Sunday, June 25, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya semua
Tahun ni raya dgn anak2 arwah balong
Al-Fatihah untuk balong
Al-Fatihah untuk mak dan abah

Wednesday, June 21, 2017

Narkotik - 2nd time

Allah hu Akbar
Semalam kena serbu lagi dgn polis narkotik
Siapalah agaknya yg x habis2 dengki dgn aku ni?
Report aku jual dadah ke amik dadah sebenarnya?
Aku ni jenis x kacau orang pun

Tgh basuh ayam semalam tiba2 air paip macam kena tutup
Tinjau luar tgk xde org
Akupun buka grill n nak buka balik paip air
Tgh pusing kepala paip tiba2 polis 4 orang datang serbu suruh masuk rumah
Aku minta tgk kad kuasa bagi tgk seimbas lalu je x sempat nak baca ke apa
Dengan rs takut tu aku masuk rumah
Mula2 polis tutup pintu
Aku suruh buka yg jg pintu mcm xnak buka
2nd time aku suruh buka siap mention 'sekarang 4 lelaki dalam rumah saya dan saya perempuan'
Akhirnya dia buka pintu siap mention xpe buka biar orang tau

Sorg terus buka pintu store tgk
Pastu tanya bilik aku mana
2 jaga pintu
Sorang masuk tgk backpack
Xde benda mencurigakan
Aku terus tanya
Siapa buat report ni?
Dorang x bgtau just bgtau aku
'Ada orang buat report'
Xkan x recce terus serbu
2nd time dah ni
Pastu dorg minta maaf and beredar
Serius aku rasa fobia
Terus rasa nak keluar dr umah ni
Rasa terancam
Ada orang nak aniaya
Semoga Allah lindungi aku
Aminn ya Allah

Monday, June 19, 2017

Iftar cum Iwan besday celebration

Semalam
Berbuka dgn Angah, Iwan, Syud and Talib
Actually Talib tu aku x kenal
Kenal muka je kot ms blaja dulu
Ok la boleh sekepala semua
Masing2 dah tua
Masing2 single 
Geng awesome single la konon


Monday, June 5, 2017

Outing

For almost a year
Aku ikut sangat rasa hati
Pemergian balong pulang kehadrat Ilahi
Merentap jiwa aku
Membuatkan aku xnak kehilangan orang2 yang aku sayang
Aku buang segala rasa sakit hati mahupun kecik hati
Aku ajak kak lina keluar sabtu aritu ke one utama
Teman anak2 buah shopping baju raya
Mesti pelik mama dan yang lain
Secara tiba2 aku wujud semula ke rumah mereka
Aku rasa x perlu aku terangkan apa2
Masing2 memahami satu sama lain

Dalam tempoh beberapa jam keluar
Aku share what happen in my life sepanjang kitorg x jumpa dan berhubung
Dan kak lina share the same thing with me
Tidak kekok
Sebab sebenarnya
Aku sangat rindukan kemesraan kami
Alhamdulillah Allah permudahkan

Semoga Allah memberikan kami kesihatan yang sempurna agar dapat kami menambahkan lagi amalan dan keimanan kami pd-Nya
Syukur pada-Mu ya Allah

Monday, May 29, 2017

Balong

Al-Fatihah
Khas untuk abg sulung
Aku serius xtau kesakitan yang ditanggungnya
Dirahsiakan dari dimaklumkan pd aku
Mungkin xnak aku risau
Perbalahan kecil membuatkan aku menjauh
Dan akhirnya menyesal
Sesal seribu kali kesal
Tidak dapat bersua muka berbicara

18 May
Afiqah whatsapp bgtau abah dia makin teruk 
Pakai pampers
Hati dah tak keruan
Mahu menziarah dikhuatiri anaknya dimarahi kerana maklumkan pd aku
Tidak menziarah jiwa meronta2
Khamis aku hantar wheelchair aje atas permintaan abg lang
Untuk memudahkan pergerakan

Hari Jumaat
Afiqah maklumkan pampers bocor
Habis semua cadar dan kain kena
Aku terus maklumkan akan beli alas macam hospital guna
Dekat office
Aku turun sekejap beli
Masa beli hati tergerak
'Aku rasa balong x sempat pakai ni'

Sabtu pagi
Awal 8 pagi
Afiqah whatsapp bgtau nak ke hospital
Abah masuk ICU katanya
Ambulance dtg ambil
Aku terus bangun capai towel 'ya Allah, sempatkanlah aku berjumpa abg aku'
Dan terus mandi bersiap
Sampai hospital tak dibenarkan masuk

Kami pulang semula uruskan urusan dobi
Petang selepas Asar
Sheda call afiqah suruh datang hospital cepat
Doktor cakap 50-50
Aku dah semakin x keruan
Alhamdulillah sempat berbisik ditelinga abg aku
'Ima minta ampun long soma salah2 ima. Ima redha kan segala salah balong kt ima'
Allah... satu rasa kelegaan didalam hati
Heart beat balong yg terlalu tinggi masa tu terus drop back to normal heart beat buat sementara waktu
Dan ada air mata mengalir yg mengalir pd abg aku
Ya Allah berdosanya aku pd abg aku
Kesiannya dia terseksa sakit

Harini
Genap seminggu balong meninggalkan kami
Mengikut mak dan abah
Dapat dipeluk 2x
Walaupun bkn semasa hidupnya
Ada rasa kelegaan dihati
Aku berjanji
Akan jaga anak2nya sebaik mungkin
InsyaAllah

47 tahun usia balong tahun ni
X berkesempatan menyambut raya bersama anak2
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin
Aminn
Al-Fatihah

Ima sayang balong
Sayang sangat2 walaupun balong abg yg tegas tapi sebenarnya sangat sayang dan ambil berat perihal adik2 
Ampunkan segala dosa ima ye long

Saturday, May 13, 2017

Luahan rasa

Sejujurnya
Kalau tengok GGV
Aku prefer tengok seorang diri
Bila menangis x malu kiranya 😂

Harini sungguh teresak2
Hafiz Hamidun bawa lagu ayah dan ibu
Which aku sangat rindukan arwah mak
Aku terlalu rapat dan manja dengan mak
Sejak mak meninggal 17th August 2005
Aku x pernah nak celebrate raya macam dulu
Last year pun aku x beli langsung baju raya
Tahun2 sebelum tu kakak aku yang sibuk belikan or ada la aku beli sendiri
Tahun ni pun aku x rasa nak celebrate

Tambahan aku dah xde kak lina
Dia sejak ada kereta langsung x perlukan aku
Kalau dulu raya mesti dia ajak raya sama
Tahun ni?
Entah la... x peduli dah aku

Maka tahun ni raya sorang2 tanpa ada sesiapa
Even pernah je raya sorang kat rumah
Pegi kubur sorang
Macam tu la kalau yang lain semua dah kahwin dan x ingat kat adik bongsu dorang
Kakak aku memang tiap2 tahun akan tanya raya mana
Aku je x berapa selesa dengan abg ipar
Tapi kalau dia nak pergi seremban memang dia ajak
Tu je la lokasi aku beraya
Rumah mak teh

Tahun ni mungkin x beraya rumah mama
Kalau datang pun bila kak lina xde
Aku memang xnak bertembung dengan dia
Aku xnak ada ackward moment 
Aku sangat2 terasa hati
Dulu masa xde kereta
Aku la teman dia kesana kemari
Dah ada kereta
Janji nak ajak keluar pun x ditepati
Pantang la aku orang menipu
Cakap je x suka aku ada bila dia berkumpul adik beradik n sepupu
Kan senang cerita
Mungkin kecik hati mula2 tapi akan sedar diri
Dari dia menipu nak ajak tapi tiba2 dah keluar senyap2

Aku dah lali hidup tanpa sesiapa
Sekarang sabtu ahad duduk rumah je
Kalau kakak aku x ajak keluar memang memerap la
Sekarang jarang keluar sebab kakak aku tiap2 minggu balik rumah dia kat semenyih
Tahun ni baru sekali ke dua kali je keluar dengan dia
Dan kalau anna x ajak keluar
Memang x kemana
Boleh kira la tahun ni berapa kali je keluar on weekend
Hikmahnya
Boleh jimat duit 🤣

Sekian luahan perasaan 😆

Limpahan rezeki

Semalam, Jumaat 12th May 2017
Rezeki makanan melimpah sampaikan simpan untuk makan hari ini

Masa lunch
Aku tengok cekodok pisang
Cakap dengan Soo ada cekodok pisang
Dia terus cakap nak belikan untuk aku
Seganlah
Tapi say thank you jugak la

Balik dari lunch
Ada cup cake atas meja
Tanya Anna siapa bagi
TL Daniel bagi
Alhamdulillah rezeki lagi

Tengah buat keje
Aishah whatsapp
Tanya kerja x
Dia nak jumpa sekejap
Btw, Aishah dapat MSS with 6 months salary
Semoga Allah melapangkan rezeki untuk dia
Baru lepas accident, sedang mengandung dan kena terminate 24 hours due to downsizing to reduce redundancy cost 
Aku sedikit risau dan hanya mampu berdia untuk dia
Aishah hantar kuih keria
Kuih feveret aku
Alhamdulillah rezeki Allah bagi

Balik kerja terus ke KLCC jumpa zeza dan suri
Suri belanja makan dekat Dome
Naik segan dah
Asik dia je bayar
Aku dengan zeza dah masing2 siap keluarkan kad nak bayar
Tapi Suri lebih pantas
Alhamdulillah rezeki

Sementara tunggu order zeza keluarkan coklat Royce yang dia pesan kawan dia tolong belikan dekat Jepun
MasyaAllah sedap sungguh
Alhamdulillah rezeki lagi Allah bagi

Borak sampai kul 10 malam
Damai je suasana semalam
Macam2 topik dibualkan
Dan sebelum balik
Suri bagi kek pisang
Allah rezeki Allah
Berturut2 orang bagi makanan harini
Bahagia x terhingga
Hilang sekejap gusar dihati

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki yang maha hebat untuk orang2 yang sentiasa ada disisi aku
Aminn ya Allah


Saturday, May 6, 2017

24 hours terminate

Well
Semalam masa sampai opis
Chat sekejap dengan Soo before request came in
Dia maklumkan 6 orang dari account dia (netapp) kena terminate 24 hours
Not because of performance only
But because of long service
Aku macam... hah?
Long service pun kena ke

Later at night plak during dinner
Masa dekat pantry berdua je dengan connie
Talked about this
Before that ada dia share sikit communication dia dgn manager masa aku datang tmpt dia untuk diskas special project kami tiap2 quarter (prospectus)
Kitorg seboleh mgkin simpan rahsia
Tapi xtau la mana budak2 lelaki opis tu tau
Dorang kalau tau kecoh kalah perempuan
Pastu sorang plak budak pompuan ni pegi update status dekat fb
OMG
Napa nak dihebahkan cepat sangat
Tunggu la keputusan dari pihak atasan

So hasil borak dengan Connie, total 11 org dah kena terminate semalam
Actually reason x pasti smpai la semalam sebelum tido
Sapurah inform dalam group
Long service yang high risk
Sebab director inform
Company nak reduce redundant cost
Kami orang lama memang gaji beza sangat dengan orang2 baru

Aku masa petang dah tau kes ni
Mula la merangka plan sekiranya dibuang
Semua benda kena siap2 bayar setahun
Kena terminate astro, coway and belanja kena kurangkan
Adelle food kena beli stock siap2 sementara nak cari keje sesuai

Before tido semalam
Connie (SME lead) bergurau
Buat je la booking tu, kot2 tu booking terakhir kau
Aku gelak je la
Aku dah set dalam kepala
Kalau Allah bg rezeki tahap tu je keje kat situ
Aku redha
Walaupun hati risau juga dengan ekonomi sekarang
Dengan plan nak travel next year lagi

Ya Allah
Kau permudahkanlah segala urusanku
Berikanlah apa yg terbaik untukku

Orang pertama aku inform pasal ni adalah kakak aku
Terus dia tanya apa plan aku
Aku gurau2 je nak jual air coklat
Dia suruh fikir business apa yang bagus
Memang itu yang aku kerap fikirkan
Sebab memang dah lama aku nak berhenti kerja
Sejak masuk Dell aku memang stress

Kalaupun aku terselamat kali ni
X bermakna aku akan selamat kali berikutnya
So bakcup plan kena ada

Monday, April 24, 2017

Late Update

Lately kurang rajin update kisah hidup
4 April haritu sepatutnya ke Japan
Tapi Allah memberi hikmah untuk Zeza mengutamakan kakaknya
8 April Zeza maklumkan kakak dia meninggal
Innalillahiwainnalillahirojiun
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Al-Fatihah
Aminn

Nothing much happen sejak solo x berkawan baik dengan sahabat lama yang melupakan diri aku sejak dia berkereta
Mostly weekend duduk rumah aje

12-14 April haritu habiskan cuti yang sepatutnya dihabiskan di Japan
Dan antara hikmah x ke Japan
Dapat amik anak buah habis belajar kat Pasir Gudang
Aku ajak Nor Balang n Kak Ani
Kami bercuti kesana untuk ambil Afiqah habis belajar
Jalan2 sikit
Cuba makanan itu ini
Balik KL demam
Hahaha
Panas x berangin dan kurang minum air
Sampai Rabu
Khamis dah start sakit tekak n simpton flu sikit2
Jumaat balik KL
Allah hu Akbar
Accident pula Hilux hentam belakang
Alhamdulillah xde pape yang kritikal
Bumper terkopak, cermin pecah
Nasib Velfire
Kalau kancilku, xde rupa dah kot
Huhu

Balik dari amik Afiqah tu singgah JPO kejap
Beli kasut n jalan2 n dorang makan
Aku n Nor x makan sebab x bape nak lapar
Tapi tapau subway risau tetiba lapar
Lepas accident tu pegi IPD kulai buat report
Balik tu makan la subway sebab dah start lapar
Sampai rumah kul 1am
Fuh penatnya seharian diperjalanan
Alhamdulillah segala urusan selesai

Semalam pula
23 April
Hiking dekat Hutan Rimba Kota Damansara
Jumaat Anna buat statement 
'I dont accept no as an answer'
Aku pun dah berkali2 dorang ajak
X pernah sekali follow
Kali ni ikutkan la sebab Jay yang guide
Nasib la memang ada buat 2-3 minit exercise hari2 sekarang ni
So xdela kaki sakit gila2 
And ikut nasihat anna gak
Rendam kaki dengan air suam letak garam
Mungkin berkesan sebab lepas tu rasa kelegaan
Seumur hidup
Itu la kali pertama hiking
Rasa taubat tapi at the same time seronok
Anna dah siap pesan beli kasut hiking pasni
InsyaAllah nanti beli

Ni je update kot
Gambar hiking semalam untuk kenangan dimasa tua nanti




Saturday, April 8, 2017

Hikmah

Ada hikmah kami x ke Japan
Selasa haritu (hari kami sepatutnya fly)
Zeza maklumkan kakak dia nazak
Diabetes
Punca luka dikaki dibiarkan
Suruh pergi klinik xnak
Harini Zeza maklumkan
Kakak dia dah meninggal
Innalillahiwainnalillahirojiun
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Al-Fatihah
Aminn

Maka nikmat tuhan mana lagi kamu dustakan?
Allah... besar sungguh kuasa-Mu
Cantik sungguh perancangan-Mu
Aku bersujud syukur atas segala limpah rahmat-Mu ke atas ku dan sekalian umat Islam
Allah hu Akbar

Sunday, April 2, 2017

Belated birthday

Tiba2 rasa nak celebrate birthday sendiri
Hahaha
Ye, poyo je kan
Seumur hidup, rasa baru first time excited siap tempah cake
Order moist chocolate cake kat along
Dengan cheese tart sekali
Saja nak belanja team 
Alang2 birthday Sapurah 21 March
So aku buat sekali
Anna plak January
Kira kita combine one quarter punya birthday
Dorang xtaupun aku nak celebrate birthday
Just tanya siapa cuti semalam kt dalam group whatsapp
Konon nak bawa cheese tart
X bgtau la nak bawa kek
Small surprise utk semua

Masa sampai terserempak dgn Jay
Inform la kat dia nak celebrate birthday
Sebab dia tgk kotak besar 🤣
Dan Jay pun siap2 bawa enpon boleh amik gambar
Yang lain soma x bawa
Aku memang x ingat langsung
Enpon tinggal je atas meja

Around 5pm macam tu
Aku dah siap 4pm request
Cantik plak delta not functioning
Terus panggil team ke pantry
'Ada project' aku cakap 😂
Ragu macam xnak
Dengan serius aku cakap 'i just need your 5 minutes'
Terus semua bangun masuk pantry
Ragu siap cakap 'jom bos dah marah'
Kurang asam
Padahal dia lead kitorg 
Hakhak

Semua happy
Alhamdulillah
Lepas ni boleh la celebrate birthday quater lain
Terus diskas birthday memasing
Jimmy siap mention birthday Hafiz
Selamba aku sound
'Shockwave aje, team lain x masuk'
Ko gila aku nak sponsor soma orang
Adehhh
Team sendiri ok la nak sponsor

What can make me happy is...
When i see people happy...
Tu dah cukup membahagiakan hati
Alhamdulillah

I don't need their money
Aku sanggup sponsor
I just need their respect between each other
Care to each other
And help each other
Itu yang aku dapat dalam team shockwave ni
Alhamdulillah



Thursday, March 23, 2017

RHB

A year ago
Aku sign up for RHB credit card
Salesman tu cakap no membership fee for lifetime
Aku pun ok la sign up
Disebabkan langsung x guna card tu
Aku ignore je sampai la within this week teringat
Bila register online
Terkejut la tengok membership fee satu card rm130 + gst
Utk dua card dah rm274+ gitu
Aik... angin la rasakan
Email xde reply
Call cakap nanti call balik within 24 hours
But until now
Sunyi sepi
Nak kena pegi rhb gak ni
Cancel card
Bayar apa yang patut
Hish
Menyusahkan

Monday, March 20, 2017

Lebah

Again
This time terpijak
Jari kelingking kiri
The moment terpijak tu terus rasa meremang2 sampai ke muka
Sekejap je semua bahagian badan dah naik bengkak
Mula kaki, naik ke peha dan tangan
Muka memang immediately membengkak
Lidah rasa gatal dan mulut bengkak
Alhamdulillah cepat2 siap pergi klinik
Doktor bagi injection sebab tengok merata dah bengkak teruk

Kaki lambat nak surut bengkak
Until today still bengkak dan sakit
Harap cepat sembuh
Sakit bila berjalan dan berdiri

Gambar a day after terpijak. Kawasan merah tu semua bengkak yang x surut lagi

Friday, March 17, 2017

Kacang Pool

The taste of kacang pool
Is something difficult for me to describe
Can feel the nuts
The beef
And the sauce
Super yummy
Alhamdulillah dapat merasa


Wednesday, March 15, 2017

Update

7th March was my birthday
Anna dengan Huda bg coklat
Unexpected dapat hadiah
Taufiq was the first person wish birthday
Terkagum
12.01am dia wish
Mana dia ingat ntah la
Dah la x letak birthday notification dekat fb n etc
Subiha wish as well
Ini memang impress kali kedua sebab orang yang x pernah ingat boleh wish
And Kak Siti wish as well
Impress kali ketiga
Wish dari orang yg kita x jangka
Mampu buat kita happy x terkira
Alhamdulillah bertambah usia
Harap segala dugaan yg Allah bg
Dapat mematangkan pemikiran keanak2an aku ni

Xde latest story happen dlm hidup
Cuma tgh berfikir perlu atau tidak belu kereta baru
Kancil dah byk kali sakit
Poket pun dh semakin menipis
Nizal dah suruh beli myvi aje
Sebab everytime breakdown
Dia kena susah2 datang x kira pagi buta or malam buta
Kesian
Tapi itu je abang yg blh harap
Dia mekanik dulu
Sekarang tauke bas sekolah
Alhamdulillah dia semakin berjaya

Kerja as usual
Nothing interesting
Nak cari kerja baru is sangat malas

Esok ke Pasir Gudang
Lusa balik KL ikut Ross
Itu je update setakat harini

Tuesday, February 28, 2017

Japan trip - Canceled

Terpaksa batal trip ke Japan
Tiket flight x dpt
Kena tipu
Duit x dpt balik
Tapi Alhamdulillah
Accomodation dah dapat blk
Tp service fee rm172 x dapat blk
Xpela, at least dapat gak duit
Dari burn macam duit tiket

Mungkin plan ke Japan untuk Sakura tahun depan
So, tahun ni kumpul duit dulu
Ada rezeki, Allah izinkan
Sampai jugak nanti
InsyaAllah

Member xnak aku bayar balik duit tiket
Dorang cakap bukan salah aku
Walaupun sebenar salah aku sebab gatal nak beli pakai agen
Moralnya
Beli la tiket flight dari website lepas ni
X payah percaya dah agen apa semua ni

Semoga Allah permudahkan apa yang kami rancang
Aminn

Sunday, February 19, 2017

Lebah

Tiba2 kena gigitan lebah
And i'm alergik into it
Sekejap je dah boleh rasa kahak berkumpul kat tekak
Hidung dah mula rasa x selesa nak bernafas
Ntah mana datangnya
Nak baring tgk tv
Tiba2 rasa sakit mencucuk
Tengok lebah dah mati terbungkang
Tapi bisa tetap bisa
Kalau esok makin worst
Kena injection or amik antibiotik yang strong
Hope xde pape

Saturday, February 18, 2017

Buddy

Manager assigned aku untuk entertain new hire staff for Dell EMEA
So Isnin aritu dah meet and greet
Bawa ke level 5 tempat kitorg
Kenal2kan dengan the whole EMEA team

Selasa and Rabu kena bawa lunch
During lunch ada la cerita sikit pasal kerja
Bagi la input sikit
Xkan nak lunch kosong je
Lunch boleh claim
Kena belanja buddy
Masa aku dulu xdepun 
X adil sungguh
Sebab Sapura cakap
Masa dia ada je
Sapura senior dari aku
So, bukan rezeki aku la masa tu

Monday, February 13, 2017

Scam

Apa kau rasa
Dah excited nak ke Jepun
Tiba2 tiket flight yg kau book dari agen sejak september 2016, tiba2 je xde
Company tu shut down
Accomodation dah bayar
Flight tiket 3 orang rm4590
Accomodation lagi dalam rm2000
Allah
Aku kecewa yang amat
Rasa nak menangis tapi xde air mata

Member nak beli thru website
Aku yang gatal ajak beli pakai agen
Konon murah 10%
Sebab nak jimat 10%
Kerugian 110%
Padan muka
Kalau hati dah rasa berat
X payah la teruskan
Ni dah tau rasa berat hati
Gatal teruskan

Aku kena ganti balik duit dorang
Sebab semua salah aku
Allah

Friday, February 10, 2017

Coklat

So sudden craving for chocolate
Its almost 3am
Apa nak jadi la ni
Exercise dah berbulan2 x buat

Sunday, January 29, 2017

Bidan Terjun

Khamis aritu
Non of the sme's are in
Even wai fun working captain on her annual leave for chinese new year
Afiq on paternity leave
The only hope they have was on me
To pull the request and assign
Within 15-20 minutes
Connie teach me how to assign n get all the data
From scratch to the end
Ops serabut kepala
One time je dia ajar
Pastu aku sendiri kena usaha sebab dia nak balik
Alhamdulillah manage to do all
Looks easy but its not
Remeh la jugak
A few excel kena buka
One for assigned
One for report
One for pull data
One for previous assigment details
Errkkk

The next day
Friday
Ragu say 'isma thank u. For helping'
No problem... i ni umpama bidan terjun. Do u know what its means? 
'No i dont. Apa tu?'
Its a kind of things... i know nothing and so sudden i need to work on it
And we both laugh

To work with ragu my sme leads
Is something good
He knows everything
And x kedekut ilmu
Rajin la dia share knowledge dengan aku
With his talent
Team leader/manager level 1 sangat sesuai untuk dia
Kalau dia jd manager...
At least we have manager who can do and know everything
Manager yang ada sekarang
Apapun xtau
Macam mana jadi manager pun entah la

Friday, January 20, 2017

Sakit kepala

Pagi ni
Sakit kepala sangat2
Rasa nak MC
Tp kena pull request and buat report utk submit kat manager sebab leads team aku bercuti

Tapi sebabkan leads team lain dah minta aku tlg buat quarterly job prospectus tu
Aku gagahkan diri datang gak opis
Prospectus ni selected person je buat
Sebab data dia berpuluh ribu
Naik juling mata
Every quarter tu kerja aku la 

Tugas harini
Pull request
Assigned request
Pull report submit to managers
Buat booking 
Work on prospectus 
Pull IB untuk group lain

Haish
Rasa macam penat sangat dan sakit kepala sangat2
Sampai sapu mnyak angin satu kepala
X tahan sangat berdenyut
Alhamdulillah harini kerja semua siap

2nd level manager
Dia ping tanya macam mana aku buat report tu
Siapa ajar
Harus la Ragu yang ajar
Ragu ni pun satu
Ajar betul2 masa aku dah nak balik
Seimbas lalu je la aku tengok macam mana
Alhamdulillah senang nak catch up and learn new things
So manager kata good and keep practising it
Nak praktis watpe kalau pangkat x naik n gaji x naik tp keje dah serupa leads? 

Pastu Ragu dia x sempat ajar untuk vlookup
Terus la mnta alin QA team ajar
Nasib gak senang nak faham
Sampai Raju minta tlg dengan excel dia
Nak pindah data pakai vlookup
Alhamdulillah Allah kurniakan aku minda yang senang utk faham sesuatu bila berkaitan dgn system/kerja

Pool and produce report nmpak senang
Pivot table tu soma
Tapi bila buat baru la tau lecehnya mcm mana
Nak kena tgk mana nak kena complete sbb due 2 hours, 4 hours, 6-8 hours...
Ko gila nak asing2kan
Pastu kena cek blk dah assign kt sapa n sapa x pick up lg
ZzzZzzz

Sekian
Sehingga kini kepala masih berdenyut2
Dah start panas
Demam jangan dtg pls

Wednesday, January 18, 2017

Sujud Syukur

Hukuman ringan
Alhamdulillah
Aku sujud pada-Mu ya Allah
Syukur atas rahmat-Mu
Lindungilah keluargaku
Dari segala malapetaka mahupun bencana
Aminn ya Allah

Saturday, January 7, 2017

Rizwan

Rizwan called from Riyadh
Planning to come to KL from 2nd of april until 10th of april
But i will not be around
InsyaAllah flight to Japan on 4th april 11.50pm if not mistaken
So... it will be rush for me to meet him and spend time with his family

Asked him either he can change to other date
He started to think and might re-schedule to June
I'm more than happy if u come on June 
So that i can take leave
And might be join his family to Singapore
If enough budget
If not... just spend time in KL for few days
InsyaAllah

Hope things will go smooth as we plan
Aminn

Thursday, January 5, 2017

Puasa

Dah 2 minggu ke tiga minggu x puasa
Harini start balik
Pedih plak perut
Sebelum2 ni elok je xde pedih
Perut nak membiasakan diri semula agaknya

Dia semanis honey musical

Was planning to go
Tapi date dekat dengan mulanya persekolahan
Maka kak Anis x dapat join
Sebab duit habis banyak untuk anak2
Its ok
X mati pun x tgk

Wednesday, January 4, 2017

Lemau

Lemau je rasa arini
Dah bangun lebih awal
Tapi Adelle tido sandar kat badan
Menjadi kebiasaan aku xkan bergerak
Sebab xnak kacau dia tido
Tapi kalau dah sampai cramp sangat
Aku terpaksa gerak
Kul 11.10 tadi paksa gak gerak sebab x tahan dah tangan cramp belakang sakit
Adelle pun terus bangun
Cukup la ibu bagi landing 2 jam lebih kurang

Masak ayam lemak cili padi arini
Dengan sayur goreng dan telur dadar
Wrap untuk makan malam plak ada ayam goreng, tomato, salad n sedikit telur dadar
Nampak menyelerakan
Harap2 sedap
Tapi biasanya memang sedap aku masak
Puji diri sendiri 😅

Monday, January 2, 2017

New year

2017 
2nd day
Lepak rumah je

Semalam
1st January
During lunch hour
Anna whatsapp ajak makan makanan korea
Dah sah2 aku tolak
Sebab memang xleh masuk tekak

Then Anna ajak pegi putrajaya
Sempena lampu 2016
5.30 berkumpul rumah Anna
Maka satu kereta dengan Rihanah, Anna dan Huda
One more kawan diaorang nama apa semalam dah lupa
Mas kalau x silap 
Ex-ssi rupanya

Interesting jugak la lampu 2016
Ada glow in the dark section
Pokok berlampu2
Beca dihias lampu
Bangunan Istana Kehakiman jd pentas
Lampu berentak berinovasi ntah apa nama
But i had seen before in Konya
Better Konya punya performance compare to last night
Tapi anak Malaysia yg buat tu
Kira impressive jugak
Pertandingan
Ada 3-4 lampu tu
The first one paling aku suka
Subhanallah punya kreatif
Masjid2 yg dilampukan

Had half day fun with them
Aku xde kawan
Ada sahabatpun dah melupakan aku bila Allah bagi dia kesenangan
So kalau anna x ajak 
Atau nor kakak aku x ajak kemana2
Maka duduk rumah je la

Sometimes rasa bosan
Dulu ada je aktiviti
Keluar dengan kak lina 
Lepak dengan dia
Buat benda2 yg ntah apa2
So much fun
Tapi...
Tu la
Dia dah senang
X perlukan pertolongan atau perlukan aku sebagai kawan atau sahabat lagi dah
Makanya
Stay la lond ranger sampai bila2
Selagi Allah x temukan jodoh
Hakhak

Aku redha 
Walaupun hati sedikit kecewa
Semoga dia bahagia dengan kesenangan yg Allah bagi
Semoga kesenangan dia kekal dan mampu bahagiakan diri dia dan keluarga dia

I'm 34 this year
Allah
Pantas sangat masa berlalu
Sampai bila agaknya ada kudrat untuk teruskan kehidupan
Semoga Allah sentiasa memberikan aku kesihatan yg baik
Aminn