Monday, January 11, 2016

Dosa

Perbualan semasa drive pulang selepas makan burgerbyte

Aku: im kena amik hepatitis B injection aritu pasal antibodi im zero
Kak Lina: macam mana boleh zero? Im kan jarang sakit
Aku: entahla... Im pun pelik. Last demam rasa masa 2012. Tu pun sebab kena sengat lebah
Kak Lina: dosa2 im x terhapus la kan. Sebab sakitkan penghapus dosa
Aku: Allah nak bagi im kumpul dosa la kot

Hakikatnya aku lupa
Sekali Allah bagi sakit pada aku
2013
Patah tulang tangan kanan
2 bulan bersimen
Dan sehingga kini sakit tak hilang
Erti kata lain
Akan sakit sampai akhir hayat

Terlebih sikit guna tangan kanan
Memang sakit dia membuatkan x selesa
Maka Allah memberi aku sakit yang kekal
Sekiranya lupa tulang x normal
Aku buat kerja lupa diri
Dan bila sakit baru teringat

Allah memberi ingatan
Alhamdulillah

No comments: