Sunday, March 6, 2016

Kawan

Aku ada kawan
Bila dia ajak teman
Kemana saja
Aku akan usaha lapangkan masa
Teman ke majlis
Teman ke klinik
Teman shopping
Teman semasa menangis
Teman semasa gembira
Alhamdulillah setakat ni
Allah bagi kesihatan yang baik
Dan masa untuk menemani kawan aku

Tapi
Setiap kali aku minta teman
Biasanya teman ke majlis
Dia banyak alasan
Malas salah satu
Dan yang kawin tu dia x kenal
Akhirnya...
Aku x pergi pun ke majlis2 tersebut
Sebab aku ada dia je sebagai kawan
Kalau ada kawan lain senang untuk aku minta menemani

Susah ke sekadar menemani?
Adakah dia sekadar kawan apabila dia memerlukan?
Dan apabila aku memerlukan dia bukan kawan?
Manusia...

Bila kita sayang, kita usaha untuk membahagiakan hatinya
Tapi belum tentu orang yang kita sayang akan usaha membahagiakan hati kita
Cukup sekadar kita ada bila diperlukan
Dan bukan ketika kita memerlukan dia


No comments: