Sunday, November 27, 2016

Mata Kiri

Mata kiri atas
Selalu berkedip
Sejak kejadian haritu
Makin kerap berkedip
Berdebar2 rasa hati
Sebelum kejadian memang berkedip kerap
X sangka ujian itu yang Allah bagi

Aku sampai rasa takut
Takut sesuatu yang buruk akan berlaku
Rasa hati dah x kuat
Nak hadapi ujian lagi
Ya Allah
Kuatkanlah semangat hamba-Mu ini

Jauhi la aku dan keluargaku dari malapetaka bencana mahupun musibah
Lindungi la kami dari dengki khianat manusia
Jauhi la kami dari fitnah zina dunia
Aminn aminn aminn ya Allah
Semoga Kau memperkenankan doa hamba-Mu yang hina ini
Aminn

Thursday, November 24, 2016

Aib

Kenapa reporter suka membuka aib orang?
Menyiarkan muka, alamat dan segala hal
Tau kan hukum menjaja aib orang
Kesian pada mereka yang dimalukan

Heading news selalu x menepati kisah sebenar
X tentu pasal orang yang diaib dikeji hina masyarakat
Semoga mereka yang teraniaya ini dilindungi Allah
Aminn

Thursday, November 17, 2016

Risau

Semalam
Jiran sebelah pinjam motor
Tiba2 ada orang ketuk pintu
Dah lambat katanya
Tido lambat, baru tersedar 
Nak ke mahkamah katanya
Aku terus bagi tanpa fikir panjang
Sebab tengah get ready nak solat Dhuha

Actually dia baru dilepaskan
Penagih dadah
Risau juga dalam hati
Kalau2 dia pakai motor pegi jual dadah
Or dia xde lesen
Memang aku akan didakwa
Minta pada Allah
Dijauhkan dari segala malapetaka
Dengki khianat mahupun musibah
Aminn ya Allah

Friday, November 11, 2016

Percaya

Bila kita terlalu percaya pada seseorang
Dan sekali dia tipu
Tipu yang amat besar
Yang hampir melibatkan aku sama dimasuk kedalam
Allah hu Akbar
Aku rasa naif sangat
Aku boleh x sedar dia tipu aku selama ni
Kejadian 9 Nov 2016
Semasa ada dipejabat
Dapat imessage
Mendebarkan
Bawa kereta sebaik mungkin
Risau jika cuak dan cuai
Malang yang terjadi
Tapi rupanya
Kejadian lebih malang berlaku
Aku ditipu hidup2
Allah Allah Allah
Sejujurnya robek hati aku
Kecewa hati aku
Menangis aku sendiri
Aku x tunjuk pada sesiapa
Aku xnak keluarga tahu betapa terluka hati aku
Aku berlagak tabah
Tapi dalaman aku rapuh
Semoga Allah permudahkan segalanya
Aku tak sanggup lagi hadapi sebarang musibah
Aminn 

Saturday, November 5, 2016

Kegilaan

Kegilaan apakah ini?
Janji siang
Sekali terserempak masa balik kerja
Dia terus nak datang pasang paip sink
At this hour
02:43
Sorang pasang paip
Sorang cat pintu
Baru plan nak tido awal sebab aku rasa sangat penat
Minggu yang sangat memenatkan
Banyak sangat request
Sampai tangan sakit
Kepala tepu
Allah

Esok nak ke kl eco park dengan member opis 
Anna, Rihana and kak Leny
First time aku nak join dorg
Harap2 sekepala
Penat boleh tolak tepi
Untuk happykan hati sendiri