Sunday, August 14, 2016

Polis Narkotik

Allah hu Akbar
Rumah kena pecah
Balik dari bekpes dengan abg2 n kakak
Tengok ada tali ikat grill rumah dr jauh
Makin dekat baru nampak kesan2 kena pecah
Terus tanya uncle sebelah
Dia cakap polis pecahkan
Auntie India sebelah bagitau polis suruh call
Aku amik no dan call
Nasib polis masih kat bawah
Dan naik semula jumpa aku 

Boleh saya tau kenapa pecah rumah saya?
Saya ASP blablabla dr cawangan narkotik sentul
Kami dapat report rumah cik ada kegiatan penjualan dadah
'Astarghfirullahalazim...' Jawapan aku
Polis terus minta maaf sebab pecah salah rumah
Dia hanya menjalankan tugas 
Jadi aku x marah
Cuma risau
Dihari Ahad macam ni siapa nak ganti pintu?

Call balang n msg nor
Nor terus call nizal
Balang sampai dulu tlg repair grill mana yg boleh
Nizal datang tlg repair mangga pintu semampu yg boleh
Alhamdullillah boleh kunci sikit
Asalkan masih boleh selak pintu 
Syukur

Pegi Tesco beli kunci mangga
Sojib cakap Yale bagus
Terus beli Yale
Mahal sikit xpe
Janji aku rasa selamat

Naik tingkat 13 jumpa kawan balang
Tanya pasal pintu
Dia cakap xde stok
Kalau ada nanti dia bagitau
Ya Allah permudahkanlah urusanku
Aminn ya Allah

Sudah jatuh ditimpa tangga
Mula adelle hilang
Pastu rumah kena pecah
Dugaan Allah
InsyaAllah ada sinar yang cerah menanti
Aku redha 

Siap sediakan air minum untuk polis tadi
Cakap pun elok je gelak2 aku ni macam xde pape
Sebab aku faham
Dia hanya menjalankan tugas
X guna aku nak marah
Kalau marahpun benda dah jadi
Cuma risau keselematan diri
Semoga lindungi aku dan Adelle
Aminn

No comments: