Sunday, September 10, 2017

2nd opinion

Akhirnya aku ke UiTM hospital Selayang
Untuk dapatkan pendapat kedua
Doktor cek dan cadangkan buat ultrasound
Dia dapat rasa ada bengkak di leher
Suspect tiroid atau goiter atau cancer
Allah hu Akbar
Dengar cancer aku berlagak tenang tapi dalam hati Allah je tau gelisah macam mana
Doc tolong set appointment UiTM Sg Buloh utk ultrasound
Sebab kalau tunggu selayang, bulan 10 baru ada slot

Jumaat aku ke sg buloh untuk ultrasound
Tiroid bengkak 8mm
Ada nodul dalam tiroid 3 tempat macam tu
Doctor Muhammad namanya yang buatkan ultrasound
Katanya xde ubat untuk kes macam ni
Cuma kena buat regular check up untuk tengok
Semakin besar atau tidak
Solution operation je kalau membesar kata doktor
Gulp telan air liur
Operate leher? 
Ya Allah, jauhi aku dari perkara2 yang merbahaya
Aminn ya Allah

Dan doktor cakap biopsi x perlu buat sebab xde apa yang mencurigakan katanya
Alhamdulillah
Walaupun hati masih risau kalau tiroid semakin membengkak
Tapi sekurang2nya xde yang mencurigai pun dah cukup syukur Alhamdulillah
Sujud syukur pada-Mu ya Allah

Tapi rasa x selesa tu akan kekal ke?
X boleh stress, terus leher rasa tegang sangat sampai x selesa
X boleh jalan banyak, terasa leher tegang
Banyak benda x boleh sampai aku buntu

Isnin nanti jumpa Doctor dekat UiTM selayang pula
Untuk consult more details
Semoga Allah menjauhkan aku dari sebarang bahaya dan mempermudahkan segalanya

Aminn ya Allah

No comments: