Saturday, May 13, 2017

Limpahan rezeki

Semalam, Jumaat 12th May 2017
Rezeki makanan melimpah sampaikan simpan untuk makan hari ini

Masa lunch
Aku tengok cekodok pisang
Cakap dengan Soo ada cekodok pisang
Dia terus cakap nak belikan untuk aku
Seganlah
Tapi say thank you jugak la

Balik dari lunch
Ada cup cake atas meja
Tanya Anna siapa bagi
TL Daniel bagi
Alhamdulillah rezeki lagi

Tengah buat keje
Aishah whatsapp
Tanya kerja x
Dia nak jumpa sekejap
Btw, Aishah dapat MSS with 6 months salary
Semoga Allah melapangkan rezeki untuk dia
Baru lepas accident, sedang mengandung dan kena terminate 24 hours due to downsizing to reduce redundancy cost 
Aku sedikit risau dan hanya mampu berdia untuk dia
Aishah hantar kuih keria
Kuih feveret aku
Alhamdulillah rezeki Allah bagi

Balik kerja terus ke KLCC jumpa zeza dan suri
Suri belanja makan dekat Dome
Naik segan dah
Asik dia je bayar
Aku dengan zeza dah masing2 siap keluarkan kad nak bayar
Tapi Suri lebih pantas
Alhamdulillah rezeki

Sementara tunggu order zeza keluarkan coklat Royce yang dia pesan kawan dia tolong belikan dekat Jepun
MasyaAllah sedap sungguh
Alhamdulillah rezeki lagi Allah bagi

Borak sampai kul 10 malam
Damai je suasana semalam
Macam2 topik dibualkan
Dan sebelum balik
Suri bagi kek pisang
Allah rezeki Allah
Berturut2 orang bagi makanan harini
Bahagia x terhingga
Hilang sekejap gusar dihati

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki yang maha hebat untuk orang2 yang sentiasa ada disisi aku
Aminn ya Allah


No comments: