Monday, May 29, 2017

Balong

Al-Fatihah
Khas untuk abg sulung
Aku serius xtau kesakitan yang ditanggungnya
Dirahsiakan dari dimaklumkan pd aku
Mungkin xnak aku risau
Perbalahan kecil membuatkan aku menjauh
Dan akhirnya menyesal
Sesal seribu kali kesal
Tidak dapat bersua muka berbicara

18 May
Afiqah whatsapp bgtau abah dia makin teruk 
Pakai pampers
Hati dah tak keruan
Mahu menziarah dikhuatiri anaknya dimarahi kerana maklumkan pd aku
Tidak menziarah jiwa meronta2
Khamis aku hantar wheelchair aje atas permintaan abg lang
Untuk memudahkan pergerakan

Hari Jumaat
Afiqah maklumkan pampers bocor
Habis semua cadar dan kain kena
Aku terus maklumkan akan beli alas macam hospital guna
Dekat office
Aku turun sekejap beli
Masa beli hati tergerak
'Aku rasa balong x sempat pakai ni'

Sabtu pagi
Awal 8 pagi
Afiqah whatsapp bgtau nak ke hospital
Abah masuk ICU katanya
Ambulance dtg ambil
Aku terus bangun capai towel 'ya Allah, sempatkanlah aku berjumpa abg aku'
Dan terus mandi bersiap
Sampai hospital tak dibenarkan masuk

Kami pulang semula uruskan urusan dobi
Petang selepas Asar
Sheda call afiqah suruh datang hospital cepat
Doktor cakap 50-50
Aku dah semakin x keruan
Alhamdulillah sempat berbisik ditelinga abg aku
'Ima minta ampun long soma salah2 ima. Ima redha kan segala salah balong kt ima'
Allah... satu rasa kelegaan didalam hati
Heart beat balong yg terlalu tinggi masa tu terus drop back to normal heart beat buat sementara waktu
Dan ada air mata mengalir yg mengalir pd abg aku
Ya Allah berdosanya aku pd abg aku
Kesiannya dia terseksa sakit

Harini
Genap seminggu balong meninggalkan kami
Mengikut mak dan abah
Dapat dipeluk 2x
Walaupun bkn semasa hidupnya
Ada rasa kelegaan dihati
Aku berjanji
Akan jaga anak2nya sebaik mungkin
InsyaAllah

47 tahun usia balong tahun ni
X berkesempatan menyambut raya bersama anak2
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin
Aminn
Al-Fatihah

Ima sayang balong
Sayang sangat2 walaupun balong abg yg tegas tapi sebenarnya sangat sayang dan ambil berat perihal adik2 
Ampunkan segala dosa ima ye long

No comments: