Sejujurnya seronok jumpa manusia2 
Dapat bercakap walaupun sebentar
Membalas senyum dan ucapan salam
Berterima kasih sesama sendiri
Allah
Satu perasaan halus
Kegembiraan
Syukur pada-Mu ya Allah
Memberi aku rezeki kebahagian hati
Alhamdulillah





Thursday, May 19, 2016

Siti Nordiana

Since menang GegarVaganza
Aku selalu dengar lagu2 dia nyanyi dalam reality challenge tu
At first memang x follow gegarvaganza tu
Sampai ada satu point tetiba tertengok
Dan terfollow
Itupun sebab nak tengok siti nordiana perform
Minggu2 dah nak last baru aku tau wujud rancangan tu
Maklum... Aku ni x ikuti dunia semasa
Apa berita terkini soma xtau
TV ada sekadar kotak perhiasan
Hanya pergi keje balik keje
Ngadap henpon
Golek2
Tengok channel 702 or 701 aje tak tukar channel lain
So jadi la katak bawah tempurung

First time tengok Nana perform aku dah
Wow... Power dia ni
Dan masa final
Aku berdoa untuk dia jadi juara
Umum je juara aku siap bergenang mata n syukur atas kemenangan dia
Sujud syukur jugak kalau x silap
Nampak poyo disitu
Haha
Bukan kenal pun yang aku sampai nak bergembira x terkata

Tapi aku bukan follow perkembangan dia sentiasa
Ni tiba2 aritu tengok channel 104
Sekarang dah pandai tukar channel lain
Haha
Dia semanis honey
Napa pelakon perempuan ni macam Siti Nordiana?
Aku pun terus google on the spot
Ooo memang dia
Hakhak
Naifnya aku ni
Dan lakonan dia membuatkan aku tersenyum
Sweet je dia berlakon dengan alif
Fenomena Siti Nordiana tengah hangat sekarang ni
Alhamdulillah rezeki dia
Semoga rezeki dia semakin dilimpahi Allah

Ahad lepas
Aku pegi Mara semata2 nak tau butik paling comel kat mana
Ok ini memang pelik
Sejak bila aku bersungguh2 sukakan seorang artis sampai macam ni?
Mungkin dengan perwatakan dia
Menjaga aurat dan tatasusila
Semoga meresap ke jiwa aku pula untuk berubah seperti dia
Atau lebih baik lagi
Aminn ya Allah





Monday, May 16, 2016

3D picture

Adeh berpinar mata
Usaha nak tengok gambar2 yang ada
Rapatkan mata ke henpon
Perlahan2 jarakkan
Nampak la imej2 tu
Ya Allah
Besar kuasa Allah




Sunday, May 15, 2016

Dubu Dubu

I was wondering either its halal ke tidak
Once nor inform that she did check all the suppliers are halal
Baru la confident to have brunch there
Outing with Afiqah, Firdaus, Aisy and Nor
Nor belanja la as always
Dah dia nak sangat makan makanan korea
To be honest
Tekak saya sangat kemelayuan
Korea or Japan food memang paksa makan
Travel to Turkey last year pun xleh nak terima
Tapi bila travel we have to force to eat
Or else no energy to move la kan

I don't even know apa menu yang dipilih
Totally ask Afiqah help to choose
She might know a bit what I can eat and what I don't
Nasib ada nasi + jagung + tauge besar gajah + a lot of vege
Which aku makan nasi n daging aje
Makan gak sikit carrot n sayur2 yang ada sebab all mixed together
Seksa weh nak makan
Sah x habis
😂😂😂

Ini menu aku tadi



Sampai sekarang
Kak Lina je tau apa aku boleh makan n tak
Susah la tekak melayu asli ni 😅

Evo

Akhirnya kalah dengan kehendak anak
Beli gak evo
Bulan ni je beli makanan kucing dh rm200+
Hai la anak
Demand sungguh kamu
Tapi rezeki Allah bagi memang untuk kamu
Anak2 ibu yang berbulu
Syukur ya Allah atas limpahan rezeki ini
Alhamdulillah

Wednesday, May 11, 2016

Sanabelle

I bought new food for Adelle
Last Sunday try bagi
Bau aje dia dah buat muka
Dia cuba makan seketul
Terus dia buat muka meloyakan
Oh anak
Kenapa la kamu memilih makanan sangat

Sanabelle setara Evo
Atau mungkin ibu x aware
Ikan mungkin
Adelle memang x suka ikan
Biasa beli chicken je
Just like Ibu
X suka ikan

Weekend nanti ibu beli Evo ye
Janji dah pasni xnak cuba tukar
Everytime tukar dia xnak makan
Tukar saja la kot dia bosan kibbles yang sama
Rupanya Adelle just like ibu
Statik
Suka itu, itu je la yg dimakan

Baru 4 hari
Adelle dah kurus
Baru je nak gemuk dah kurus balik
I'm sorry sayang

Monday, May 9, 2016

Baba

Al-Fatihah
Tiba2 rasa rindu kat Baba
Orang yang menggantikan tempat abah
Yang selalu ambil berat
Yang suka menyakat
Yang boleh gurau bersama
Yang anggap aku anaknya
Seringkali memperkenalkan
'Ini anak saya'
Allah...
Tersentuh hati ini
Ya Allah
Kau tempatkanlah baba dikalangan orang2 yang beriman
Kau terangilah kuburnya seterang Nur kasih-Mu ya Allah
Lapangkanlah kuburnya seluas bumi ciptaan-Mu ya Allah
Aminn ya Allah

- mata bergenang, deras air mata mengalir

Friday, May 6, 2016

Durian

Disebabkan teringin sangat
Maka beli jugak durian walaupun mahal
D24 rm20 sekilo
Beli la 2 biji saiz biasa n sebiji saiz kecik nak cukupkan 4kilo
Alahai mahalnya sampai rm80 durian aje
Demi tekak

Adelle macam biasa
X tentu arah bila ada durian
Malam seulas
Esok seulas
Pastu nak lagi dan lagi
Ibu makan diapun sama makan
Dah tinggal 2 ulas dalam petiais tu
Kalah manusia selera si Adelle ni


Monday, April 25, 2016

Jogging

Dah setahun x jogging
Semalam pegi jogging
Bangun tido pagi ni
Adoiiii
Sakit kaki
Sakit bahu
Sakit badan

Sekian

Friday, April 22, 2016

34k tags

Since Wednesday work on order for 34k tags
Me, Wai Fun, Keith and Kenny responsible to complete the order 
Alhamdulillah siap juga maghrib tadi
Super tiring
Mata kena focus and alert

Upah diri sendiri dengan Pure Double Chocolate Coffee Bean
Asked for less sugar
Sekali dapat less taste
Less chocolate taste
Less milk taste
Adoiii
Spoil betul


Wednesday, April 20, 2016

Fitnah

Allah hu Akbar
Aku dan Nor difitnah
Dia yg cerita keburukan husband 
Dia putar belit cakap aku dan Nor cerita
Allah maha kuasa
Kau tunggu je pembalasan
Bukan kat dunia
Kat akhirat nanti
Sabar tunggu balasan ye 

Melaga2kan kami adik beradik
Ya Allah
Berilah pembalasan yang amat berat terhadap mereka yang memfitnah kami
Aminn ya Allah

Tuesday, April 19, 2016

Review

Positive feedback from TL
Hoping that you will involve more in any special task/project
Hope you can be a person to go more in the future
Hoping you can teach Chris on booking. You better than other senior that's why I choose u to teach booking
You doing well and just because you new in here
I cannot approach for anything

Well... I worked for 4 months + 1 month training in vmware
I was promoted within that 5 months
I worked less than a year... I got promoted again
3 consecutive years I have been promoted
But its all in vmware
When I came to Dell
Its like hell
Nothing
Redha je la

Since global economic crisis
Terima seadanya
Alhamdulillah still ada kerja
Gaji yang terlebih berpatutan dengan education
Syukur pada-Mu ya Allah


Thursday, April 14, 2016

Anak Manja

Suka sentuh Ibu
Suka tido share bantal dengan Ibu
Semoga Adelle sentiasa sihat
Dan panjang umur
Untuk selalu teman Ibu
Aminn



Wednesday, March 30, 2016

Sieam Reap

Alhamdulillah semalam sampai Siem Reap
Stay dekat Heart of Angkor atas review dari blogger
Sebab dekat dengan night market, hard rock, muslim community
Semua berdekatan by walking distance
Sangat easy access kemana2
Recommended!

Lepas check in solat dan berehat
Kami ke War museum
Napa xde senjata cantik macam yang dalam blog?
Semua buruk2 dan x terjaga
Xpela.. Datang nak tengok koleksi and tau sedikit sejarah
Selesai terus pegi makan
Serius makanan dekat Siem Reap semua sedap2

Harini ke Angkor Wat, Bayon dan Ta Phrom temple
Panas dan penat
Berpeluh bagaikan mandi
Pakai tshirt tersangat nipis tapi panas dia ya Allah

Selesai visit temple pegi makan
Muslim restaurant dan yes
Makanan sedap2 semua
Alhamdulillah

Selesai makan dan solat
Gerak ke Art location
Ukiran2 kayu dan batu
Sangat impress dengan kemahiran mereka

Selesai melawat terus ke Tasik Tonle Sap
Sebelum tu singgah ladang bunga kiambang ke apa
Yang ada biji2
Tuktuk driver cadangkan untuk kongsi boat dengan 4 orang Malaysian
Memandangkan kami bertiga dan x kisah
Setuju ajela dengan cadangan dia
Tapi...
Mereka2 itu x setuju pula
Xpela dah orang xnak, xkan kita nak paksa

Kami bagi duit untuk sewa khas satu boat untuk kami bertiga + driver
Tiba2 Azim (tuktuk driver) pulangkan duit lebih dari yang sepatutnya
Sambil explain
Sebut aje berapa kena bayar, terus setuju nak naik boat sama
Itu maksud yang dia sampaikan
Jangan la sombong
Kitakan Malaysian
Lagi seronok share apa2 bersama terutama dari segi kos
Sini pakai USD
Kami memang x kisah
Kan akhirnya awak sendiri yang dapat malu
Eksen sangat mula2 tu kan

Balik dari tasik terus urut kaki
Balik ke bilik mandi solat kemas beg dan berehat
Sekarang tunggu masa untuk melelapkan mata

Dapat pas Angkor Wat dengan muka senyum riang


Sunday, March 27, 2016

Snorkeling

To be honest
Takut
Tapi seronok
Kalau ada rezeki Allah bagi lagi
Nak snorkeling lagi
Dasar laut sangat cantik
SubhanaAllah







Saturday, March 26, 2016

Pulau Redang

First time in my life
Bercuti ke Pulau
I mean stay for 3 days
Previously pernah ke Langkawi dan Penang sahaja
Haha

Mutiara Beach Resort tempat penginapan
Depan bilik je dah laut
Tido dengan bunyian ombak
Terjaga dan fikir aku kat mana
Pelik plak sebab x ingat

Semalam first time snorkling
Turun boat je dah x stabil
Kak lina turun belakang dan aku turun depan sebab ikut tangga
Serius risau sebab xleh stabilkan diri
Terus berenang katak kearah kak lina
'Akak akak... Im xleh stabil'
'Im kayuh' katanya sambil pegang
Dan terus dapat stabilkan diri

Berkali2 hilang kestabilan diri
Kak Lina dan Mawar n Yana jd mangsa pegangan
Hahaha
Fobia air sebenarnya

First time tunduk muka kelaut dgn goggles dan nampak dasar laut dan ikan
SubhanaAllah cantiknya


Thursday, March 24, 2016

Gigih

Disebabkan esok flight 7.30 pagi ke Kuala Terengganu
Maka terpaksa tukar shift
Balik keje kul 1pagi
10.30 pagi dah terpacak balik kat opis
Sebab masuk kul 11 balik kul 8
Sejujurnya...
Saya sangat mengantuk
Letih tu xde rasa
Tapi mata umpama digam2

Monday, March 21, 2016

Not well

Thought fully recover
Sampai office peluh2
Office ada aircond
Pegang dahi
Ops panas
Kepala pusing2

X sihat ye?
Ragu tanya
Aah
Kenapa x amik MC?
Sebab malas nak pegi klinik

Bertabahlah isma
Gagahkan diri kerja sampai kul 1 pagi ye

Saturday, March 19, 2016

Demam

Dah lamanya x demam 
Last demam masa 2012 kena sengat lebah
Terus batuk n selsema berhari2
Dah 3 hari baru pergi klinik
Demam terukpun aku kerja

Masa injection hepatitis B aritu mcm demam tp x demam rsnya
Tapi ni betul2 demam
X larat nak bangun
Kepala berat
Badan lemah

Start kat office semalam
Kepala dah rasa berat
Dah mula bersin2
Tekak dah perit
Sebelum tido dah makan ubat
Still xde kesan

Sebab kena hujan rasanya ni
Tapi hari2 aku mandi lepas blk keje
Kira cuci la kepala soma sebab kena hujan
Tapi kalau dah nak kena
Amik la langkah berjaga2 ke apa
Allah kata kena, kena la


Monday, March 14, 2016

Tak jumpa

Allah
X jumpa anak kucing tu
Mana nak cari ni
Ke ada orang tolong jaga?
Semoga selamat

Kitten

Dah start enjin motor
Ternampak ibu dan anak
Terus pegi kearah mereka
Bagi makan
Biasa anak2 akan datang sekali makan sama
Tetiba sekor stay je kat tepi motor tu
Sekali tgk tgn dh bengkak n berdarah
Allah...
Awak kenapa ni? Aku tnya
Ibu dah lambat nak pegi kerja
Sematkan dalam hati
Balik kerja aku akan cari dia
Cuci luka
Sapu ubat
Esok bawa ke klinik
Semoga aku dapat jumpa anak kucing tu
Kat opis ni x tenang
Terbayang bengkak kedua2 tangan dia
Dengan darah menitik 
Ya Allah
Berikanlah kekuatan kepada anak kucing itu
Dan temukanlah aku dengan dia untuk dirawat
Aminn ya Allah

Saturday, March 12, 2016

Kecewa

Tersangat kecewa
Was asking kak lina teman ke majlis kahwin member opis
Dah bgtau dr last month
Sampai masa
Jawapan dia malas
Aku betul2 kecewa
Lina x invite ramai org
So bila dia bersungguh2 invite
Aku rasa perlu untuk pergi
Tapi untuk pergi sendiri seorang diri
Memang xla
Xtau kenapa kecewa sangat dgn kak lina
Sampai menitis gak la air mata
Sangat2 kecewa
Aku sentiasa sudi teman dia kemana saja
Tapi dia sangat berkira dengan aku
Ya Allah
X tergambar kecewa hati aku ni
Orang yg aku harap
Sentiasa menghampakan

Monday, March 7, 2016

7th March

1983-2016
33 years old
Alhamdulillah 
Allah masih bagi bernafas
Semoga aku semakin istiqomah
Semakin berusaha kearah kebaikan
Memperbaiki keimanan
Menambahkan amalan untuk bekalan disana
Syukur pada-Mu ya Allah

Sunday, March 6, 2016

Kawan

Aku ada kawan
Bila dia ajak teman
Kemana saja
Aku akan usaha lapangkan masa
Teman ke majlis
Teman ke klinik
Teman shopping
Teman semasa menangis
Teman semasa gembira
Alhamdulillah setakat ni
Allah bagi kesihatan yang baik
Dan masa untuk menemani kawan aku

Tapi
Setiap kali aku minta teman
Biasanya teman ke majlis
Dia banyak alasan
Malas salah satu
Dan yang kawin tu dia x kenal
Akhirnya...
Aku x pergi pun ke majlis2 tersebut
Sebab aku ada dia je sebagai kawan
Kalau ada kawan lain senang untuk aku minta menemani

Susah ke sekadar menemani?
Adakah dia sekadar kawan apabila dia memerlukan?
Dan apabila aku memerlukan dia bukan kawan?
Manusia...

Bila kita sayang, kita usaha untuk membahagiakan hatinya
Tapi belum tentu orang yang kita sayang akan usaha membahagiakan hati kita
Cukup sekadar kita ada bila diperlukan
Dan bukan ketika kita memerlukan dia


Monday, February 29, 2016

Tahun lompat

Yes
It is tahun lompat
29th February 2016

Kampung

Was talking about kampung 
Jay balik kampung on April
Saja gatal cakap 'nak ikut'
Ala I balik kampung je, bukan pegi memana
'I xde kampung' balas aku
Borak2 sikit pasal kampung
Jay bagi cadangan bernas
Beli tanah kat kampung
Ask your mom and dad duduk sana
Nanti you balik la kampung

Still until now 
I kept my secret
I don't want my colleagues know
That my parents passed away
Long time ago
Aku xnak orang rasa simpati
Aku x suka orang simpati
Atau kesian pada aku


Sunday, February 28, 2016

My finance manager

Kak Lina
Dia ni selalu tolong manage perbelanjaan aku
Bila keluar dengan dia
Semua benda dicatu
Ini x penting
Tu untuk apa?
Kenapa kena beli?
Banyak sangat duit dah beli la...
Bla bla bla
Tapi bagus
Sebab aku dapat saving
A few months back
Memang aku belanja suka hati mak bapak aku
Bila dia dah start jadi manager semula
Perbelanjaan dapat dijimatkan
Bagus ada seorang kakak macam ni

Friday, February 26, 2016

Fitbit

Sebab dah 2x tunjuk fitbit kat kakak aku
And dah berkali2 cerita pasal nak beli
Tetiba pagi ni Nor msg
Hantar gambar
Oren ke biru cantik
Oren nampak sporty
Biru cun sebab aku suka biru
Tapi dah dia nak bagi
Apapun x kisah la
Hihi

Saturday, February 20, 2016

Brownies

Since along dah pindah ke KL
Kak Lina cerita pasal dia order brownies utk office dia
Aku pun terus order utk bw pegi opis
Dan rasanya sangat yummy
Less sweet and chewy
Ya Allah sedapnya
Puas hati
Member office semua suka
Alhamdulillah

Tapi terlupa plak lupa bagi kt akak sorang ni
Cuma aku agak terasa dengan dorang kt office
Apa2 dorang bawa x penah pelawa aku
Selalu makan sesama dorg aje
Tapi bila aku bawa
Memang aku bagi kt dorang
Dan bila aku terlupa bagi
Mula demand nak request special dari aku
Eh? Apahal?
Ko bawa pape penah bagi aku ke?
Ikutkan hati malas layan

Buat je la amalan mulia
Biar Allah je membalas



Thursday, February 18, 2016

Angpow

Alhamdulillah
Tahun ni dapat 3 angpow
1 dari Chevlyn, manager level 2
1 dari Chris member satu team
1 dari Wai Kuan ex vmware

Rezeki kalau Allah nak bagi
Memang kita x terduga

Pagi tadi tgk ada notes atas meja
Wai Kuan bg angpow
Balik kerja plak abg sebelah panggil
Dia suruh tunggu, pastu dia masuk rumah dia
Tetiba dia anta limau
Allah
Rezeki-Mu melimpah pada hamba-Mu ini Ya Allah

Aku bersyukur atas segala nikmat-Mu
Alhamdulillah

Wednesday, February 10, 2016

Friends

F.R.I.E.N.D.S.
= Fight for you
= Respect you
= Involve you
= Encourage you
= Need you
= Deserve you
= Save you

Tuesday, February 9, 2016

Bersin

Adelle ni
Ibu bersin pun nak marah
Ganggu dia nak tido
Hihi

Monday, February 8, 2016

Sakai

Apa punya manusia
Kau gaduh dengan kakak aku
Aku pulak yang ko nak bermasam muka
Laki bini sama
Patut Allah menjodohkan



Saturday, February 6, 2016

Quota top up

Sabtu lepas beli data top up 1GB bersamaan rm20
Untuk tempoh 7 hari
Baru hari Rabu, malam tu digi dah message kata expired
Agak2 la nak menipu
Petang tu baru cek banyak lagi quota 1GB tu
Patut la dulu Mahesh cakap digi menipu
Dia beli data top up sekejap gila dah habis
Pasni memang x beli dah la
Serik

Still thinking to apply for unifi
Calculating the cost
All the commitment
See how

Saturday, January 30, 2016

Chocolate Museum

Amik ko
Semalam Nor tagged kt fb
Arini ada wholesale
Maka kami pegi
Xde murah mana pun weh
Still mahal gaban
Ferrero kt village grocer opis aku jual rm34-35
Td aku beli rm33
Psl dh dtg, beli gak la
Tapi kakak aku biasala
Shopping x hengat
4 ratus lebih coklat aje
Pengsan

Wednesday, January 27, 2016

Rezeki kami

Harini
Nekad beli semula ticket
Haritu tersilap beli one way je
Rupanya beli pegi mmg murah
Beli balik ya Allah mahalnya
So aku kira burn je la ticket tu
Walaupun hrga rm160
Tapi untuk beli balik ke KL je dh cecah dalam 500
So
Aku beli multicity
Baru rm330 macam tu

Ni pun decide during lunch hour kak lina
Nasib dia reply
Rupanya promo last arini
Nor pun nak ikut katanya
Masa nak belikan petang tu passport nor kt umah
So kena tunggu dia balik

Malam aku remind passport jangan lupa
Memang dah rezeki Allah bagi
Elok je aku buka website MAS
Tinggal 4 minit lagi sebelum promo end
Secepat kilat la book
Nasib double check date
Terpilih date aku balik dari Terengganu mula2
Tukar date buat payment
Alhamdulillah sempat

Dapat la kami bertiga bercuti bersama lagi
Lepas book ticket nor
Tengok harga dah dekat rm700
Lebih mahal dari harga aku beli dua ticket aku and kak lina
Syukur pada-Mu ya Allah

Insurans nanti beli axa punya
Allah memberi gerak hati
Moga percutian ke Cambodia nanti
Mampu memberi keinsafan pada aku

Aminn ya Allah

Sunday, January 24, 2016

Cambodia

Sudden plan
Xtau la kak lina dah beli ticket ke belum
Semalam ada promo MAS
multicity
Sampai siem reap balik phonm penh
Baru rm300
Aku suruh terus book
Tapi rasa x book lagi kot
Arini tengok price macam dah naik
See how la nanti

Saturday, January 16, 2016

Nikmat tido

Adelle suka tido
Tmpt paling best
Perut ibu dia
Ya Allah
Senak wehhhh

Dari kat hall tgk tv
Masuk blk sebab dah semput
Masuk bilik dia follow lagi
Siap tido peluk ibu
Allah
Hati ibu mana yang sanggup alihkan anak dari perut masa dia sedang lena?

Apa yg nikmat tido atas perut ni eh?
Nafas turun naik selesa kot
Sampai ibu nak membuang yg kecil atau yg besar
Harus ditahan2


Thursday, January 14, 2016

Gastrik

Bangun pagi ni
Perut rasa semacam
Mandi n solat Dhuha
Tengah mengaji
Tiba2 rasa mencucuk yang amat sangat
Berhenti mengaji dan pergi ke toilet
Sapu minyak angin
Sakit terasa reda

Masak n makan awal
Still terasa mencucuk2
Larat kerja ke x ni?
Rasa kena rest baring
Tapi bekal untuk dinner dah siap

Cari ubat gastrik
Opa kena makan sebelum makan
Belasah je la makan
Harap cepat sihat
Kalau boleh xnak amik MC

Tuesday, January 12, 2016

He grow up

Cepatnya masa berlalu
Dulu dia kecik
Selalu je kena marah
Haha
Makcu paling garang dalam keluarga
Tapi itu yg membuatkan dia respect
Tanya pendapat
Berkongsi cerita
Aku doakan masa depan dia cerah
Walaupun abah dia x suka dia

Perbualan ringkas whatsapp
Tapi mampu buat aku tersenyum


Monday, January 11, 2016

Dosa

Perbualan semasa drive pulang selepas makan burgerbyte

Aku: im kena amik hepatitis B injection aritu pasal antibodi im zero
Kak Lina: macam mana boleh zero? Im kan jarang sakit
Aku: entahla... Im pun pelik. Last demam rasa masa 2012. Tu pun sebab kena sengat lebah
Kak Lina: dosa2 im x terhapus la kan. Sebab sakitkan penghapus dosa
Aku: Allah nak bagi im kumpul dosa la kot

Hakikatnya aku lupa
Sekali Allah bagi sakit pada aku
2013
Patah tulang tangan kanan
2 bulan bersimen
Dan sehingga kini sakit tak hilang
Erti kata lain
Akan sakit sampai akhir hayat

Terlebih sikit guna tangan kanan
Memang sakit dia membuatkan x selesa
Maka Allah memberi aku sakit yang kekal
Sekiranya lupa tulang x normal
Aku buat kerja lupa diri
Dan bila sakit baru teringat

Allah memberi ingatan
Alhamdulillah

Saturday, January 9, 2016

Al-Quran

Setelah sekian lama
Baru harini buka
Al-Quran terjemahan yang dibeli
Last mengaji was puasa haritu
Khatam al-quran lama dan dah x buka lagi
Harini paksa diri
Dan kena set timing
Harus khatam dibulan ramadhan
Semoga Allah mempermudahkan
Aminn


Friday, January 8, 2016

Bleading

Feel something 
Rasa nak muntah
Terus pegi toilet
X jadi muntah
Keluar kahak aje
And berdarah
Eh kenapa ni?


Wednesday, January 6, 2016

Gaduh

Adik beradik gaduh
Air dicincang xkan putus
Gaduh mesti yang sulung punca
Nak melenting x tentu pasal
Orang cakap lain
Dia faham lain
Susah betul komunikasi dgn org pemikiran sempit
Yang dia tau
Segalanya yg dia cakap btl

Kita bg contoh
Dia kata kita menuding jari
Adehh
Lembab btl otak dia
Macam tenuk

Sebab dia
Abis semua gaduh
Masalah lagi
Bini dia duk provok aku n kakak aku
Sekarang aku dah nampak true color dia
Patut la dijodohkan bersama
Saling melengkap

Minta Allah jauhkan perpecahan tali persaudaraan
Susah nak settle masalah dengan orang yang fikir dia aje betul
Satu je cara
Kita buat xtau
Done

Friday, January 1, 2016

Tesco Kepong Village

Teman kak lina beli barang
Akupun beli la sikit
Tiba teringat
'Eh akak... Arini sabtu xde plastik'
'Hari ni jumaat la gila'
'Akak cakap im gila?'
Pastu sama2 gelak

Bagi kami gurauan macamtu yang mengeratkan
Tiada sekelumit terasa dihati

Talkin

Around 4 pagi lebih
Terjaga bunyi whatsapp masuk
Padahal baru tido kul 2 lebih
Ntah camna leh tersedar
Balang maklumkan ayah kak ani meninggal
Innalillah

Last week jumaat talkin baba
Arini talkin ayah kak ani
Lepas bc msg aku tido balik
Terjaga 8.30 memang siap2 cepat
Kak ani maklumkan tgh solat jenazah
So aku tau mmg x smpt ke surau
Aku tnya kebumi mana
Balang reply batu muda
Maka terus kesana
Alhamdulillah sampai2 nmpak van jenazah dari jalan sebelah
Tunggu dorang uturn
Tunggu sampai sempurna pengkebumian soma
Alhamdulillah semua berjalan lancar

Bahagia bagi mereka yg pergi dihari jumaat
Alhamdulillah
Aku nanti ntah mcm mana
Harap2 x menyusahkan sesiapa

Al-Fatihah

2016

Happy new year
Alhamdulillah
Selangkah lagi menuju tahun baru
Allah memberikan kesihatan yang sempurna
Syukur aku pada-Mu ya Allah

Di opis tadi
Ramai2 saksikan bunga api
Betul2 bangunan berkembar kami
Cantiknya ya Allah
Hilang sekejap stress dengan ISR

Selamat tahun baru mak abah baba
Al-Fatihah
Aminn