Sunday, June 25, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya semua
Tahun ni raya dgn anak2 arwah balong
Al-Fatihah untuk balong
Al-Fatihah untuk mak dan abah

Wednesday, June 21, 2017

Narkotik - 2nd time

Allah hu Akbar
Semalam kena serbu lagi dgn polis narkotik
Siapalah agaknya yg x habis2 dengki dgn aku ni?
Report aku jual dadah ke amik dadah sebenarnya?
Aku ni jenis x kacau orang pun

Tgh basuh ayam semalam tiba2 air paip macam kena tutup
Tinjau luar tgk xde org
Akupun buka grill n nak buka balik paip air
Tgh pusing kepala paip tiba2 polis 4 orang datang serbu suruh masuk rumah
Aku minta tgk kad kuasa bagi tgk seimbas lalu je x sempat nak baca ke apa
Dengan rs takut tu aku masuk rumah
Mula2 polis tutup pintu
Aku suruh buka yg jg pintu mcm xnak buka
2nd time aku suruh buka siap mention 'sekarang 4 lelaki dalam rumah saya dan saya perempuan'
Akhirnya dia buka pintu siap mention xpe buka biar orang tau

Sorg terus buka pintu store tgk
Pastu tanya bilik aku mana
2 jaga pintu
Sorang masuk tgk backpack
Xde benda mencurigakan
Aku terus tanya
Siapa buat report ni?
Dorang x bgtau just bgtau aku
'Ada orang buat report'
Xkan x recce terus serbu
2nd time dah ni
Pastu dorg minta maaf and beredar
Serius aku rasa fobia
Terus rasa nak keluar dr umah ni
Rasa terancam
Ada orang nak aniaya
Semoga Allah lindungi aku
Aminn ya Allah

Monday, June 19, 2017

Iftar cum Iwan besday celebration

Semalam
Berbuka dgn Angah, Iwan, Syud and Talib
Actually Talib tu aku x kenal
Kenal muka je kot ms blaja dulu
Ok la boleh sekepala semua
Masing2 dah tua
Masing2 single 
Geng awesome single la konon


Monday, June 5, 2017

Outing

For almost a year
Aku ikut sangat rasa hati
Pemergian balong pulang kehadrat Ilahi
Merentap jiwa aku
Membuatkan aku xnak kehilangan orang2 yang aku sayang
Aku buang segala rasa sakit hati mahupun kecik hati
Aku ajak kak lina keluar sabtu aritu ke one utama
Teman anak2 buah shopping baju raya
Mesti pelik mama dan yang lain
Secara tiba2 aku wujud semula ke rumah mereka
Aku rasa x perlu aku terangkan apa2
Masing2 memahami satu sama lain

Dalam tempoh beberapa jam keluar
Aku share what happen in my life sepanjang kitorg x jumpa dan berhubung
Dan kak lina share the same thing with me
Tidak kekok
Sebab sebenarnya
Aku sangat rindukan kemesraan kami
Alhamdulillah Allah permudahkan

Semoga Allah memberikan kami kesihatan yang sempurna agar dapat kami menambahkan lagi amalan dan keimanan kami pd-Nya
Syukur pada-Mu ya Allah