Monday, May 29, 2017

Balong

Al-Fatihah
Khas untuk abg sulung
Aku serius xtau kesakitan yang ditanggungnya
Dirahsiakan dari dimaklumkan pd aku
Mungkin xnak aku risau
Perbalahan kecil membuatkan aku menjauh
Dan akhirnya menyesal
Sesal seribu kali kesal
Tidak dapat bersua muka berbicara

18 May
Afiqah whatsapp bgtau abah dia makin teruk 
Pakai pampers
Hati dah tak keruan
Mahu menziarah dikhuatiri anaknya dimarahi kerana maklumkan pd aku
Tidak menziarah jiwa meronta2
Khamis aku hantar wheelchair aje atas permintaan abg lang
Untuk memudahkan pergerakan

Hari Jumaat
Afiqah maklumkan pampers bocor
Habis semua cadar dan kain kena
Aku terus maklumkan akan beli alas macam hospital guna
Dekat office
Aku turun sekejap beli
Masa beli hati tergerak
'Aku rasa balong x sempat pakai ni'

Sabtu pagi
Awal 8 pagi
Afiqah whatsapp bgtau nak ke hospital
Abah masuk ICU katanya
Ambulance dtg ambil
Aku terus bangun capai towel 'ya Allah, sempatkanlah aku berjumpa abg aku'
Dan terus mandi bersiap
Sampai hospital tak dibenarkan masuk

Kami pulang semula uruskan urusan dobi
Petang selepas Asar
Sheda call afiqah suruh datang hospital cepat
Doktor cakap 50-50
Aku dah semakin x keruan
Alhamdulillah sempat berbisik ditelinga abg aku
'Ima minta ampun long soma salah2 ima. Ima redha kan segala salah balong kt ima'
Allah... satu rasa kelegaan didalam hati
Heart beat balong yg terlalu tinggi masa tu terus drop back to normal heart beat buat sementara waktu
Dan ada air mata mengalir yg mengalir pd abg aku
Ya Allah berdosanya aku pd abg aku
Kesiannya dia terseksa sakit

Harini
Genap seminggu balong meninggalkan kami
Mengikut mak dan abah
Dapat dipeluk 2x
Walaupun bkn semasa hidupnya
Ada rasa kelegaan dihati
Aku berjanji
Akan jaga anak2nya sebaik mungkin
InsyaAllah

47 tahun usia balong tahun ni
X berkesempatan menyambut raya bersama anak2
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin
Aminn
Al-Fatihah

Ima sayang balong
Sayang sangat2 walaupun balong abg yg tegas tapi sebenarnya sangat sayang dan ambil berat perihal adik2 
Ampunkan segala dosa ima ye long

Saturday, May 13, 2017

Luahan rasa

Sejujurnya
Kalau tengok GGV
Aku prefer tengok seorang diri
Bila menangis x malu kiranya 😂

Harini sungguh teresak2
Hafiz Hamidun bawa lagu ayah dan ibu
Which aku sangat rindukan arwah mak
Aku terlalu rapat dan manja dengan mak
Sejak mak meninggal 17th August 2005
Aku x pernah nak celebrate raya macam dulu
Last year pun aku x beli langsung baju raya
Tahun2 sebelum tu kakak aku yang sibuk belikan or ada la aku beli sendiri
Tahun ni pun aku x rasa nak celebrate

Tambahan aku dah xde kak lina
Dia sejak ada kereta langsung x perlukan aku
Kalau dulu raya mesti dia ajak raya sama
Tahun ni?
Entah la... x peduli dah aku

Maka tahun ni raya sorang2 tanpa ada sesiapa
Even pernah je raya sorang kat rumah
Pegi kubur sorang
Macam tu la kalau yang lain semua dah kahwin dan x ingat kat adik bongsu dorang
Kakak aku memang tiap2 tahun akan tanya raya mana
Aku je x berapa selesa dengan abg ipar
Tapi kalau dia nak pergi seremban memang dia ajak
Tu je la lokasi aku beraya
Rumah mak teh

Tahun ni mungkin x beraya rumah mama
Kalau datang pun bila kak lina xde
Aku memang xnak bertembung dengan dia
Aku xnak ada ackward moment 
Aku sangat2 terasa hati
Dulu masa xde kereta
Aku la teman dia kesana kemari
Dah ada kereta
Janji nak ajak keluar pun x ditepati
Pantang la aku orang menipu
Cakap je x suka aku ada bila dia berkumpul adik beradik n sepupu
Kan senang cerita
Mungkin kecik hati mula2 tapi akan sedar diri
Dari dia menipu nak ajak tapi tiba2 dah keluar senyap2

Aku dah lali hidup tanpa sesiapa
Sekarang sabtu ahad duduk rumah je
Kalau kakak aku x ajak keluar memang memerap la
Sekarang jarang keluar sebab kakak aku tiap2 minggu balik rumah dia kat semenyih
Tahun ni baru sekali ke dua kali je keluar dengan dia
Dan kalau anna x ajak keluar
Memang x kemana
Boleh kira la tahun ni berapa kali je keluar on weekend
Hikmahnya
Boleh jimat duit 🤣

Sekian luahan perasaan 😆

Limpahan rezeki

Semalam, Jumaat 12th May 2017
Rezeki makanan melimpah sampaikan simpan untuk makan hari ini

Masa lunch
Aku tengok cekodok pisang
Cakap dengan Soo ada cekodok pisang
Dia terus cakap nak belikan untuk aku
Seganlah
Tapi say thank you jugak la

Balik dari lunch
Ada cup cake atas meja
Tanya Anna siapa bagi
TL Daniel bagi
Alhamdulillah rezeki lagi

Tengah buat keje
Aishah whatsapp
Tanya kerja x
Dia nak jumpa sekejap
Btw, Aishah dapat MSS with 6 months salary
Semoga Allah melapangkan rezeki untuk dia
Baru lepas accident, sedang mengandung dan kena terminate 24 hours due to downsizing to reduce redundancy cost 
Aku sedikit risau dan hanya mampu berdia untuk dia
Aishah hantar kuih keria
Kuih feveret aku
Alhamdulillah rezeki Allah bagi

Balik kerja terus ke KLCC jumpa zeza dan suri
Suri belanja makan dekat Dome
Naik segan dah
Asik dia je bayar
Aku dengan zeza dah masing2 siap keluarkan kad nak bayar
Tapi Suri lebih pantas
Alhamdulillah rezeki

Sementara tunggu order zeza keluarkan coklat Royce yang dia pesan kawan dia tolong belikan dekat Jepun
MasyaAllah sedap sungguh
Alhamdulillah rezeki lagi Allah bagi

Borak sampai kul 10 malam
Damai je suasana semalam
Macam2 topik dibualkan
Dan sebelum balik
Suri bagi kek pisang
Allah rezeki Allah
Berturut2 orang bagi makanan harini
Bahagia x terhingga
Hilang sekejap gusar dihati

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki yang maha hebat untuk orang2 yang sentiasa ada disisi aku
Aminn ya Allah


Saturday, May 6, 2017

24 hours terminate

Well
Semalam masa sampai opis
Chat sekejap dengan Soo before request came in
Dia maklumkan 6 orang dari account dia (netapp) kena terminate 24 hours
Not because of performance only
But because of long service
Aku macam... hah?
Long service pun kena ke

Later at night plak during dinner
Masa dekat pantry berdua je dengan connie
Talked about this
Before that ada dia share sikit communication dia dgn manager masa aku datang tmpt dia untuk diskas special project kami tiap2 quarter (prospectus)
Kitorg seboleh mgkin simpan rahsia
Tapi xtau la mana budak2 lelaki opis tu tau
Dorang kalau tau kecoh kalah perempuan
Pastu sorang plak budak pompuan ni pegi update status dekat fb
OMG
Napa nak dihebahkan cepat sangat
Tunggu la keputusan dari pihak atasan

So hasil borak dengan Connie, total 11 org dah kena terminate semalam
Actually reason x pasti smpai la semalam sebelum tido
Sapurah inform dalam group
Long service yang high risk
Sebab director inform
Company nak reduce redundant cost
Kami orang lama memang gaji beza sangat dengan orang2 baru

Aku masa petang dah tau kes ni
Mula la merangka plan sekiranya dibuang
Semua benda kena siap2 bayar setahun
Kena terminate astro, coway and belanja kena kurangkan
Adelle food kena beli stock siap2 sementara nak cari keje sesuai

Before tido semalam
Connie (SME lead) bergurau
Buat je la booking tu, kot2 tu booking terakhir kau
Aku gelak je la
Aku dah set dalam kepala
Kalau Allah bg rezeki tahap tu je keje kat situ
Aku redha
Walaupun hati risau juga dengan ekonomi sekarang
Dengan plan nak travel next year lagi

Ya Allah
Kau permudahkanlah segala urusanku
Berikanlah apa yg terbaik untukku

Orang pertama aku inform pasal ni adalah kakak aku
Terus dia tanya apa plan aku
Aku gurau2 je nak jual air coklat
Dia suruh fikir business apa yang bagus
Memang itu yang aku kerap fikirkan
Sebab memang dah lama aku nak berhenti kerja
Sejak masuk Dell aku memang stress

Kalaupun aku terselamat kali ni
X bermakna aku akan selamat kali berikutnya
So bakcup plan kena ada